Surah ini dinamakan sebagai al-Qariah bersempena dengan salah satu nama bagi hari akhirat yang disebut pada ayat pertama.
Surah yang mempunyai 11 ayat (menurut mushaf Kufi) ini diturunkan di Mekah iaitu diwahyukan selepas surah al-Quraisy dan sebelum surah al-Qiyamah.
Dalam memberikan maksud hari kiamat, perkataan QARIAH bboleh didefinisikan sebagai pukulan kuat yang menghasilkan bunyi kuat. Kalimah ini berasal daripada perkataan QARA’ yang bermaksud pukulan. Ini kerana, ia memukul hati manusia dengan kedahsyatan Hari Kiamat.
Baca: Soal Jawab Azan: Apakah Kelebihan Berdoa Selepas Azan?
Surah al Qariah Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu
Surah al Qariah Rumi
- Al-Qaariah
- Mal-Qaariah
- Wamma Adraaka Mal-Qaariah
- Yawma Yakuunun-Naasu Kal-Faraasyil- Mabtsuuts
- Wa Takuunul-Jibaalu Kal-Lhnil-Manfuusy
- Fa Amma Man Tsaqulat Mawaaziinuhu
- Fa Huwa Fii Lisyatin Raadhiyah
- Wa Amma Man Khaffat Mawaaziinuhu
- Fa Ummuhu Haawiyah
- Wamaa Adraaka Maahiyah
- Naarun Hamiyah
Terjemahan Bahasa Melayu Surah al Qariah
- Hari Kiamat,
- Apakah hari Kiamat itu?
- Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
- Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran,
- dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
- Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,
- maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
- Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,
- maka tempat kembalinya adalah Neraka Hawiyah.
- Dan tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah itu?
- (Iaitu) api yang sangat panas.
Baca: Berwajah Sangat Jelita, Tercipta dari Apa Bidadari Surga?
Ringkasan Tafsir Surah al Qariah: Kelebihan dan Pengajaran
Secara ringkas, surah ini memberikan penjelasan tentang huru-hara pada hari akhirat. Dimana, ia menceritakan beberapa keadaan pada hari akhirat. Pada masa sama, memberitahu pengakhiran bagi mereka yang berat serta ringan timbangan amal kebajikannya.
Ayat 1, 2 dan 3: Al-Qaariah. Mal-Qaariah. Wamma Adraaka Mal-Qaariah
Al-Qariah adalah satu nama hari Kiamat. Ia juga mempunyai beberapa nama yang mempunyai maksud lebih kurang sama iaitu al-Haqqah, ath-Thammah, ash-Shakhkhah, al-Ghasyiyah dan sebagainya.
Ayat 4: Yawma Yakuunun-Naasu Kal-Faraasyil- Mabtsuuts
Iaitu dalam hal ketersebaran, perpecahan, kepergian dan kedatangan mereka kerana perasaan bingung atas apa yang mereka alami, seakan-akan mereka itu seperti kapas yang dihamburkan.
Ia sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt, yang bermaksud: “Seakan-akan mereka itu belalang yang bertebaran.” – Surah Al-Qamar : 7
Ayat 5: Wa Takuunul-Jibaalu Kal-Lhnil-Manfuusy
Yang dimaksudkan di sini bahawa gunung-gunung itu seperti bulu-bulu yang dihambur-hamburkan, mudah terbang dan robek. Ia adalah akibat daripada apa yang pernah mereka buat serta apa yang akan mereka terima selanjutnya, baik berupa kemuliaan mahupun kehinaan. Ia sesuai dengan amal perbuatan
mereka.
Ayat 6: Fa Amma Man Tsaqulat Mawaaziinuhu
Kebaiknanya lebih unggul berbanding keburukannya.
Ayat 7: Fa Huwa Fii Lisyatin Raadhiyah
Iaitu mengalami kondisi / kehidupan bahagia di dalam syurga
Ayat 8: Wa Amma Man Khaffat Mawaaziinuhu
Bahswa yang dimaksud di sini ialah amal keburukannya lebih unggul daripada atau jika dibandingkan dengan kebaikannya.
Ayat 9: Fa Ummuhu Haawiyah
Ertinya adalah maka dia akan jatuh ke Neraka Jahanam dengan kepala berada di bawah, iaitu dalam posisi terbalik tatkala manusia berdiri secara normal di dunia.
Terdapat juga ulamak berpendapat tentang makna ayat tersebut: “Ertinya bahawa tempat yang menjadi rujukan dan kembalinya mereka di hari kebangkitan kelak adalah Neraka Hawiyah.” Dan Hawiyah ini adalah salah satu nama Neraka.
Ayat 10: Wamaa Adraaka Maahiyah
Ibnu Jarir menjelaskan: “Hawiyah disebut dengan sebutan (induknya), kerana tidak ada tempat kembali baginya kecuali Neraka tersebut.”
Ayat 11: Naarun Hamiyah
Sebab Neraka itu benar-benar sangat panas dan sungguh ia mempunyai kobaran (api yang berkobar-kobar) dan sengatan (bahang) yang sangat kuat.