
Solat merupakan tiang agama dan ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang Islam yang baligh, berakal dan suci. Para ulama sepakat mengatakan bahawa meninggalkan solat hukumnya adalah doa yang amat berat.
Hukum solat adalah wajib walaupun hanya mampu solat dengan menggerakkan kelopak mata sahaja.
Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu
Hukum Malas Solat
Pendapat Pertama – Orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan terkeluar daripada Islam. Ia boleh dihukum bunuh sekiranya tidak bertaubat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Ahmad bin Hanbal
Pendapat Kedua – Menurut Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafie, orang yang meninggalkan solat adalah fasiq, tetapi tidak kufur. Pada masa yang sama, mereka berbeza pendapat tentang hukum – Imam malik dan Syafie mengatakan ia dihukum hudud bunuh jika tidak bertaubat. Manakala, Imam Abu Hanifah mengatakan ia hendaklah ditakzirkan dan tidak dibunuh.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Dalil Orang Meninggalkan Solat (Hadis dan al Quran)
Meninggalkan solat adalah dosa yang sangat besar sehingga boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka. Firman Allah SWT, maksudnya: (Setelah melihat orang yang bersalah itu, mereka berkata): “(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat),” mereka bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat.” – Surah al Muddaththir: 40-43
Oleh itu, jika mereka bertaubat (daripada kekufuran), dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. – Surah Taubah: 11
Orang yang tidak melakukan sujud (solat) di dunia tidak akan dapat melakukannya pada hari kiamat kerana waktu yang diwajibkan solat telah berlalu. Firman Allah SWT, maksudnya: (Ingatkanlah orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedasyatan huru-hara (hari kiamat) dan merea diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya. – Surah al Qalam: 42
Daripada Abu Said, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Allah mendedahkan kedahsyatan hari kiamat, lalu bersujudlah semua orang lelaki dan perempuan yang beriman. Yang tinggal (tidak sujud) ialah mereka yang bersujud (bersolat) di dunia dalam keadaan riyak dan untuk mendapatkan nama. Mereka cuba untuk sujud tetapi tidak dapat melakukannya.” – Hadis Riwayat Bukhari.
Daripada Jabir, dia mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: “Di antara seorang itu dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan solat” – Hadis Riwayat Muslim
Baca: Kelebihan, Niat dan Cara Solat Sunat Rawatib – Rumi
Athar Para Sahabat Tentang Meninggalkan Solat
Ali ra berkata, maksudnya: “Sesiapa dengan sengaja meninggalkan satu solat, dia telah menyisihkan daripada Allah dan Allah juga menyisihkan daripadanya.”
Abu al Darda berkata: “Sesiapa yang tidak bersolar, dia tidak beriman.”.
Ibn Abbas ra berkata: “Sesiapa meninggalkan solat, dia telah kufur.”
Azab Meninggalkan Solat
Orang yang tidak solat akan diseksa dengan 15 seksaan: 6 akan diterima di dunia, 3 diterima tatkala hendak mati dan 3 ketika di dalam kubur serta 3 lagi di hari kiamat.
6 Seksaan Semasa Hidup Di Dunia
- Umur tidak berkat
- Terhapus tanda-tanda orang soleh pada mukanya
- Amalan yang dikerjakan tidak akan diberikan pahala kepadanya.
- Doanya tidak akan diperkenankan oleh Allah
- Dibenci oleh segala makhluk du dunia
- Tiada bahagian untuknya daripada dia untuk orang-orang soleh
3 Seksaan Ketika Sakaratulmaut
- Mati dalam kehinaan
- Mati dalam keadaan kelaparan
- Mati dalam keadaan dahaga
3 Seksaan Di Alam Kubur
- Disempitkan kuburnya
- Dinyalakan api dimana, dia akan membalik-balikkan dirinya dalam bara api tersebut.
- Allah mengarahkan Shajkul Akrak (ular yang besar) untuk menyeksa si mayat. Ular itu akan berkata: “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur, dipukul pula sehingga Asar, sebab engkau sia-siakan waktu Asar….” Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam sehingga hari kiamat.
3 Seksaan Pada Hari Kiamat
- Allah memerintahkan malaikat menghela orang yang tidak solat ke dalam neraka
- Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka
- Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbat ke dalam neraka. Firman Allah SWT, maksudnya: “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami tidak solat.”
Malas Solat: Hadis Meninggalkan Solat Malas Solat: Hadis Meninggalkan Solat