4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban – Aidiladha

4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban - Aidiladha

HADIS 1:

Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah menyambut dua hari raya.

Maka Rasulullah SAW telah bersabda,

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ”Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” – Hadis Riwayat Ahmad (12362)

Allah telah menggantikan kepada umat-Nya dua hari untuk berseronok kosong dan lalai pada hari itu dengan hari untuk kita bersyukur,memohon keampunan dan kemaafan antara satu sama lain.

KOLEKSI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA / KORBAN 2023

4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban - Aidiladha

HADIS 2:

Dalam kitab al-Musnad, Rasulullah SAW bersabda berkaitan hari Jumaat,

سَيِّدُ الْأَيَّامِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ وَأَعْظَمُهَا عِنْدَهُ وَأَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ الْأَضْحَى

Maksudnya:” Penghulu segala hari adalah Hari Jumaat. Ia merupakan hari yang lebih baik disisi Allah daripada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” – Hadis Riwayat Imam Ahmad, al-Baihaqi (2712) di dalam Syu’ab al-Iman

4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban - Aidiladha

HADIS 3:

Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Hadis Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad

HADIS 4

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Qurth, daripada Nabi SAW, bahawa Baginda telah bersabda,

أَعْظَمَ الأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ

Maknanya : ”Hari yang agung di sisi Allah ialah Hari Raya Korban,kemudian hari menetap di Mina iaitu pada hari kesebelas dalam bulan Zulhijjah.”

Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah (2917) di dalam Sohihnya, al-Baihaqi (10538) di dalam Sunan al-Kubra

Telah diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Hibban dalam sahihnya dengan lafaznya, ”Sebaik-baik hari.”

Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur,pulang dengan penuh keinsafan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini, perbanyakanlah amalan pada hari tersebut. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua.

4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban – Aidiladha 4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban – Aidiladha

22 Hadis Sahih Tentang Puasa Sunat (Bergambar)

22 Hadis Sahih Tentang Puasa Sunat (Bergambar)

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Puasa Bulan Muharam

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Puasa yang paling baik selepas Ramadan adalah puasa pada bulan yang dimuliakan oleh Allah. Iaitu puasa pada bulan Muharam. Dan sebaik-baik sembahayang selepas sembahyang wajib adalah sembahyang sunat tahajud pada waktu malam.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Puasa Bulan Syaaban

Saidatina Aisyah ra berkata: “Rasulullah tidak pernah berpuasa sunat asebanyak puasanya pada bulan Syaaban. Pada bulan ini baginda berpuasa sepanjang bulan.”

Dalam catatan lain disebut, “Baginda banyak berpuasa dalam bulan Syaaban.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Puasa Bulan Zulhijah

Abdullah bin Abbas berkata, Rasulullah bersabda: “Amalan soleh yang paling dicintai Allah adalah amalan pada hari-hari ini. Iaitu pada 10 hari pertama dalam bulan Zulhijah. Para sahabat berkata, ‘Wahai utusan Allah, tidakkah Allah juga menyukai amalan berjihad pada jalan Allah? Rasulullah menerangkan, ‘Allah menyukai orang yang berjihad pada jalan Allah pada 10 hari pertama bulan Zulhijah. Iaitu apabila dia keluar dari rumah membawa hartanya dan dia tidak kembali lagi kerana mati syahid.'” – Hadis Riwayat Bukhari

22 Hadis Sahih Tentang Puasa Sunat (Bergambar)

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah

Abu Qatadah berkata: “Rasulullah ditanya berkenaan berpuasa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijah. Kemudian baginda menerangkan, ‘Puasa pada hari itu dapat menghapus dosa-dosa pada tahun lepas dan akan datang.'” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Berpuasa Pada Hari Asyura (Bulan Muharam)

Abdulullah bin Abbas berkata: “Rasulullah berpuasa pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharam. Baginda memerintahkan umatnya supaya turut sama berpuasa pada hari itu.” – Hadis Riwayat bukhari dan Muslim

