Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir ayat 60, maksudnya: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan. Berikut merupakan doa selepas azan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Waktu antara azan dan iqamat merupakan antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW yang telah diriwayatkan oleh al Nasaie, maksudnya: Doa tidak ditolak antara azan dan iqamat.
Elakkan dari melakukan perbuatan keluar dari masjid sebaik sahaja azan berkumandang. Daripada Abu Hurairah ra, katanya Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Apabila kamu berada di dalam masjid lalu dikumandangkan dengan solat. maka janganlah seseorang kamu keluar (dari masjid) hinggalah dia mendirikan solat. – Hadis Riwayat Ahmad.
Namun, ia tidak menjadi masalah sekiranya kita ada hajat mahupun keperluan untuk keluar masjid. Contohnya jika wuduk kita batal. Begitu juga sekiranya punya keuzuran mahupun hal kecemasan seperti hidung berdarah dll.
Orang yang keluar masjid ketika azan berkumandang adalah kaum kerabat syaitan. Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: Apabila diserukan azan untuk solat, syaitan berpaling keluar dan baginya kentut (gambaran ketakutannya ketika azan) hingga tidak mendengar azan. – Hadis Riwayat Bukhari
MASUK WAKTU adalah salah satu syarat sah solat. Jadi, seandainya kita mendirikan solat sebelum masuk waktu solat tersebut, maka hukumnya tidak sah. Firman Allah SWT dalam Surah al Nisa’ ayat 103, maksudnya: Sesungguhnyasolat itu adalah fardu atas orang mukmin dengan kefarduan yang berwaktu.
Oleh yang demikian, solat perlu ditunaikan dalam waktu yang telah ditetapkan.
Terdapat hadis Nabi Muhammad yang menyentuh mengenai orang yang melaungkan azan dan Iqamat. Menurut Riwayat at Tirmidzi, Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang melaungkan asan, maka dialah yang mengiqamatkan.
Oleh yang demikian, sebaiknya orang yang melaungkan azan dan iqamat adalah orang yang sama. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah jika orang yang melaungkannya adalah berbeza. Hal ini kerana, mungkin situasinya bilal datang lewat, maka orang lain yang membantu menggantikannya untuk melaungkan azan. Secara kebetulan pula bilal sampai sebaik sahaja azan habis dilaungkan. Makanya, bilal tersebut boleh melaungkan iqamat pula.
AZAN bermaksud pemberitahuan tentang masuknya waktu solat. Ia boleh dilakukan (dilaungkan) dimana-mana sahaja. Manakala IQAMAT pula bermaksud pemberitahuan tentang solat yang akan didirikan.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Apabila engkau berada bersama kambing peliharaanmu atau di padang lalu engkau laungkan azan, maka tinggikanlah suaramu. Sesungguhnya tidak mendengar suara azan oleh jin, manusia atau sesuatu melainkan menjadi saksi pada hari kiamat. – Hadis Riwayat Bukhari
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Apabila masuknya waktu solat, maka azanlah seseorang daripada kamu dan jadilah imam orang yang paling tua dalam kalangan kamu. – Hadis Riwayat Bukhari
Hukum azan adalah SUNAT iaitu suatu perbuatan yang akan mendapat pahala jika dibuat dan tidak akan berdosa jika tidak dilakukan / ditinggalkan. Oleh yang demikian, seandainya solat tersebut tidak dilaungkan aan, maka solat tersebut tetap sah. Hanya tidak mendapat pahala azan sahaja. Begitu juga halnya dengan iqamat.
Azan dan Iqamat tidak termasuk dalam rukun solat yang boleh membatalkan solat jika tidak dilakukan.
AZAN merupakan pemberitahuan atau pengumuman. Ia merupakan suatu gabungan perkataan-perkataan / lafaz-lafaz tertentu sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu.
Seruan azan menggambarkan kekuatan, kesepaduan dan kesucian agama Islam. Pensyariatan azan ini hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah terhadap kita semua.
