Surah Al Kausar / Surah Al Kauthar ini pendek iaitu hanya mempunyai 3 ayat sahaja. Akan tetapi, manfaatnya sangat banyak untuk kita telusuri pengajaran tentang nikmat yang Allah SWT terhadap hambanya yang tak terkira banyak. Di antara nikmat terbesar itu, syurga merupakan nikmat yang terbesar.
Kausar / Khauthar diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyah) . Surah yang ke 108 ini menceritakan nikmat Allah yang sangat banyak dan tentang sebuah sungai yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Ia menganjurkan kita untuk selalu beribadah kepada Allah dan berkorban dengan menyembelih haiwan sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang diberikan .
Surah Al Kausar Rumi
1) INNAA A’TAYNAAKAL-KAUTSAR
2) FASHALLI LIRABBIKA WANHAR
3) INNA SYAANI-AKA HUWAL ABTAR
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love

Surah Al Kausar – Maksud Terjemahan dalam Bahasa Melayu
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Baca: Surah Al Fatihah Rumi Bahasa Melayu
Kelebihan Surah Al Kausar
Sebagai Ikhtiar Untuk Bermimpi Melihat Nabi Muhammad SAW
Sesiapa yang berikhtiar dengan membaca surah Al Kausar pada malam Jumaat sebanyak 1000 kali dan membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 1000 kali lalu tidur, nescaya ia akan bermimpi melihat Rasulullah. Insyaallah
Rezeki
Jika kita kehausan dan tiada punca air pada ketika itu, bacalah surah ini dan gosok tangan pada leher. Insyaallah akan hilang dahaga tersebut.
Jika rajin membacanya, insyaallah hati akan lembut dan lebih kusyuk dalam menunaikan ibadah kepadanya.
Baca: Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat
Menghindar Dari Musuh
Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini sebanyak 10 kali. Insyaallah Tuhan akan bagi ilham buat kita untuk mencari punca sihir.
Ikhtiar Perubatan Sihir Melalui Surah Al Kausar
Surah Al-Kautsar ini dapat menjadi ubat penyakit mata seperti bengkak, berair, dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan mengambil segelas air tawar kemudian bacakan surat Al-Kausar sebanyak 10 kali pada segelas air tawar tadi kemudian sapukan air itu kebahagian mata yang sakit maka Insyaallah penyakit mata tersebut akan sembuh.
Dapat menemukan tempat letak sihir yang diletakkan dalam rumah, caranya yaitu dengan membacakan Surat Al-Kausar ini sebanyak 10 kali didalam rumah maka nescaya anda dapat melihat di mana letak sihir yang ada dalam rumah anda.
Surah Al Kausar Rumi, Maksud dan Kelebihnya