Ucapan Haji Mabrur: Doa & Harapan Jemaah Haji Malaysia

Alhamdulillah kami dapat menunaikan Haji pada tahun ni. Semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat. Doakan kami dapat haji yang mabrur. Dan saya doakan semua berpeluang menjadi tetamu Allah SWT satu hari nanti.

Aamiin Ya Rabb

Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat menunaikan haji para dhuyufurrahman. Haji Mabrur-Insyallah.

Ucapan Haji Mabrur: Mengungkapkan Doa dan Harapan untuk Jamaah Haji

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya telah mendapat jemputan Allah untuk mengerjakan Ibadat Haji tahun ini. Oleh itu, pada kesempatan ini saya dengan rendah diri ingin memohon Ampun & Maaf seikhlas hati atas semua salah silap (sengaja / tidak sengaja), halalkan apa yg dimakan / diminum / diambil.

Saya maafkan semua.

Doakan keselamatan semua jemaah haji di bumi Mekah Al-Mukaramah ini serta selamat dalam menunaikan ibadah Haji dengan sempurna & dilindungi Allah sepanjang masa & di mana sahaja kami berada.

Doakan juga agar kami semua dalam kesihatan yang baik, dan dipanjangkan umur. Semoga semua Jemaah Haji Tahun ini mendapat Haji yang Mabrur.

Amin

Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Untuk Ibu Bapa

Ucapan tahniah, selamat dan sejahtera kepada XXXX yang akan berangkat ke tanahsuci untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Semoga Allah SWT permudahkan sepanjang, urusan dan kehidupan XXXX sepanjang menunaikan ibadah di sana.

Mohon rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang budiman mendoakan XXX semoga beliau dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan sepanjang berada di tanah suci, selamat pergi dan balik serta dikurniakan oleh Allah haji yang mabrur.

اللهم آمين يا مجيب السائلين

SELAMAT BERANGKAT DUYUFURRAHMAN
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Alhamdulillah XXX terpilih menjadi tetamu Allah SWT di bumi Mekah bagi menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Pagi ni akan bertolak ke KL dan esok terus terbang ke Tanah Suci.

Semoga diterima amalan, diberkati-Nya & mendapat haji yg mabrur.

Maafkan kami anak2 & menantu. Doakan kami jugak ya

Semoga semuanya sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Aamiin