Bagi mereka yang memusihi Islam, azan ialah ‘senjata’ yang menggerunkan dan amat ditakuti oleh mereka. Oleh itu, tidak hairan jika azan diharamkan di negara-negara yang fobia terhadap Islam dan tidak membenarkannya untuk dilaungkan dengan menggunakan pembesar suara yang kononnya didakwa mengganggu ketenteraman awam serta menyumbang ke arah pencemaran bunyi.
Dalil dalam al Quran dan Hadis Mengenai Pensyariatan Azan
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan apabila kamu azan untuk mngerjakan solat, mereka menjadikan solat itu ejek-ejekan dan permainan. Ini adalah keran mereka kaum yang tidak berakal – Surah al Ma’idah ayat 58.
Daripada Malik bin al Muwairith, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang daripada kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam – Hadis Riwayat Bukhari
Daripada Abusy Sya’tsa, Rasulullah bersanda, maksudnya: Apabila kalian berada dalam masjid lalu dikumandangkan seruan azan, maka janganlah salah seorang daripada kalian keluar hingga dia mengerjakan solat. – Hadis Riwayat Ahmad
FARDU KIFAYAH – Kepada jemaah lelaki yang hendak melakukan solat fardu dan solat jumaat. Ia tidak dituntut untuk melakukan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat gerhana, tahajjud, hajat, jenazah dll
SUNAT – Bagi lelaki yang ingin melakukan solat fardu secara sendirian sama ada secara tunai ataupun qada
MAKRUH – Bagi perempuan melaungkan azan sama dan ketika solat bersendirian atau secara berjemaah. Ia dibimbangi boleh menimbukan fitnah. Imam Syafie memberikan hukumnya sunat bagi perempuan yang hendak menunaikan solat agar iqamah sahaja.
HARAM – Bagi perempuan yang melaungkan azan sekiranya diyakini perbuatannya itu boleh menimbukan fitnah
Keutamaan dan Kelebihan Azan serta Muazin (Tukang Azan)
Pemimpin Di hari Kiamat
Muawiyah bin Abu Sufyan berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Muazin adalah orang yang paling panjang leher pada hari kiamat – Hadis Riwayat Muslim
Nota: Bagi penduduk arab, ‘panjang leher’ merujuk kepada ketua atau pemimpin.
Mengusir Syaitan
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil kentut. Apabila sudah selesai iqamat, dia datang semula mengganggu (membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga dia tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sehingga yang terjadi demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) – Hadis Riwahay Nasa’i
Keampunan Sejauh Suara
al-Bara’ bin ‘Azib berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkan sama ada yang hidup ataupun yang mati. Di samping itu, disediakan baginya pahala orang yang bersolat bersama dengannya. – Hadis Riwayat al Nasa’i dan Ahmad
Kelebihan yang Sangat Besar
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya:Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung pada seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak emmperolehnya melainkan melalui undian, pasti merek akan turut serta mencabut undi… – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Dimasukkan ke Dalam Syurga
‘Uqbah bin Amir mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: Allah reda dengan penggembala kambing di puncak bukit yang melaungkan azan untuk bersolat dan kemudian menunaikan solat. Allah berfirman: Lihatlah kepada hamba-Ku ini yang melaungkan azan dan menunaikan solat dalam keadaan takut kepada-Ku. Aku telah mengampunkan dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga. – Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i
MASUK WAKTU – Tidak sah azan yang dilaungkan sebelum masuk waktu solat. Ini kerana,m tujuan seruan azan adalah untuk memaklumkan masuknya waktu solat fardu. Laungan azan sebelum waktunya akan mengelirukan dan menipu orang ramai.
DISEMPURNAKAN OLEH SEORANG – Tidak sah azan jika ia dilakukan separuh separuh oleh dua individu berbeza.
DILAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB – Tidak sah jika ia dilaungkan dalam bahasa selain dari bahasa arab.
DIDENGARI – Azan yang dilaungkan hendaklah didengari oleh para jemaah / sebahagian jemaah. Namun, sekiranya lauangan azan untuk sendirian, orang yang melaungkan azan hendaklah mendengarnya.
TERTIB – Dilakukan secara tersusun. Tidak sah sekiranya ia dilakukan secara tidak teratur (sengaja / tidak sengaja)
BERTURUT-TURUT – Dilaungkan secara berturut-turut. Tidak sah jika ia dilakukan separuh-separuh atau pada selang masa yang lama.
MUSLIM – Tidak sah jika ia dilaungkan oleh orang kafir
BERAKAL & MUAMAIYIZ
LELAKI – Azan disyariatkan kepada lelaki sahaja. Malahan, ia haram kepada orang perempuan untuk melaungkannya kerana dibimbangi menimbulkan fitnah.
Azan Untuk Tujuan Selain Solat
Selain solat fardu dan solat jumaat, azan juga sunat untuk dilakukan bagi tujuan lain. Antaranya:-
Dibisikkan ke telinga kanan bayi yang baru lahir. Sunat juga untuk diiqamatkan pada telinga kiri. Untuk bayi perempuan pula, disunatkan untuk membisikkan iqamat pada telinga kirinya.
Sebagai isyarat darurat / kebakaran atau peperangan
Menghalang gangguan jin dan syaitan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil kentut. Apabila sudah selesai iqamat, dia datang semula mengganggu (membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga dia tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sehingga yang terjadi demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) – Hadis Riwahay Nasa’i
Hikmah dan Hukum – Hadis Kelebihan Azan Hikmah dan Hukum – Hadis Kelebihan Azan
SUJUD TILAWAH merupada sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah dalam al Quran
Dalil Pensyariatan Sujud Tilawah Dalam al Quran dan Hadis
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan (apakah pula alsannya) apabila dibacakan al Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan tidak sujud? – Surah al Insyiaqq: 21
Daripada Ibnu Umar, katanya: Nabi SAW membaca kepada kami satu surah yang mempunyai ayat sajdah lalu Baginda sujud dan kami pun sujud hingga salah seorang daripada kami tidak mempunyai tempat untuk meletakkan dahinya. – Hadis Riwayat Bukhari
Ibnu Umar berkata: Bahawa Nabi SAW membaca kepada kami al Quran, apabila sampai pada ayat-ayat sajdah, Baginda akan bertakbir dan sujud, lalu kami pun bersujud bersama dengannya. – Hadis Riwayat Abu Daud
Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila seorang anak Adam membaca ayat sajdah, lalu bersujud, syaitan akan menjauhkan diri daripadanya dalam keadaan menangis sambil berkata: Alangkah celakanya aku, anak-anak Adam diperintahkan sujud lalu mereka sujud dan mereka mendapat syurga. Aku pula disuruh sujud tetapi aku ingkar, maka aku mendapat neraka. – Hadis Riwayat Muslim
Sujud tilawah ini dilakukan tatkala orang membaca ayat-ayat sajdah iaitu sama ada ketika solat atau tidak. Sujud tilawah merupakan sunat muakad yang tidak disunatkan dilakukan secara jemaah. Manakala Mazhab Hanafi pula menghukumkan sujud tilawah ini sebagai wajib ke atas orang yang membaca ayat-ayat sajdah dan juga orang yang mendengarnya.
Zaid bin Thabit berkata: Saya membaca kepada Jabi SAW surah al-Najm, dan Baginda tidak sujud. – Hadis Riwayat Jemaah kecuali Ibnu Majjah.
Rasulullah kadangkala melakukan sujud dan kadangkala tidak sujud apabila membaca ayat-ayat sajdah. Perbuatan Rasulllah ini menunjukkan ial adalah sunat.
Syarat Sah Sujud Tilawah
Suci daripada hadas kecil/besar dengan berwuduk dan mandi junub atau berkaitan dengannya,
Suci pada tubuh, pakaian dan tempat daripada najis
Menghadap kiblat
Menutup aurat
Masuk waktu (selepas selesai bacaan ayat tersebut)
Syarat Ayat Yang Dibaca (Sujud Tilawah Bagi Orang Dalam Solat / Di Luar Solat)
Ayat tersebut hendaklah dibaca oleh orang yang cukup syarat-syarat sah sujudnya. Tidak perlu sujud jika yang membacanya adalah orang yang sedang junub, budak-budak, orang mabuk, atau orang yang membacanya dalam solat ketika sedang duduk/rukuk.
Ayat sajdah ini dibaca dengan niat dan bukan secara tidak sengaja. Contohnya bacaan orang yang sedang tidur/mabuk/kanak-kanak yang belum mumaiyiz,
Ayat tersebut dibaca oleh seorang sahaja. Tidak memadai jika seorang baca separuh dan seorang lagi baca separuh.
Tidak dibaca dalam solat jenazah
Rukun Sujud Tilawah Di Luar Solat
Takbiratulihram: mengucapkan takbir dan disunarkan untuk mengangkat tangan
Niat.
Maksudnya: Aku melakukan sujud tilawah.
Sekali sujud sahaja iaitu seperti sujud dalam solat dari segi syarat dan sifat-sifatnya.
Imam Syafie meletakkan sujud tilah hanya 14 sahaja dalam al Quran dan menolak ayat pada Surah Sad sebagai ayat sajdah. Beliau hanya menganggap ayat dalam Surah Sad sebagai sujud syukur yang sunat dilakukan di luar solat.
1. Surah al Haj Ayat 77
2.Surah al Haj Ayat 18
3.Surah al-A’raf Ayat 206
4.Surah al-Ra’d Ayat 15
5.Surah al-Nahl Ayat 49-50
6.Surah al-Isra Ayat 107-108
7.Surah Maryam Ayat 58
8.Surah al Furqan Ayat 60
9.Surah al Naml Ayat 25-26
10.Surah al Sajdah Ayat 15
11.Surah Fussilat Ayat 37-38
12.Surah al Najm Ayat 62
13.Surah al-Insyiqaq Ayat 211
14.Surah al A’laq Ayat 19
Bacaan Doa / Zikir Dalam Sujud Tilawah
PERTAMA – Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, daripada Jabir bin Abdullah berkata, bahawa Rasulullah membaca dalam sujudnya seperti berikut:
Maksudnya; Sujud wajahmu kepada Dia (Allah) yang menjadikannya dan membentuknya, dan menjadikan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha suci Allah sebaik-baik pencipta
KEDUA – Diriwayatkan olej Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah bahasa dia bermimpi bersujud di sisi sebatang pokok dan pokok tersebut sujud bersamanya seraya membaca:
Maksudnya: Ya Allah, tuliskan bagiku dengan sujud ini, pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisi-Mu dan hindarlahlah daripadaku dosa, dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau terima sujud hamba-Mu Daud.
KETIGA- Imam Syafie berpendapat sunat membaca zikir berikut ketika sujud.
Maksudnya: Maha Suci Tuhan kami, apa yang dijanjikan Tuhjan kami pasti akan berlaku.
KEEMPAT – Seandainya seseorang itu tidak bersujud apabila membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah, maka harus untuk dia membaca zikir berikut:
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala puji-pujian bagi-Nya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar – Dr wahbah al-Zuhaily.
Cara Sujud Tilawah – Surah, 14 Ayat dan Hukum Cara Sujud Tilawah – Surah, 14 Ayat dan Hukum Cara Sujud Tilawah – Surah, 14 Ayat dan Hukum
Syukur atas semua pemberian-Nya. Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT merupakan antara kewajiban oleh orang mukmin. Riwayat Ahmad ada menyebut, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Sesiapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.”
Sujud syukur merupakan sujud untuk menzahirkan terima kasih atas nikmat yng dikurniagakn oleh Allah SWT atau atas sebab terhindarnya seseorang itu dari malapetaka.
Antara keadaan yang mengharuskan untuk kita sujud syukur ialah:
Mendapat keputusan cemerlang dalam ujian / peperiksaan
Mendapat kemenangan dalam pertandingan
Terselamat dari bencara / malapetaka / kemalangan
Mendapat zuriat
Sihat selepas sakit yang panjang
Syarat Sah Sujud Syukur
Suci daripada hadas kecil dan bear dengan berwudhuk dan mandi junub atau alternatifnya.
