Bergambar: 9 Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Bergambar: 9 Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Terjemahan: “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar (dari masalah hidup). Dan memberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (al-Talaq:2-3)

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian

Antara keistimewaan dan fadhilat ayat 1000 dinar seperti yang sering disampaikan oleh para ulama dan ustaz-ustaz di Malaysia jika kita amalkan:

  1. Dimurahkan rezeki tanpa disangka-sangka
  2. Dapat keluar daripada segala kesulitan dan kesusahan
  3. Mendapat perlindungan Allah SWT dari sebarang musibah
  4. Insya Allah akan diselamatkan jika berada dalam perang
  5. Dimakbulkan segala hajat
  6. Dipermudahkan sebarang urusan dan niat
  7. Bacalah ketika sedang bertawakal pasti dimudahkan
  8. Boleh dibaca ketika menaiki sebarang kenderaan
  9. Dapat hilangkan keresahan dan kegusaran

Baca: 22 – Bersangka Baik Dengan Allah Quotes Bergambar

BERHATI-HATI, JANGAN SAMPAI TERLALU TAKSUB!

Kelebihan Ayat Seribu Dinar Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan – Jawi, Rumi

Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan - Jawi, Rumi

Setiap ayat al-Quran mempunyai kelebihan yang tertentu. Konsep taqwa dan tawakkal yang terdapat di dalam ayat ini membawa pengertian mendalam dan perlu diamal serta dihayati bersama.

Ayat ini bukanlah semata-mata membacanya akan mendapat ganjaran pahala seribu dinar bahkan maksud sebenarnya ayat ini adalah dari sudut amalan yang disertai dengan taqwa serta tawakal. Bahkan Allah SWT akan mengurniakan baginya ganjaran yang lebih daripada seribu dinar jika setiap amalan itu disertakan dengan taqwa,

Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan - Jawi, Rumi
Ayat Seribu Dinar Rumi

WAMAN YATTA QILLAHA YAJ’AL LAHU MAKHROJA.

WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL ‘ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA’ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.

Baca: Rezeki Quote – Alhamdulillah Syukur
Terjemahan Ayat Seribu Dinar

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Talaq : 2-3)

Antara Kelebihan Ayat Seribu Dinar (Insyaallah)
  • ‎Memperoleh kemurahan rezeki.
  • ‎Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan yang dihadapi.‎
  • ‎Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam dll
  • ‎Allah SWT akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Baca: 10 Koleksi Hadis Nabi Tentang Wanita
Kisah Ayat Seribu Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Ayat 1000 dinar ini mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hamba-Nya.‎

Hikmah mengamalkan ayat 1000 dinar.
  1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
  2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan – Jawi, Rumi Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan – Jawi, Rumi ayat 1000 dinar,