Umrah dan Haji: Panduan Lengkap, Ucapan, Doa (Rumi)

Koleksi Ucapan, Panduan, Doa dan Hadis Tentang Haji dan Umrah

  1. Doa dan Ucapan Untuk Orang Pergi Haji Malaysia
  2. Lafaz Talbiyah Rumi (Bergambar) Beserta Maksud Bahasa Melayu
  3. (Rumi) Doa Sewaktu Berada di Mekah – Bergambar
  4. Rumi – Koleksi Doa Di Tanah Suci Madinah, Mustajab (Rumi)
  5. Rukun Umrah ke-4: Doa Bergunting / Tahalul / Bercukur (Rumi)
  6. Rukun Umrah ke-3: Sa’ie – Niat Syarat, Perkara Sunat dan Doa Rumi (Download Format PDF)
  7. Rukun Umrah ke-2: Tawaf – Jenis, Niat, Syarat, Sunat, Cara & Doa Rumi (Download PDF)
  8. Rukun Umrah 1: Niat Ihram & Senarai Larangan Sewaktu Ihram (Lelaki & Perempuan)
  9. Belajar Umrah: Maksud, Syarat Wajib, Rukun & Doa Rumi
  10. Hadis Nabi Tentang Haji Mabrur dan Umrah Mabrurah
  11. 20 Koleksi Ucapan Umrah Untuk Sahabat, Ahli Keluarga (Gambar)
  12. 19 Hadis Sahih Nabi oleh Imam Bukhari Tentang Haji dan Umrah
  13. (Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah
  14. Wukuf – Contoh2 Doa Hari Arafah Menurut Hadis, Rumi & Pendek
  15. (Download PDF) Doa Hari Arafah Rumi, Panjang – Untuk Jemaah Haji

Beza Haji dan Umrah

Haji – Dari sudut masa, haji ditentukan pada bulan tertentu. Ia tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah niat haji kecuali pada bulan tersebut. Dari sudut hukum, haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah.

Umrah – masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya. Dari sudut hukum, umrah hanya melibatkan niat, tawaf, melakukan sa’ ie dan bercukur ataupun bergunting serta tertib sahaja.

Hukum Menunaikan Haji dan Umrah

Berlaku ijmak ulama’ terhadap kewajipan menunaikan haji, manakala umrah, para ulama’ berselisih pendapat tentang kewajipannya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala; ‘Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah”. (Surah al Baqarah : 196)

Daripada ‘Aisyah r.a. katanya: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah wanita wajib berjihad?”. Sabda Baginda: “Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al Baihaqi)

Umrah Nabi Muhammad saw

Nabi Muhammad saw telah masuk Makkah sebanyak 5 kali selepas hijrah ke Madinah. Baginda telah melakukan ibadat ‘umrah 4 kali dan haji sekali. Semua umrah baginda dilakukan di bulan Zulkaedah:-

  1. 6 A.H. – dihalang masuk kota Makkah oleh kaum musyrik. – Perjanjian
    Hudaibiyyah.
  2. 7 A.H. – Umratul Qadha – 3 hari di Makkah ikut perjanjian dengan kaum musyrik.
  3. 8 A.H. – Selepas takluk kota Makkah, Nabi saw ke Taif dan Hunain untuk
    mengadapi musuh. Selepas pembahagian harta perang , baginda ihram di Ji’ranah dan
    masuk Makkah untuk umrah dan tinggalkannya pada waktu malam.
  4. 10 A.H. – Umrah serta haji.

Baca: (Bergambar) 13 Hadis Sahih Bukhari Tentang Madinah dan Terima Kasih – Menghargai Ucapan Hari Lahir dan Hari Jadi

Umrah dan Haji: Panduan Lengkap, Ucapan, Doa (Rumi)
Umrah dan Haji: Panduan Lengkap, Ucapan, Doa (Rumi)
Umrah dan Haji: Panduan Lengkap, Ucapan, Doa (Rumi)

Umrah dan Haji: Panduan Lengkap, Ucapan, Doa (Rumi) Umrah dan Haji: Panduan Lengkap, Ucapan, Doa (Rumi)