
#1 Keistimewaan Air Zam-Zam
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah yang berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,’ Air zamzam adalah mustajab untuk sebarang tujuan ia diminum,” – Hadis Riwayat Ibn Majah.

#2 Kita Sebagai Tetamu Allah
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang menunikan haji dan orang yang menunaikan umrah ialah undangan (tetamu) Allah. Jika mereka berdoa kepada Allah, Allah akan memakbulkan permintaan mereka. Jika mereka beristighfar kepada Allah, Allah mengampunkan mereka ” – Hadis Riwayat Ibn Majah.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love

#3 Haji Mabrur
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tiada ganjaran haji yang mabrur melainkan syurga.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

#4 Ibadah Haji
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, : Aku mendengar Nabi bersabda, ‘ Sesiapa yang menunaikan haji dalam pada masa yang sama dia tidak bercakap kotor dan tidak pula melakukan kejahatan nescaya dia pulang seperti pada hari ibunya melahirkannya (suci daripada dosa).” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Baca: Quotes Sedekah Yang Indah – Bergambar

#5 Kelebihan Hari Arafah
Diriwayatkan daripada Aisyah, beliau berkata, Ertinya: ” Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,” Tidak ada suatu hari yang dalamnya, Allah lebih banyak membebaskan hamba daripada neraka melainkan hari Arafah. Sesungguhnya Dia turun dekat, kemudian berbangga di hadapan para malaikat dengan mereka dan berfirman,’ Apakah yang mereka kehendaki?” – Hadis Riwayat Muslim, al-Nasa’i dan Ibnu Majah.

#6 Berkemampuan Tapi Tidak Mengunjungi Baitullah
Baca; Big Collection of Ucapan Happy Birthday in English
Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Ertinya: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Sesungguhnya seorang hamba yang Aku telah berikannya kesihatan pada tubuh badannya dan Aku berikan keluasan kepadanya dalam kehidupan, namun lima tahun yang dia lalui tanpa dia datang kepada-Ku (melawat Baitullah), maka dia adalah orang yang terhalang (daripada mendapat kebaikan).” – Hadis Riwayat Ibnu Hibban.
Koleksi Hadis Tentang Ibadah Korban Koleksi Hadis Tentang Ibadah Korban