Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

#1. Lakukanlah Solat Sunat Witir

Rasulullah bersabda, ertinya: “Wahai orang yang beramal dengan al-Quran! Hendaklah kamu melakukan solat Witir, sesungguhnya Allah itu bersifat Witir dan Dia menyukainya” – Hadis Riwayat Ahmad

#2. Solat Witir di Akhir Malam

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa yang bimbang tidak dapat bangun di akhir malam, hendaklah dia bersolat Witir pada awalnya. Dan sesiapa yang hendak bangun pada akhir malam, bersolatlah pada akhir malam. Kerana solat di akhir malam disaksikan (oleh malaikat). Dan ia lebih baik.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Cara Solat Witir Yang Mudah – Waktu, Hukum & Kelebihan

#3. Meneguhkan Jiwa

Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya bangun malam (solat malam) sangat meneguhkan jiwa dan lebih menegaskan ucapan.” – Surah Al-Muzammil: 6

Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

#4. Mendekatkan Diri Kepada Allah

Rasulullah bersabda, ertinya: “Hendaklah kalian kerjakan qiamullail (witir) sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu dan merupakan ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan juga menghapuskan perbuatan jelek dan mencegak perbuatan keji” – Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah.

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

#5. Witir itu Ganjil

Rasulullah bersabda, ertinya: ” Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), Dia mencintai witir maka laksanakanlah Solat Witir wahai ahli Quran.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

#6. Minta Ampun Sebelum Waktu Fajar

Dan mereka sering meminta keampunan pada waktu pagi sebelum fajar – Surah al-Dhariyat 51:18

Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

#7. Pensyariatan Solat Sunat Witir

Daripada Abu Ayyub al-Ansari, bahawa Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Witir ialah hak ke atas setiap Muslim. Sesiapa yang suka melakukan solat Witir lima rakaat, lakukanlah. Sesiapa yang mahu melakukan solat Witir tiga rakaat, lakukanlah. Sesiapa yang mahu melakukan solat Witir satu rakaat, lakukanlah.” – Hadis Riwayat Abu Daud

#8. Hukum Solat Sunat Witir

Majoriti ulamak berpendapat, solat sunat Witir adalah sunat muakkad. Walaubagaimanapun, mazhab Hanafi menghukumnya sebagai wajib.

Ali r.a berkata, ertinya: “Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah melakukannya. Dan dia menyatakan bahawa Allah itu tunggal (witir) dan dia sukakan solat Witir. Oleh itu, lakukanlah solat Witir wahai ahli al-Quran.” – Hadis Riwayat al-Tirmizi

#9. Antara Ibadah Sunat yang Digalakkan

Daripada Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Nabi SAW mewasiatkanku tiga perkara yang tidak aku tinggalkan sama sekali; Baginda berpesan kepadaku agar berpuasa pada setiap bulan, solat Witir sebelum tidur dan bersolat Duha dua rakaat ketika bermukim dan bermusafir.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Zikir dan Doa Solat Witir – Rumi Mengikut Sunnah

Solat Sunat Witir boleh dilakukan sepanjang waktu selepas Isyak sehingga Subuh. Sama ada ia dikerjakan secara jemaah atau sendirian.

Rasulullah bersabda, ertinya: “Allah menambah untuk kami satu solat, iaitu Solat Witir. Oleh itu, solatlah kamu di antara solat Isyak sehingga solat Subuh” – Hadis Riwayat Ahmad

Daripada Ubay bin Ka’ab r.a: Rasulullah s.a.w akan membaca dalam solat witir surah Al-A’la, Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Selepas memberi salam baginda akan menyebutkan: ‘Subhanal Malikil Quddus’ (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali dengan memanjangkan dan mengeraskan suaranya pada bacaan ketiga – Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu’ an-Nahar,hadis no: 1729

KLIK: Cara Solat Witir Yang Mudah – Waktu, Hukum & Kelebihan

Doa Solat Witir

Doa Solat Witir (Mengikut Sunnah Nabi)

Subhanal malikil quddus

(Maha suci Tuhan Yang Merajai lagi Maha Suci)

Subbuhun quddusun rabbunaa wa rabbul malaa-ikati warruh

(Maha Suci lagi Quddus Tuhan Kami, Tuhan para Malaikat, dan Malaikat jibril)

Subhanallah walhamdu lillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar, wa Laa haula wa laa quwwata illa billah.

(Maha Suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar.dan Tiada daya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah)

Doa Solat Witir (Panjang) – Rumi
Doa Solat Witir

Baca: Himpunan Ucapan Perpisahan

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian

Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap,

Kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk,

Kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat,

Kami memohon kepada-Mu keyakinan yang benar,

Kami memohon kepada-Mu amal yang solleh,

Kami memohon kepada-Mu agama yang lurus,

Kami memohon kepada-Mu kebaikan yang banyak,

Kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat,

Kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna,

Kami memohon kepada-Mu syukur atas kesihatan,

dan Kami memohon kepada-Mu terkaya dari semua manusia.

Wahai Allah, Tuhan kami! Terimalah dari kami solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyukan kami, kerendahan hati kami, ibadah kami, Sempurnakanlah kelalaian (kekurangan) kami.

Wahai Allah, wahai Allah, wahai Allah, wahai Zat Yang Paling Penyayang di antara para penyayang.

Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik-baik makhluk-Nya, Muhammad, keluarga dan sahabatnya semua dan segala puji milik Allah Tuhan semesta alam.

Baca: Ucapan Terima Kasih / Tahniah