Surah Al Zalzalah Rumi, Bahasa Melayu & In English

Surah ini dinamakan sebagai al-Zalzalah (gegaran) bersempena dengan isi kandungannya yang menceritakan tentang gempa dan goncangan bumi ini pada hari akhirat kelak yang kekuatan pergerakan / gegarannya hanya diketahui oleh Allah swt sahaja.

Surah yang mempunyai 8 ayat dan diturunkan di Mekah ini turut mempunyai namanya yang lain. Ia adalah surah Iza Zulzilat dan surah az-Zilzal.

Secara ringkasnya, surah al zalzalah menceritakan tentang peringatan kepada hamba-Nya bahawa setiap kebaikan yang dilakukan (walau sebesar zarah sekalipun) akan tetap dihitung dan ditimbang pada hari akhirat kelak.

Dan begitu juga sebalik. Ini kerana, pada hari akhirat ini nanti, setiap balasan yang diterima adalah mengikut amalan yang dilakukan sewaktu hidup di dunia. Pada masa sama, surah ini turut menjelaskan bahawa hari kiamat itu benar dan ianya akan benar-benar terjadi nanti.

Surah Al Zalzalah Rumi, Bahasa Melayu & In English

Baca: SURAH AL ZALZALAH TRANSLITERATION, TRANSLATION AND BENEFITS

Surah Al Zalzalah Rumi, Bahasa Melayu & In English

Surah al Zalzalah Jawi (Arab)

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا
وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا
وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا
يَوۡمَئِذٖ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا
يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتٗا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ
وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ

Surah al Zalzalah Rumi

  1. Izaa zul zilatil ardu zil zaalaha
  2. Wa akh rajatil ardu athqaalaha
  3. Wa qaalal insaanu ma laha
  4. Yawmaa izin tuhaddithu akhbaaraha
  5. Bi-anna rabbaka awhaa laha
  6. Yawma iziny yas durun naasu ash tatal liyuraw a’maalahum
  7. Famaiy ya’mal mithqala zarratin khai raiy-yarah
  8. Wa maiy-y’amal mithqala zarratin sharraiy-yarah

Terjemahan Surah al Zalzalah Dalam Bahasa Melayu

  1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), (QS. 99: 1)
  2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, (QS. 99: 2)
  3. dan manusia bertanya:”Mengapa bumi (jadi begini)?” (QS. 99: 3)
  4. Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, (QS. 99:4)
  5. kerana sesungguhnya Rabb-mu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. (QS. 99:5)
  6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. (QS. 99: 6)
  7. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. (QS. 99: 7)
  8. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (QS. 99: 8)

Surah al Zalzalah in English

  1. When the earth is shaken with its [final] earthquake
  2. And the earth discharges its burdens
  3. And man says, “What is [wrong] with it?” –
  4. That Day, it will report its news
  5. Because your Lord has commanded it.
  6. That Day, the people will depart separated [into categories] to be shown [the result of] their deeds.
  7. So whoever does an atom’s weight of good will see it,
  8. And whoever does an atom’s weight of evil will see it.