(Bergambar) 1001 Koleksi Ayat dan Surah Al-Quran – Rumi

(Bergambar) 1001 Koleksi Ayat dan Surah Al-Quran - Rumi

Hadis Sahih Kelebihan Membaca Al Quran

Abu Umamah berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda, ”Saudara semua bacalah al Quran. Ia memberi petolongan kepada sesiapa yang membaca dan mengamalkannya pada hari kiamat nanti. – Hadis Riwayat Muslim

Nawwas bin Sam’an berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: al Quran membantu pada hari kiamat nanti. Ia membantu orang yang mengamalkan isi kandungan al Quran ketika di dunia. Orang yang membaca, memahami dan mengamalkan surah al Baqarah dan surah ali Imran paling utama mendapat keselamatan. – Hadis Riwayat Muslim

Koleksi Ayat dan Surah al-Quran Untuk Panduan Bersama

Hadis Nabi Tentang Perintah Untuk Sentiasa Membaca al Quran

Abu Musa berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: Hendaklah saudara semua sentiasa membaca al Quran. Demi Allah, sebenarnya al Quran lebih mudah terlepas daripada ingatan saudara semua berbanding seekor unta yang sedang ditambat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Sahih Berkaitan Galakan Membaca al Quran Dengan Merdu

Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Rasulullah bersabda: Allah tidak memberi perhatian penuh kepada sesuatu seperti ia memberi perhatian kepada seorang nabi yang sedap suaranya dan membaca al Quran dengan berlagu, serta membacanya dengan suara yang nyaring. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Abu Musa berkata, Rasulullah berkata kepadanya: Pastu saudara gembira sekiranya saya memberitahu, saya suka mendengar saudara membaca al Quran malam tadi. – Hadis Riwayat Muslim

(Bergambar) 1001 Koleksi Ayat dan Surah Al-Quran - Rumi

Hadis Kelebihan Membaca Surah / Ayat Tertentu dalam al Quran

Abu hurairah berkata, Rasulullah menjelaskan berkenaan kelebihan surah al-Ikhlas, ‘Sebenarnya pahala membaca surah al-Ikhlas itu bersamaan dengan pahala membaca satu pertiga al Quran. – Hadis Riwayat Muslim

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: Terdapat saty satu surah dalam al Quran yang mengandungi 30 ayat. Surah ini dapat memberi pertolongan kepada seseorang yang berdosa sehinggalah dia diampunkan oleh Allah. Surah itu adalah surah al Mulk. – Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmidzi

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: Janganlah saudara sekalian jadikan rumah saudara seperti kubur. Sudara tidak sembahyang sunat ataupun membaca al Quran. Saudara jadikannya sunyi tanpa sebarang ibadah. Sebenarnya syaitan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah al Baqarah. – Hadis Riwayat Muslim

Rasulullah SAW Pembawa Rahmat ke Seluruh Alam

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: “Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: “Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam).” – Hadis Riwayat Ad-Darimy

(Bergambar) 1001 Koleksi Ayat dan Surah Al-Quran - Rumi

Maksud al-Quran

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a, qiraatan, quranan. Allah SWT berfirman:

“Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.” – al-Qiyaamah: 17-18

Sedangkan pada istilahnya pula ialah kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada Nabi SAW yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika dibacanya yang terangkum dari awal surah Fatihah hingga akhir surah al-Nas.

Al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.” – Surah Hud : 1

Al Quran Sebagai Kitab Mukjizat

“Katakanlah (wahai Muhammad) “ Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”. – Surah Al-Isra’: 88

Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah.

“Maka sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu(wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran”. – Surah Ad-Dukhan : 58