Abu Qatadah berkata: “Rasulullah ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura iaitu 10 Muharam. Kemudian baginda berkata, ‘Puasa pada hari itu dapat menghapus dosa-dosa pada tahun lepas.'” – Hadis Riwayat Muslim

Abdullah bin Abbas berkata, Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya saya masih hidup pada tahun hadapan, pasti saya berpuasa pada hari ke-9 bulan Muharam.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Rukun Umrah ke-2: Tawaf – Jenis, Niat, Syarat, Sunat, Cara & Doa

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Puasa Sunat 6 Hari Pada Bulan Syawal

Abu Ayyub berkata, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian menyambungnya lagi 6 hari pada bulan Syawal, ia diibaratkan berpuasa selama setahun.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis

Abu Qatadah berkata: “Rasulullah ditanya berkenaan kelebihan puasa sunat pada hari Isnin. Baginda menjawab, ‘Hari itu adalah hari saya dilahirkan, hari saya dilantik menjadi Rasul dan hari al Quran diturunkan kepada saya.'” – Hadis Riwayat Muslim

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Semua amalan ditunjukkan oleh para malaikat kepada Allah pada hari Isnin dan Khamis. Saya suka sekiranya amalan saya ditunjukkan kepada Allah dalam keadaan saya sedang berpuasa.” – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah berusaha keras bagi membolehkannya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana terdapat kebaikan yang besar padanya.” – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Hadis Nabi Tentang Galakan Puasa Sunat 3 Hari Setiap Bulan

Abu Hurairah berkata: “Kekasih saya Rasulullah berwasiat 3 perkara kepada saya. Iaitu berpuasa 3 hari pada setiap bulan, melakukan 2 rakaat sembahyang sunat duha, dan melakukan sembahyang sunat witir sebelum saya tidur.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Darda berkata: “Kekasih saya Rasulullah berwasiat 3 perkara kepada saya. Saya tidak meninggalkannya selagi saya hidup, iaitu berpuasa 3 hari pada setiap bulan, melakukan sembahyang sunat duha dan tidak tidur sebelum melaksanakan sembahyang sunat witir.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Koleksi Doa Ibu Bapa – Gambar Percuma

Abdullah bin Amru bin al-As berkata, Rasulullah bersabda: “Berpuasa sebanyak 3 hari pada setiap bulan adalah sama dengan berpuasa selama setahun.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Qatadah bin Milhan berkata: “Rasulullah menyuruh kita berpuasa pada hari-hari putih. Iaitu pada hari ke-13, 14 dan 15.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Abdullah bin Abbas berkata: “Rasulullah berpuasa pada hari-hari putih. Tidak kiralah sam ada ketika itu baginda berada di rumah ataupun sedang bermusafir.” – Hadis Riwayat al Nasa’ie

Hadis Nabi Tentang kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Berpuasa

Zaid bin Khalid al Juhani berkata, Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa ketika waktu berbuka, beliau mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa ada sedikit pun pengurangan.” – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Anas ra berkata: “Rasulullah menemui Sa’ad bin Ubadah. Sa’ad menghulurkan roti dan minyak kepada Rasulullah, lalu beliau pun makan. Selesai makan, beliau berkata, ‘Orang yang berpuasa bebuka di rumahmu. Orang yang bertakwa memakan makananmu. Dan para malaikat memohonkan kerahmatan untukmu.'” – Hadis Riwayat Abu Daud

Hadis Nabi Tentang Iktikaf di Masjid Pada Bulan Ramadan

Abdullah bin Umar berkata: “Nabi Muhammad beriktikaf di dalam masjid pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Saidatina Aisyah berkata: “Nabi Muhammad beriktikaf di dalam masjid pada 10 hari yang terakhir pada bulan Ramadan sehinggalah baginda meninggal dunia. Amalan ini menjadi ikutan oleh isteri-isteri baginda selepas itu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah berkata: “Nabi Muhammad saw beriktikaf di dalam masjid sebanyak 10 hari pada bulan Ramadan setiap tahun. Dalam tahun beliau meninggal dunia, beliau beriktikaf sebanyak 20 hari.” – Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Nabi Tentang Haji Mabrur dan Umrah Mabrurah

Hadis Nabi Tentang Haji Mabrur dan Umrah Mabrurah

Banyak lagi hadis yang menyebut istilah haji mabrur. Tetapi apakah ada istilah bagi “umrah mabrur” atau “umrah mabrurah.”

Imam Al-Hafizh Zakiyyuddin Abdul Azhim bin Abdul Qawiy Al-Mundziri dalam At-Targhib wat Tarhib minal Haditsis Syarif mengutip hadits riwayat Ahmad yang menggunakan istilah “umrah mabrurah.”

Dari Amr bin Absah ra, ia bercerita. Seseorang bertanya, ‘Wahai Rasulullah saw, apakah Islam itu?’ ‘(Islam itu) kepasrahan hatimu kepada Allah dan keselamatan orang lain dari kejahatan mulut dan tanganmu,’ jawab Rasulullah saw. ‘Lalu manakah bahagian Islam yang utama?’ ‘Iman,’ jawab Rasulullah. ‘Apakah iman itu?’ tanya orang tersebut. ‘Kamu mempercayai Allah, malaikat, kitab suci, para rasul, dan kebangkitan setelah kematian,’ jawab Rasul. ‘Lalu manakah bahagian iman yang utama?’ tanyanya. ‘Hijrah,’ jawab Rasul. ‘Apakah hijrah itu?’ tanyanya. ‘Kamu meninggalkan keburukan,’ jawab Rasul. ‘Manakah hijrah yang utama?’ tanyanya. ‘Jihad,’ jawab Rasul. ‘Apakah jihad itu?’ tanyanya. ‘Kamu memerangi orang kafir ketika menjumpai mereka di medan perang,’ jawab Rasul. ‘Lalu manakah jihad yang utama?’ tanyanya. ‘Orang yang kuda perangnya terjatuh dan dirinya terluka,’ jawab Rasul. ‘Lalu ada dua amal ibadah yang paling utama kecuali orang yang mengamalkan seperti keduanya, iaitu haji mabrur dan umrah mabrurah,’” – (Hadis Riwayat Ahmad, At-Thabarani, dan Al-Baihaqi)

Riwayat Bukhari dan Muslim merupakan salah satu dari hadis yang menyebutkan keutamaan haji mabrur. Riwayat berikut ini menerangkan haji mabrur pada tingkat ketiga sebagai amal yang utama dalam Islam.

Dari sahabat Abu Hurairah ra, ketika ditanya, ‘Apakah amal paling utama?’ Nabi Muhammad saw menjawab, ‘Iman kepada Allah dan rasul-Nya.’ ‘Lalu apa lagi?’ sahabat bertanya. ‘Jihad di jalan Allah,’ jawab Rasul. ‘Kemudian apalagi?’ sahabat bertanya. ‘Haji mabrur,’ jawab Rasul,” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Baca: 20 Ucapan Salam Jumaat Yang Indah dan (Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah

(Bergambar) 16 Hadis Sahih Imam Muslim Tentang Puasa

(Bergambar) 16 Hadis Sahih Imam Muslim Tentang Puasa

Hadis Nabi Tentang Rahmat Bulan Ramadan

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Bila Ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu syurga, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan”. – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Bila Ramadan telah datang, maka dibukakan pintu rahmat, dikunci neraka jahanam dan dirantai semua syaitan.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Larangan Puasa 1 atau 2 hari Sebelum Ramadan

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu dahului puasa Ramadan dengan puasa 1 atau 2 hari sebelumnya. Kecuali bagi orang yang mempuasakan puasa tertentu, maka dia boleh meneruskannya.” – Hadis Riwayat Muslim

(Bergambar) 16 Hadis Sahih Imam Muslim Tentang Puasa

Hadis Nabi Tentang Keutamaan Makan Sahur

Dari Anas ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Makan sahurlah kamu, kerana makan sahur itu mengandungi berkat.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Amru bin Ash ra, katanya Rasulullah bersabda: “Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Anas ra, dari Zaid bin Tsabit ra, katanya: “Kami pernah makan sahur bersama-sama Rasulullah saw. Tidak berapa lama kemudian kami pergi solat. Tanya Anas, “Kira-kira berapa lama jaraknya antara waktu makan sahur dengan solat?” Jawab Zaid, “Kira-kira selama membaca 50 ayat.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: (Gambar) 10 Hadis Tentang Kebersihan Sebagai Panduan

