Surah Tiga Kul terdiri daripada Surah Al-Ikhlas (Tauhid), Surah Al-Falaq (Waktu Subuh) dan Surah An-Nas (Manusia).
Cara Baca Surah 3 Kul Sebelum Tidur
- Seeloknya, ambil wuduk terlebih dahulus sebelum tidur.
- Baca doa tidur terlebih dahulu.
- Sambil menadah tangan, baca surah 3 Qul bermula dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
- Selesai membaca, hembus di tapak tangan dan sapu muka serta ke seluruh badan, tangan dan kaki.
- Selepas itu berbaringlah. Pada waktu ini, kita juga digalakkan membaca surah-surah lain seperti surah Al-fatihah dan juga Ayatul Qursi.
Kelebihan 3 Kul
- Menghindari gangguan jin dan syaitan
- Menghindari diri daripada terkena sihir
- Menghindari penyakit was-was dan ragu-ragu
- Menghindari segala jenis kejahatan serta perkara buruk
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Aisyah ra berkata: “Rasulullah SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, akan mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ‘Qul Huwallahu Ahad’, ‘Qul A’udzu Birobbil Falaq’ dan ‘Qul A’udzu Birobbin Naas’. Kemudian Baginda SAW akan usapkan kedua tapak tangannya pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Muat Turun: Surah 3 Kul PDF Full
Surah 3 Kul Rumi – Surah Al Ikhlas

Baca: Surah Al Falaq & Surah An Nas Rumi – Doa Mohon Perlindungan
Qul Huwallahu Ahad. Allahussomad. Lam Yalid Walam Yuulad. Walam Yakullahu Kufuwan Ahad.
Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa. Allah Adalah Tuhan Yang Bergantung Kepadanya Segala Sesuatu. Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan. Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Setara Dengan Dia.
Surah 3 Kul Rumi dan Maksud – Surah Al-Falaq

Qul A’uuzu Birobbil Falaq. Min Syarrimaa Kholaq. Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob. Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod. Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad.
Katakanlah: Aku Berlindung Kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh. Daripada Kejahatan MakhlukNya. Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita. Dan Daripada Kejahatan Wanita-Wanita Tukang Sihir Yang Menghembus Pada Buhul-Buhul. Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki.
Baca: Bergambar Ucapan Jumat Barakoh Quotes Indah
Surah 3 Kul Rumi dan Maksud – Surah An-Nas

Qul A’uuzu Birobbinnaas. Malikinnaas. Ilaahinnaas. Min Syarril Waswaasil Khonnaas. Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas. Minal Jinnati Wannaas.
Katakanlah: Aku Berlidung Kepada Tuhan Manusia. Raja Manusia. Sembahan Manusia. Daripada Kejahatan (Bisikan Syaitan) Yang Apabila Bersembunyi. Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia. Daripada Jin dan Manusia.
surah 3 kul pdf, surah 3 kul rumi, surah 3 kul pdf full