Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Tetapi sesiapa bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia. – Surah asy Syura ayat 43

Orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan kesalahan orang, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara-perkara yang baik. – Surah ali Imran ayat 134

Koleksi Hadis Nabi Untuk Panduan Bersama

Hadis Pertama

Abdullah bin Abbas berkata, Rasulullah berkata kepada Ashaj Abdul Qais, ‘Pada saudara ada 2 sifat yang disukai oleh Allah, iaitu sabar dan bertenang.’ – Hadis Riwayat Muslim

Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Hadis Kedua

Aisyah berkata, Rasulullah bersabda: Allah memang lemah lembut dan tenang. Dia suka pada sifat bertenang dalam semua urusan. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Bergambar – Koleksi Hadis Kelebihan Surah Al Kahfi

Hadis Ketiga

Aisyah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sifat lemah lembut dan bertenang yang ada dalam sesuatu perkara, pasti diperelokkan perkara itu. Apabila sifat itu dibuang, pasti perkara itu menjadi buruk. – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Keempat

Anas ra berkata, Rasulullah bersabda, ‘Saudara-saudara permudahkanlah, jangan menyusahkan. Gembirakanlah, jangan menyebabkan orang menjauhkan diri.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Koleksi Hadis Nabi Tentang Hati Yang Tenang, Lemah Lembut dan Sabar

Hadis Kelima

Jarir bin Abdullah berkata, Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: Sesiapa yang dihalang daripada sifat lemah lembut dan bertenang, itu tandanya beliau dihalang daripada semua kebaikan.’ – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Keenam

Abdullah bin Mas’ud berkata, Rasulullah bersabda: Mahukah saudara-saudara, seandainya saya ceritakan orang yang api neraka tidak dibenarkan membakar dirinya, ataupun berkenaan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam neraka? Neraka tidak dibenarkan kepda orang yang mudah didekati, tenang, lemah lembut dan baik budi. – Hadis Riwayat at Tirmidzi

11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar

11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar

Suhaib bin Sinan berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: ” Alangkah hebatnya kehidupan seorang yang beriman itu. Setiap perkara yang terjadi, mereka anggap sebagai kebaikan. Jelasnya, semua yang baik-baik itu hanyalah untuk mereka. Apabila mendapat ketengan hidup, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan untuknya. Apabila ditimpa kesusahan seperti bencana, dia bersabar dan itu juga kebaikan untuknya.” – Hadis Riwayat Muslim

Ibn Abbad ra, Rasulullah SAW bersabda: “Bertoleransilah (sesama makhluk), nescaya Allah SWT akan bertolak ansur (memudahkan) denganmu.” – Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tabrani.

Abdullah bin Mas’ud berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Pada akhir zaman nanti akan berlaku satu keadaan yang mana semua orang mementingkan diri sendiri. Juga berlaku perkara-perkara yang saudara sekalian benci.” Para sahabat bertanya, “Oleh itu tuan, apakah yang tuan sarankan kepada kami?” Nabi Muhammad SAW menjelaskan. “Tunaikan hak yang diwajibkan kepada kamu. Berdoa kepada Allah berkenaan hak yang menjadi milik kami.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri ra, daripada Nabi Muhammad, baginda bersabda: “Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada sabar.” Hadis Riwayat al-Bukhari

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang kuat dan hebat itu sebenarnya bukan orang yang kuat ketika bergaduh. tetapi orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan dirinya ketika marah.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Baca: Ayatul Kursi – Keagungan, Maksud dan Kelebihannya

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang gagah itu bukanlah orang yang kuat bertinju. Akan tetapi, orang yang gagah itu ialah orang yang dpaat mengawal dirinya ketika marah”. Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar

Anas ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila saudara ditimpa dengan yang berat, jangan saudara minta dimatikan. Namun sekiranya keadaan memaksa, hendaklah saudara mengatakan, “Ya Allah, panjangkan umurku, andai hidup itu lebih baik untukku. Dan matikan aku, andai mati itu lebih baik untukku.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah menjelaskan, apabila seorang yang beriman diuji dengan dimatikan seorang yang dikasihinya, kemudia dia menerimanya dengan penuh keredhaan, mereka akan dibalas dengan syurga.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Baca: Assalammualaikum Selamat Pagi – 35 Bergambar

Abu Hurairah ra berkata: “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad SAW, “Beri wasiat kepada saya.” Nabi Muhammad bersabda, “Jangan marah.”. Orang itu mengulangi permintaannya berkali-kali. Nabi Muhammad SAW tetap berkata, “Jangan marah”. – Hadis Riwayat al-Bukhari.

Muaz bin Anas ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang mampu menahan marahnya, padahal pada ketika itu dia mampu marah, pada hari kiamat kelak Allah SWT memanggilnya ke hadapan dengan disaksikan semua makhluk. Allah menyuruhnya memilih mana-mana bidadari yang disukainya.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar

Abu Hurairah ra berkata, Nabi Muhammad SAWbersabda: “Sesiapa yang Allah SAW pilih supaya diberi kebaikan, maka Allah akan menurunkan musibah kepadanya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar 11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar