Niat boleh diertikan sebagai:
قَصْدُ الشَيْءِ مُقْتَرِنًا بِفِعْلِهِ ، وَمَحَلُّهَا القَلْبُ
Maksudnya: Memaksudkan melakukan sesuatu yang disertai dengan pekerjaan. Dan tempat niat adalah di dalam hati. (Lihat Fath al-Qarib, hlm. 75)
Tempat niat ialah di dalam hati. Hal itu berdasarkan hadis sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadikan solat itu sah, seseorang hendaklah menyertakan niat di dalam hati ketika takbiratulihram dan sedar akan tujuannya untuk solat ketika melafazkan takbir itu serta mengingati jenis solat dan fardunya.
Adakah niat solat dilakukan sebelum takbir, atau semasa takbir
Kata Imam al-Nawawi: “Niat itu di dalam hati. Dan sunat (mandub) mengucapkannya sebelum takbir.” (Lihat Minhaj al-Talibin, 1/343)
Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami: “Sunat (mandub) mengucapkan apa yang diniatkan seketika sebelum takbir, agar lidah dapat menolong hati, juga kerana ada yang mewajibkannya, dan juga diqiyaskan kepada apa yang terjadi dalam mengerjakan haji.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj, Juzuk 2).
Oleh yang demikian, niat boleh didahulukan daripada takbir. Begitu juga, niat tempatnya di dalam hati tetapi melafazkan dengan lidah bagi menghadirkan hati adalah dibolehkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’ Syafi’iyyah.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love

Niat Solat Subuh
Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Zohor
Usolli Fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala
Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Asar
Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Baca: PDF: 12 Versi Doa Iftitah Menurut Hadis – Rumi, Pendek

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu
Niat Solat Maghrib
Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Isyak
Usolli Fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Fardu Niat Solat Fardu