Hadis Nabi Tentang Berbuka

Dari Sahal bin Sa’ad ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Berbahagialah selalu orang-orang yang menyegerakan berbuka.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abu Athiyah ra, katanya: “Aku dan Masruq pernah datang menemui Asiyah ra ke rumahnya, lalu kami bertanya: “Ya, Ummul Mukminin! Ada 2 orang sahabat Rasulullah saw, yang satu menyegerakan berbuka dan solat, dan yang satu lagi melambatkannya. Bagaimana itu?” Tanya Aisyah ra, “Siapa yang menyegerakan berbuka dan solat?” Jawab kami, ‘Abdulllah Ibnu Mas’ud.” Kata Aisyah, “Menyegerakan itulah yang dilakukan Rasulullah saw.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Umar ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Apabila malam telah datang, siang telah hilang, dan matahari telah terbenam, maka orang yang puasa sudah boleh berbuka.” – Hadis Riwayat Muslim

(Bergambar) 16 Hadis Sahih Imam Muslim Tentang Puasa

Hadis Nabi Tentang Larangan Puasa Wishal

Dari Ibnu Umar ra, katanya: “Bahawasanya Nabi saw melarang orang melakukan puasa wishal (puasa berturut turut 2 hari atau lebih tanpa berbuka). Lalu kata para sahabat kepada baginda: Bukankah anda sendiri melakukannya? Jawab Nabi saw: Aku tidak seperti kamu semua. Aku diberi makan dan minum oleh Tuhanku.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda: “Janganlah kamu puasa secara wishal” Jawab para sahabat. “Bukankah anda sendiri melakukan puasa wishal?” Jawab Rasulullah saw, “Kamu tidak akan sanggup melakukannya seperti aku. Bila hari telah malam, aku diberi makan dan minum oleh Tuhanku. Kerana itu beramal ibadahlah sesuai dengan kemampuanmu.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

Hadis Nabi Tentang Bercumbu Ketika Puasa

Dari Aisyah ra, katanya : “Rasulullah saw pernah mencium salah seorang isteri beliau, padahal baginda puasa.” Kemudian Siayah ketawa. – Hadis Riwayat Muslim

Dari Aisyah ra, katanya: ‘Rasulullah saw pernah menciumku, padahal baginda puasa. Siapakah di antara tuan-tuan yang sanggup mengendalikan nafsu seperti Rasulullah saw?” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Hafshah ra, katanya: “Rasulullah saw pernah berciuman, padahal baginda sedang puasa.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Subuh dalam keadaan Junub dalam bulan Ramadan

Dari Aisyah ra, isteri Nabi saw, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw pernah mendapati fajar (kesiangan) di bulan Ramadan, padahal baginda dalam keadaan junub kerana jimak. Lalu baginda mandi dan terus puasa.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abdulullah bin Ka’ab Al Himyari, Abu Bakar mengabarkan kepadanya bahawa Marwan pernah mengutusnya kepada Ummu Salamah ra, menanyakan perihal seorang laki-laki yang mendapatkan Subuh dalam keadaan junub, apakah boleh dia meneruskan puasanya? Jawab Ummu Salamah, “Rasulullah saw pernah mendapatkan Subuh (kesiangan) dalam keadaan junub kerana Jimak, bukan kerana mimpi. Kemudian baginda tidak membukai puasanya dan tidak pula mengqada.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Aisyah ra, isteri Rasulullah saw, katanya: “Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw ketika baginda sedang berada dalam masjid di bulan Ramadan. Lalu orang itu berkata: “Ya Rasulullah! celaka aku! celaka aku!” Kerana itu Rasulullah saw bertanya, apa sebabnya? Lalu jawabnya, “Aku telah menyetubuhi isteriku siang hari bulan Ramadan.” Sabda Rasulullah saw. “Bersedekahlah” Jawab orang itu, “Ya, Nabiyullah! Demi Allah! Aku tidak punya apa-apa. Kerana itu aku tidak sanggup melaksanakannya.” Sabda Nabi saw “Tunggulah disini sebentar!” Sementara dia duduk menunggu, datang seorang laki-laki mengiringi seekor keldai membawa makanan. Maka bertanya Rasulullah saw, “Mana orang yang dapat celaka tadi?” Maka berdirilah orang itu, lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya, “Bersedekahlah anda dengan ini” Jawab orang itu, “Ya Rasulullah, tentu harus ku sedekahkan kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Demi Allah, sesungguhnya kami lapar, sedangkan kami tidak punya apa-apa.” Jawab Nabi saw, “Kalau begitu, boleh kamu makan.” – Hadis Riwayat Muslim

(Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah

(Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah

Dari Anas ra, Nabi SAW pernah bersabda: “Kota Madinah haram (kota suci) dari batas situ hingga ke situ. Pohonnya tidak boleh ditebang dan tidak boleh melakukan kejahatan di dalamnya. Barang siapa melakukan kejahatan, ia akan mendapat kutukan Allah, kutukan malaikat dan manusia seluruhnya.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Dari Abu Hurairah ra, katanya Nabi SAW bersabda: “Sesuatu yang berada di antara 2 tempat yang berbatu-batu di madinah, di haramkan (menjadi tanah suci) kerana ucapan lidahku.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

(Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAB bersabda” “Aku diperintahkan dengan suatu negeri yang mengalahkan beberapa negeri lain. Mereka menyebutnya ‘Yatsrib’, yakni negeri Madinah, yang membersihkan manusia sebagaimana dapur (perapian) tukang besi menghilangkan segala karat-karat besi.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Dari Abu Hamaid ra, katanya: “Kami kembali dari Tabuk bersama-sama dengan Nabi SAW. Ketika kami hampir sampai di Madinah, baginda bersabda: “Inilah Thabah (Thaba, negeri yang baik).” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Baca: (Bergambar) 6 Kelebihan Surah Sajdah Berdasarkan Hadis Nabi

Dari Abu Hurairah ra, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Madinah akan ditinggalkan mereka (penduduk) dalam keadaan yang baik. Tiada lagi yang mengunjunginya kecuali ‘Awaaf, yakni binatang-binatang buas dan burung-burung. Orang terakhir yang meninggal ialah 2 orang pengembala dari sukuy Muzainah. Keduanya pergi ke Madinah menghalau kambing mereka, maka didapatinya di Madinah binatang liar. Ketiuka keduanya sampai di bukit Wada’. keduanya jatuh tersungkur.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Dari Sufyan bin Abu Zahair ra, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Negeri Yaman ditakluki. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga dan para pengikut mereka, sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu. Dan negeri Iraq di takluki. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga serta para pengikut mereka. Sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

(Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya iman bakal meluncur ke Madinah sebagaimana meluncurnya ular ke dalam sarangnya.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Baca: Penerangan, 9 Jenis dan Koleksi Contoh Kata Adjektif

Dari Sa’d ra. katanya dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun yang berusaha memperdayakan penduduk Madinah, melainkan ia hancur seperti larutnya garam dalam air.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Dari Usamah ra, katanya: “Nabi SAW memandang ke salah satu benteng dari benteng-benteng di Madinah, lalu beliau bersabda: “Adakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat terjadi fitnah di celahcelah rumah penduduk seperti jatuhnya hujan.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Dari Abu Bakrah ra, dari Nabi SAW sabdanya: “Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al Masih Ad Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai 7 buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat 2 orang malaikat. – Hadis Riwayat Imam Bukhari

(Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit ta’un (penyakit berjangkit) dan tidak juga Dajjal.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi SAW sabdanya: “Semua negeri akan dipijak oleh Dajjal, melainkan Makkah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota ini dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah goncang 3 kali goncangan, maka ketika itu Allah SWT mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Dari Anas ra, dari Nabi SAW, sabdanya: “Wahai Allah! Turunkanlah berkah berganda di Madinah, sebagaimana yang telah Engkau turunkan di Makkah.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

(Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah (Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah

(Bergambar) 13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan dan Tauladan

Hadis Nabi Pertama

Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. – Hadis Riwayat al-Thabarani

Hadis Nabi Kedua

Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. – Hadis Riwayat al-Bukhari

Hadis Nabi Ketiga

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW, maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Keempat

Dari Umar Ibnul Khaththab Radiallahuanhu, ia berkata; Aku mendengar Rasulullah Salaulahu Alaihi Wasalam bersabda: Amal itu tergantung dengan niatnya, dan bagi setiap orang balasannya sesuai dengan apa yang di niatkannya. Barangsiapa berhijrah dengan niat kepada Allah dan RasulNya, maka ia mendapatkan balasan hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa berhijrah dengan niat kepada keuntungan dunia yang akan diperolehnya, atau wanita yang akan dinikahinya, maka (ia mendapatkan balasan) hijrahnya kepada apa yang ia niatkan tersebut. – Hadis Riwayat Bukhari & Musli

Hadis Nabi Kelima

“Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang murni hanya untuk-Nya, dan dicari wajah Allah dengan amalan tersebut. – Hadis Riwayat An Nasaie

Hadis Nabi Keenam

Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy’ariy ra berkata, “Rasulullah SAW pernah ditanya, manakah yang termasuk berperang di jalan Allah? Apakah berperang karena keberanian, kesukuan, atau yang berperang karena riya’? Rasulullah SAW menjawab, ‘Siapa saja yang berperang dengan maksud agar kalimat Allah terangkat, itulah perang di jalan Allah.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: (Download) Surah Al Kahfi Rumi, Terjemahan, Jawi, PDF

Ayat Quran Tentang Ikhlas

Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”. – Surah al-Zumar:11

Firman Allah SWT: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”. – Surah al-Baniyyah:5

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah). – Surah Al-An’am: 162-163

“Katakanlah, ‘Tuhanku menyuruhku untuk berlaku adil. Dan hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat, dan sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata hanya kepada-Nya. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebagaimana kamu diciptakan semula.” – Surah Al-A’raf: 29

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

“Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. – Surah Ghafir: 14

“Dialah yang Maha Hidup, tidak ada tuhan selain Dia. Maka sembahlah Dia dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.” – Surah Ghafir: 65

Dari Umar Bin Khaththab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Amal itu tergantung dengan niatnya, dan bagi setiap orang balasannya sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah dengan niat kepada Allah dan RasulNya, maka ia mendapatkan balasan hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah dengan niat kepada keuntungan dunia yang akan diperolehnya, atau wanita yang akan dinikahinya, maka (ia mendapatkan balasan) hijrahnya kepada apa yang ia niatkan tersebut.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

(Bergambar) 13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan dan Tauladan (Bergambar) 13 Hadis Tentang Ikhlas dan ayat Quran Sebagai Panduan dan Tauladan

(Gambar) 10 Hadis Tentang Kebersihan Sebagai Panduan

Hadis Nabi Pertama

Daripada Aisyah ra, Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Agama itu dibangun berasaskan kebersihan.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Kedua

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Kesucian itu adalah setengah dari iman.” – Hadis Riwayat Ahmad

Hadis Nabi Ketiga

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Bersihkanlah segala sesuatu semampu kamu. Sesungguhnya Allah ta’ala membangun Islam ini atas dasar kebersihan dan tidak akan masuk surga kecuali setiap yang bersih.” – Hadis Riwayat Ath-Thabrani

Hadis Nabi Keempat

Nabi SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi. – Hadis Riwayat al-Tirmizi

Baca: 6 Hadis Nabi Tentang Kelebihan Solat Subuh dan Asar

Hadis Nabi Kelima

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Tanggungjawab setiap muslim kepada Allah ialah mandi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dengan membasuh kepala dan badannya.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Hadis Nabi Keenam

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Hadis Nabi Ketujuh

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Sekiranya tidak membebankan umatku, aku akan memerintahkan mereka supaya bersugi setiap kali bersolat.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Hadis Nabi Kelapan

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Bersiwak itu akan membuat mulut bersih dan diredhai oleh Allah.” – Hadis Riwayat An Nasa’i dan Ahmad

Hadis Nabi Kesembilan

“Bersihkanlah segala sesuatu semampu kamu. Sesungguhnya Allah taala membangun Islam ini atas dasar kebersihan dan tidak akan masuk surga kecuali setiap yang bersih.” – Hadis Riwayat Ath-Thabrani

Hadis Nabi Kesepuluh

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata; “Rasulullah SAW mendatangi kami dan beliau melihat seseorang berdebu dan rambutnya terburai. Maka beliau bersabda, “Apakah dia tidak mendapatkan sesuatu yang dapat merapikan rambutnya. Dan beliau melihat orang lain memakai baju kotor, maka beliau bersabda, “Apakah dia tidak mendapatkan apa yang dapat mencuci bajunya.” – Hadis Riwayat Abu Dawud

(Gambar) 10 Hadis Tentang Kebersihan Sebagai Panduan (Gambar) 10 Hadis Tentang Kebersihan Sebagai Panduan

6 Hadis Nabi Tentang Kelebihan Solat Subuh dan Asar

6 Hadis Nabi Tentang Kelebihan Solat Subuh dan Asar

Hadis Pertama

Abu Musa melaporkan, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan solat subuh dan asar, dia masuk syurga. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Kedua

Amarah bin Riwaibah berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda, ‘Sesiapa yang solat sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam tidak masuk neraka.’ Iaitu solat subuh dan solat asar”. – Hadis Riwayat Muslim

Junhub bin Sufyan berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang solat subuh, dirinya dalam jagaan Allah. Berwaspadalah wahai sekalian manusia, jangan sampai terjadi satu keadaan, Allah membiarkanmu begitu sahaja tanpa jagaan-Nya. – Hadis Riwayat Muslim

Koleksi Hadis Sahih Untuk Rujukan Bersama

6 Hadis Nabi Tentang Kelebihan Solat Subuh dan Asar

Hadis Ketiga

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sekumpulan malaikat berganti-ganti meluangkan masa untuk bersama-sama saudara-saudara sekalian. Ada yang bersama saudara pada waktu malam. Manakala sekumpulan malaikat yang lain bersama-sama dengan saudara pada waktu siang. Mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan asar. Kemudian malaikat yang bermalam bersama-sama saudara naik ke langit. Allah yang Maha Mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku sewaktu kamu semua meninggalakn mereka?’ Para malaikat menjawab, ‘Kami menemui mereka ketika mereka sedang menunaikan solat dan ketika kami pergi, mereka juga sedang dalam keadaan menunaikan solat.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: (Sahih) 10 Hadis Bersedekah – Kelebihan dan Kebaikannya

Hadis Kelima

Jarir bin Abdullah al-Bajalli berkata: Suatu malam kami berada bersama-sama Rasulullah. Tiba-tiba baginda memandang ke langit dan melihat bulan purnama. Kemudian baginda bersabda: ‘Saudara semua dapat melihat Tuhan saudara sekalian seperti mana saudara melihat bulan ini. Semua manusia dapat melihatnya dengan mudah. Kalau boleh, janganlah saudara leka daripada melakukan solat subuh dan asar’. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Rumi dan Maksud: Zikir Selawat Nabi Muhammad

6 Hadis Nabi Tentang Kelebihan Solat Subuh dan Asar

Hadis Keenam

Buraidah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang meninggalkan solat asar, sia-sialah semua perkara yang dilakukannya. – Hadis Riwayat Bukhari.

Hak Jiran Tetangga – 8 Hadis Nabi Tentang Hidup Berjiran

Hak Jiran Tetangga - 8 Hadis Nabi Tentang Hidup Berjiran

Hadis Pertama

Abdullah bin Umar dan Aisyah berkata, Nabi Muhammad pernah bersabda, maksudnya: Tidak henti-henti Jibril berpesan kepada saya supaya berbuat baik kepada jiran sehingga saya sangka seolah-olah Jibril mahu memasukkan jiran ke dalam golongan waris. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Kedua

Abu Zar berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya, maksudnya: Wahai Abu Za, apabila saudara memasak kuah, banyakkan airnya, kemudian hadiahkan kepada jiran-jiran saudara. – Hadis Riwayat Muslim

Hak Jiran Tetangga - 8 Hadis Nabi Tentang Hidup Berjiran

Koleksi Hadis Nabi Untuk Panduan Bersama

Hadis Ketiga

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda: ‘Demi Allah, tidaklah beriman! Demi Allah, tidaklah beriman! Demi Allah, tidaklah beriman!’ Baginda ditanya, ‘Siapa, wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Orang yang jirannya tidak berasa selamat daripada kejahatannya.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Keempat

Rasulullah bersabda: Tidak masuk syurga, orang yang jirannya tidak selamat daripada kejahatannya. – Hadis Riwayat Muslim

Hak Jiran Tetangga - 8 Hadis Nabi Tentang Hidup Berjiran

Baca: Bergambar: Koleksi Ayat Quran & Hadis Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad

Hadis Kelima

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: Wahai wanita-wanita Islam, jangan saling menghina antara jiran tetangga. Meskipun jiran puan-puan menghadiahkan sebhatang kaki kambing, jangan hina pemberian itu. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hak Jiran Tetangga - 8 Hadis Nabi Tentang Hidup Berjiran

Hadis Keenam

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda: Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, jangan dia menyakiti hati jirannya. Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki

Hadis Ketujuh

Aisyah binti Abu Bakar berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai utusan Allah, saya mempunyai 2 orang jiran. Kepada jiran manakah saya patut beri hadiah?’ Baginda menjawab, ‘Kepada jiran yang pintunya paling dekat denganmu’.” – Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Kelapan

Abdulllah bin Amru berkata, Nabi Muhammad bersabda: Di sisi Allah, sebaik-baik kawan adalah orang yang terbaik hubungannya dengan kawannya. Sebaik-baik jiran adalah orang yang terbaik pergaulannya dengan jirannya. – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Tetapi sesiapa bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia. – Surah asy Syura ayat 43

Orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan kesalahan orang, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara-perkara yang baik. – Surah ali Imran ayat 134

Koleksi Hadis Nabi Untuk Panduan Bersama

Hadis Pertama

Abdullah bin Abbas berkata, Rasulullah berkata kepada Ashaj Abdul Qais, ‘Pada saudara ada 2 sifat yang disukai oleh Allah, iaitu sabar dan bertenang.’ – Hadis Riwayat Muslim

Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Hadis Kedua

Aisyah berkata, Rasulullah bersabda: Allah memang lemah lembut dan tenang. Dia suka pada sifat bertenang dalam semua urusan. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Bergambar – Koleksi Hadis Kelebihan Surah Al Kahfi

Hadis Ketiga

Aisyah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sifat lemah lembut dan bertenang yang ada dalam sesuatu perkara, pasti diperelokkan perkara itu. Apabila sifat itu dibuang, pasti perkara itu menjadi buruk. – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Keempat

Anas ra berkata, Rasulullah bersabda, ‘Saudara-saudara permudahkanlah, jangan menyusahkan. Gembirakanlah, jangan menyebabkan orang menjauhkan diri.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Hadis Kelima

Jarir bin Abdullah berkata, Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: Sesiapa yang dihalang daripada sifat lemah lembut dan bertenang, itu tandanya beliau dihalang daripada semua kebaikan.’ – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Keenam

Abdullah bin Mas’ud berkata, Rasulullah bersabda: Mahukah saudara-saudara, seandainya saya ceritakan orang yang api neraka tidak dibenarkan membakar dirinya, ataupun berkenaan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam neraka? Neraka tidak dibenarkan kepda orang yang mudah didekati, tenang, lemah lembut dan baik budi. – Hadis Riwayat at Tirmidzi