Meninggalkan solat fardhu adalah sama sepeti seorang itu berhutang dengan Allah SWT. Orang yang meninggalkan ibadah wajib seperti solat fardhu hendaklah menggantikannya.
Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (digantikan)” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Nasa’i.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Maka, kecelakaan besar bagi orang-orang Ali Solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.
Surah al-Ma’uun 107:4-5
Pada masa yang sama, mereka yang meninggalkan solat dek kerana tertidur mahupun terlupa, wajib untuk menggantikannya secepat mungkin.
Daripada Anas bin Malik. Rasulullah bersabda, ertinya: Sekiranya seseorang itu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia bersolat apabila ingat kembali. Kerana Allah SWT berfirman “Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”
Hadis Riwayat Muslim dan al-Bukhari
Baca: Koleksi 6 Hadis Tentang Ibadah Korban
Hukum Qada Solat: Tidak Wajib Untuk Menggantikannya Kerana Uzur
- Perempuan yang didatangi darah haid
- Perempuan yang didatangi darah nifas
- Orang yang pada asalnya adalah kafir, apabila memeluk agama Islam, dia tidak wajib untuk menggantikan solat yang ditinggalkan sepanjang mereka belum memeluk Islam.
- Orang Gila
- Kanak-Kanak kecil yang tidak berakal sehinggalah dia boleh berfikir.
Contoh Niat dan Cara Qada Solat – Musafir
Niat Qada Solat Subuh

Baca: Himpunan Ucapan Pengantin Baru
Niat Qada Solat Zuhur

Solat Asar

Niat Qada Solat Maghrib

Niat Qada Solat Isyak

Seseorang yang meninggalkan Solat Zuhur tatkala sedang bermusafir, boleh menggantikannya dengan 2 rakaat Solat Zuhur selagimana dia masih dalam keadaan bermusafir yang sama.
Berbeza pula halnya jika seseorang yang telah meninggalkan Solat Zuhur ketika musafir, namun perlu menggantikannya sebanyak 4 rakaat jika dia ingin menggantikannya ketika bermukim.
Tidak Tahu Bilangan Solat Yang Perlu Digantikan
Orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan (tidak diketahui jumlahnya) hendaklah menggantikan solat-solat tersebut sehingga dia yakin semuanya selesai digantikan.
Tidak wajib untuk menentukan waktu solat mana yang hendak digantikan. memadai dengan berniat untuk solat tertentu seperti Asarm Maghrib dan sebagainya. Tidak kira berapa lama pun seseorang itu meninggalkan solat, kewajiban menunaikan solat fardhu itu tetap wajib ke atas mereka dan wajib untuk digantikan.