Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan

Surah yang mempunyai 30 ayat ini merupakan Makiyyah iaitu diturunkan di Mekah. Ia dinamakan Al Mulk bersempena dengan perkataan Al Mulk yang bermaksud kerjaaan atau kekuasaan. Selain itu, surah ini juga dikenali sebagai Tabaraka, Al Mani’ah, Al Waqiyah.

Kerajaan manusia mampu menguasai sesebuah negara sehinggakan mampu untuk membentuk sebuah tamadun. Akan tetapi, walau sehebat mana sekalipun, Allah SWT adalah penguasa kepada segala pemerintahan yang menguasai setiap pelosok dan segenap penjuru Timur, Barat, Utara dan Selatan.

Kelebihan Surah Al Mulk

Memberi Syafaat kepada Pembacanya

Rasulullah SAW bersabda: ” Surah dalam Al-Quran yang jumlah ayat adalah 30, memberi syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampuni dosa-dosanya. Surah itu adalah Al-Mulk.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

Menjadi Pembela di Alam Kubur

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka surah itu akan membelanya di kubur. Dan barangsiapa yang membacanya setiap malam maka dipisahkan dari seksa sesudah ia mati” – Hadis Riwayat Imam at-Quthubi

Amalan Rasulullah

Sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sebelum membaca surah As-Sajdah dan Al Mulk – Hadis Riwyaat at-Tirmidzi

Menjadi Pembela Sewaktu Di Soal Malaikat Munkar Nakir

Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

Mohon Ampun dari Allah

Rasulullah SAW bersabda: “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Muat Turun: Surah Al Mulk PDF

Surah Al Mulk Rumi
Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan
Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan
Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu
Baca: Surah Yusof Ayat 4 Rumi : Ayat Penyeri Wajah – Seri Muka

Surah Al Mulk Rumi, Versi PDF, Terjemahan dan Kelebihan