Solat Sunat Isyraq merupakan solat sunat 2 rakaat yang dilakukan bermula daripada kadar matahari naik segalah iaitu bersamaan dengan kira-kira 15 minit dari bermulanya waktu syuruk.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
Maksudnya: Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.
Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Tabrani RA
Baca: Doa, Niat dan Cara Solat Istikharah Rumi
Ibnu ‘Abbas menamakan solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktu tersebut sebagai solat Isyraq. Ia dinamakan dengan nama tersebut kerana ia didirikan selepas waktu syuruk iaitu waktu matahari sedang terbit.
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak. Manakala Solat Isyraq hanya dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja. Solat Sunat Isyraq tidak boleh diqadha jika sekiranya terlepas waktunya. Jika ia dikerjakan selepas dari waktu Solat Isyraq itu, maka ia dikira sebagai Solat Sunat Dhuha dan bukan Solat Sunat Isyraq.
Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin ada menyebut, Yang lebih utama seseorang itu solat 2 rakaat ketika Isyraq iaitu apabila matahari terbit naik kadar separuh tombak / lembing. Selepas itu dia mengerjakan solat sebanyak 4, 6 atau 8 rakaat apabila telah panas iaitu ketika pasir telah memanasi kaki anak unta.
Firman Allah:
Maksudnya: Ia (gunung ganang) turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya pada waktu petang dan pagi – Surah Sad 28: 18.
Manakala 4 rakaat adalah dalam waktu dhuha yang Allah SWT bersumpah dengannya dengan Firman-Nya
Maksudnya: Demi waktu dhuha dan malam apabila sunyi sepi – Surah Ad-Dhuha 93: 1-2
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Cara Menunaikan Solat Sunat Isyraq

1.Berdiri tegak menghadap kiblat. Lafaz dan niat solat sunat Isyraq

2.Mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’
3.Membaca Surah Al Fatihah

4.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran. Contohnya Surah An Nas

5.Rukuk

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar
6.Iktidal

7.Sujud pertama

8.Duduk antara dua sujud

9.Sujud Kedua

10.Qiam rakaat kedua, mengangkat takbiratulihram, ‘Allahu Akhbar’

1.Membaca Surah Al Fatihah

2.Membaca apa-apa surah atau ayat Al Quran. Contohnya Surah Al kausar

3.Rukuk

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar
4.Iktidal

5.Sujud pertama

6.Duduk antara dua sujud

7.Sujud Kedua

8. Duduk tawarruk dan membaca tahiyat akhir


9.Mengucap salam

Alhamdulillah. Selesai

“Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.”
Rujukan: MuftiWP