Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan

Surah yang mempunyai 30 ayat ini merupakan Makiyyah iaitu diturunkan di Mekah.

Ia dinamakan Al Mulk bersempena dengan perkataan Al Mulk yang bermaksud kerjaaan, kedaulatan atau kekuasaan.

Selain itu, surah ini juga dikenali sebagai Tabaraka, Al Mani’ah, Al Waqiyah.

Surah ini bermula dengan mengingatkan kita tentang kekuasaan dan kemuliaan Allah. Allah adalah Pencipta segala-galanya dalam alam semesta, dan Dia mengawal segala-galanya. Surah ini kemudian meneruskan dengan menggambarkan keajaiban ciptaan Allah. Allah telah mencipta langit dan bumi, dan Dia telah mengisinya dengan pelbagai benda yang menakjubkan.

Surah ini juga memperingatkan kita tentang Hari Kiamat. Pada hari itu, setiap orang akan diadili atas amalannya dalam kehidupan ini. Mereka yang melakukan amal baik akan dibalas, dan mereka yang melakukan amal jahat akan dihukum.

Surah ini diakhiri dengan seruan untuk menyembah Allah dan bersyukur atas nikmat-Nya. Kita harus ingat bahawa hanya Allah sahaja yang layak untuk disembah.

Kerajaan manusia mampu menguasai sesebuah negara sehinggakan mampu untuk membentuk sebuah tamadun. Akan tetapi, walau sehebat mana sekalipun, Allah SWT adalah penguasa kepada segala pemerintahan yang menguasai setiap pelosok dan segenap penjuru Timur, Barat, Utara dan Selatan.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini mempunyai pelbagai faedah dan keutamaan. Dalam hadis-hadis yang diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW menekankan pentingnya membaca Surah Al-Mulk, terutama sebelum tidur, kerana ia dapat memberikan perlindungan kepada pembacanya di dalam kubur. Surah ini juga dikatakan dapat memberi cahaya dan petunjuk kepada pembacanya di hari kiamat.

Memberi Syafaat kepada Pembacanya

Rasulullah SAW bersabda: ” Surah dalam Al-Quran yang jumlah ayat adalah 30, memberi syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampuni dosa-dosanya. Surah itu adalah Al-Mulk.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

Menjadi Pembela di Alam Kubur

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka surah itu akan membelanya di kubur. Dan barangsiapa yang membacanya setiap malam maka dipisahkan dari seksa sesudah ia mati” – Hadis Riwayat Imam at-Quthubi

Amalan Rasulullah

Sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sebelum membaca surah As-Sajdah dan Al Mulk – Hadis Riwyaat at-Tirmidzi

Menjadi Pembela Sewaktu Di Soal Malaikat Munkar Nakir

Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

Mohon Ampun dari Allah

Rasulullah SAW bersabda: “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Muat Turun: Surah Al Mulk PDF

Surah Al Mulk Rumi

Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan
Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Baca: Surah Yusof Ayat 4 Rumi : Ayat Penyeri Wajah – Seri Muka

Carian Berkaitan: Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan