Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Surah Al Asr mempunyai 3 ayat dan diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyyah). Namanya diambil bersempena dengan ‘Al-Asr’ yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Melalui surah ini, Allah SWT telah bersumpah dengan masa bahawa sesungguhnya manusia mengalami kerugian yang besar bila mana mereka tidak memanfaatkannya dengan baik. Sebaliknya, orang yang tidak akan rugi dengan masa ialah orang yang beriman serta beramal soleh iaitu mereka yang sentiasa berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran. Insyaallah.

Baca: Bergambar 10 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat
Surah Al Asr Rumi
  • WAL ASRI
  • INNAL INSAANA LAFII KHUSRIN
  • ILLAL-LADZIINA AAMANUU WA AMILUS-SHAALIHAATI, WA TA-WASHAW BIL-HAQQI WA TA WASHAW BIS-SHABRI.
Maksud Surah Al Asr

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya
Manfaat dan Kelebihan Surah Al Asr

Apabila Allah SWT bersumpah dengan masa dalam ayat ini, ia sebenarnya memberi isyarat bahawa:-

  • Allah suruh kita sentiasa menghargai masa.
  • Masa kita di dunia adalah singkat. Manusia lebih banyak mengejar kepentingan dunia sehingga lupa untuk bersedia untuk kehidupan di akhirat kelak.
Baca: Surah 3 Kul PDF – Rumi, Maksudnya dan Kelebihan

Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya