
Surah Al Qariah ini mempunyai 11 ayat. Ia diturunkan di Makkah (Ayat Makkiyyah). Nama surah ini diambil daripada perkataan Al Qariah yang bermaksud ‘Hari Kiamat’.
Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu
Kelebihan Surah Al Qariah
Surah ini menggambarkan kejadian yang akan berlaku pada hari kiamat iaitu manusia umpama anai-anai yang bertebaran, gunung ganang yang berhamburan seperti bulu-bulu, dua golongan manusia iaitu yang berat dan ringan amalan kebaikannya.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Surah Al Qariah Rumi
1) Al-qaariah.
2) Mal-qaariah.
3) Wamma adraaka mal-qaariah.
4) Yawma yakuunun-naasu kal-faraasyil- mabtsuuts.
5) Wa takuunul-jibaalu kal-lhnil-manfuusy.
6) Fa amma man tsaqulat mawaaziinuhu.
7) Fa huwa fii lisyatin raadhiyah.
8) Wa amma man khaffat mawaaziinuhu.
9) Fa ummuhu haawiyah.
10) Wamaa adraaka maahiyah.
11) Naarun hamiyah.
Baca: Maksud Surah Al Asr Rumi dan Kelebihannya

Terjemahan Surah Al Qariah
Hari yang menggemparkan, Apa dia hari yang menggemparkan itu?. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?. (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
Surah Al Qariah Rumi, Terjemahan & Kelebihan