Potongan akhir pada ayat 2 dan ayat 3 dalam surah Al-Talaq (ada juga yang mengeja sebagai Ath-Thalaq, At-Thalaq) dinamakan sebagai AYAT SERIBU DINAR.
Selalunya, ayat ini dibacakan sebagai doa dalam usaha untuk memohon kepada Yang Maha Kaya agar dipermudah urusan mencari rezeki dan urusan. Oleh kerana itu, ia juga digelar sebagai DOA SERIBU DINAR.
Secara umumnya, surah al-Talaq ini merupakan surah je ke-65 dalam kitab suci al-Quran. Ia diturunkan di Madinah dengan 12 ayat, 279 kalimah dan 1170 huruf.
Seperti nama sebagai ‘al-Talaq’, surah ini menjelaskan tentang hukum Islam mengenai permasalah penceraian. Ia termasuklah talak, iddah, radha’ad (penyusuan), nafkah, tempat tinggal serta saksi talak dan rujuk.
- Panduan Solat Sunat Dhuha – Niat, Cara dan Doa (Rumi)
- Ringkasan Tafsir Surah Al Kafirun – Terjemahan Rumi, Kelebihan dan Pengajaran
Surah ini juga dinamakan sebagai an-Nisa’ al-Qusra dek kerana kandungannya yang terperinci mengenai hukum hakam berkaitan talak. Surah ini juga menerangkan tentang
- Hasil takwa dan kebaikannya terhadap individu dan masyarakat
- Pengakhiran yang buruk bagi mereka yang tidak melakukan suruhan-Nya
- Ganjaran pahala bagi mereka yang beriman dan beramal soleh
Ayat seribu dinar selalunya dibaca sebagai doa selepas solat atau pada waktu-waktu tertentu. Kurniaan rezeki yang dimaksudkan tidak semestinya hal berkaitan wang ringgit dan harta. Rezeki juga mencakupi ketenangan jiwa, kesihatan tubuh badan, kebahagian hidup, kelapangan dada dan sebagainya.
Ayat Seribu Dinar Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu
وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا
ۙوَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗاِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Ayat Seribu Dinar Rumi
- …Wa may yattaqillaha yaj al-lahu makhraja.
- Wa yarzuq-hu min aisu la yahtasib, wa may yatawakkal alallahi fa huwa hasbuh, innallaha baligu amrih, qad ja alallahu likulli syai in qadra
Terjemahan Bahasa Melayu Ayat Seribu Dinar
- …Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
- Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Baca: Bacaan Doa Ayat Seribu Dinar, Doa untuk Pembuka Pintu Rezeki
Ringkasan Tafsir Ayat Seribu Dinar: Kelebihan dan Pengajaran
Jika seseorang itu bertakwa kepada Allah swt, maka segala perintah-Nya akan menjadi mudah untuk dilaksanakan.
Firman Allah swt, maksudnya: Siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dalam segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, maka Dia akan membuatkan bagi dirinya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Iaitu, dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.
Ibnu Abbas menjelaskan melalui ayat al-Quran bahawa Allah akan menyelamatkan orang tersebut daripada setiap kesusahan di dunia dan di akhirat. Manakala Qatadah pula menjelaskan Allah akan menyelamatkan orang tersebut daripada kesakitan permasalahan dan kesusahan ketika menghadapi sakaratul maut.
Daripada Tsauban ra, Rasulullah saw bersanda, maksudnya:
Sesungguhnya seorang hamba akan diharamkan dari rezeki kerana dosa yang dilakukannya, dan tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali doa, dan tidak ada pula yang mampu menambah umur panjang kecuali kebaikan.
Imam Ahmad meriwayatkan, daripada Abdullah bin Abbas, bahawasanya dia memberitahunya; Pada suatu hari, dia pernah naik ke (membonceng) kendaraan di belakang Rasulullah saw, lalu Baginda bersabda kepadanya: “Wahai anak, aku akan mengajarkan kepada kamu beberapa nasihat. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan jika engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika umat ini bersatu untuk memberikan manfaat (kebaikan) kepada kamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberikan manfaat kepadamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah bagimu. Dan jikalau mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat mencelakakanmu melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan telah kering pula (tinta) lembaran-lembaran ini.”
Sesungguhnya Allah jua yang menerapkan seluruh ketetapan dan juga hukum-Nya yang berlaku terhadap semua makhluk-Nya sesuai dengan kehendak dan keinginan diri-Nya.