Suci pada tubuh, pakaian dan tempat daripada sebarang najis
Menghadap kiblat
Menutup aurat
Syarat Harus Sujud Syukur
Islam
Berakal
Baligh
Suci daripada haid dan nifas
Secara umumnya, pemberian habuan merupakan antara cara untuk kita berterima kasih sesama manusa. Namun, berlainan pula halnyaa untuk kita berterima kasih kepada Allah. Orang yang bersyukur kepada Allah itu akan ditambah pemberian nikmat-Nya dengan kurnian lain yang berlipat kali ganda. Insya-Allah.
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.– Surah al-Naml: 27
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras – Surah Ibrahim: 7
Jumhur ulama sepakat bahawa sujud syukur itu digalakkan apabila mendapat suatu berita yang menggembirakan / terjadinya suatu peristiwa yang baik / terlepas daripada penyakit, bencana mahupun kesusahan.
Dalil Hadis Berkaitan Sujud Syukur
Daripada Abu Bakar bahwa: Nabi Muhammad SAW ketika berlaku perkara yang menyenangkannya, atau mendapat khabar berita gembira, Baginda akan segera sujud sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT – Hadis Riwayat Abu Daud
Abdul Rahman bin Auf berkata: Nabi Muhammad SAW keluar menuju ke arah bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian, Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda, sehingga saya sangka Allah telah mengambil nyawanya. Lalu saya menghampiriny dan duduk. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya berkata: ‘Siapakah ini?’ Saya menjawab, ‘Abdul Rahman.’ Baginda bertanya, ‘Mengapa dengan kamu?’ Saya menjawab, ‘Wahai Rasulullah engkau sujud terlalu lama, saya bimbang Allah telah mengambil nyawamu.’ Sabda Baginda: ‘Jibrail telah mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibrail berkata, ‘Allah mengatakan kepada engkau: Sesiapa yang memberi selawat ke atas engkau, Aku akan memberi selawat kepadanya dan sesiapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya.’ Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.”’– Hadis Riwayat Ahmad
Dalam mazhab Syafie, sujud syukur tidak boleh dilakukan dalam solat. Ia hanya sunat dilakukan di luar solat ketika seseorang mendapat kuniaan rakmat daripada Allah atau terselamat dari sebarang perkara tidak baik.
Berniat untuk melakukan sujud syukur
Takbir
Sujud dan membaca zikir/doa
Duduk daripada sujud
Memberi salam
Zikir / Doa / Bacaan dalam Sujud Syukur
PERTAMA – Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, daripada Jabir bin Abdullah berkata, bahawa Rasulullah membaca dalam sujudnya seperti berikut:
Maksudnya; Sujud wajahmu kepada Dia (Allah) yang menjadikannya dan membentuknya, dan menjadikan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha suci Allah sebaik-baik pencipta
KEDUA – Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah bahasa dia bermimpi bersujud di sisi sebatang pokok dan pokok tersebut sujud bersamanya seraya membaca:
Maksudnya: Ya Allah, tuliskan bagiku dengan sujud ini, pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisi-Mu dan hindarlahlah daripadaku dosa, dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau terima sujud hamba-Mu Daud.
KETIGA- Imam Syafie berpendapat sunat membaca zikir berikut ketika sujud.
Maksudnya: Maha Suci Tuhan kami, apa yang dijanjikan Tuhjan kami pasti akan berlaku.
Pensyariatan SUJUD SAHWI adalah tanda pengiktirafan Allah terhadap sifat lupa yang ada pada hamba-Nya. Sebagai manusia biasa, kita juga boleh lupa tatkala bersolat. Contohnya terlupa meninggalkan rukun atau sunat atau terlupa rakaat sama ada terkurang atau terlebih rakaat.
Dari segi bahasa, Sahwi membawa maksud lupa / lalai terhadap sesuatu secara tidak sengaja. Sujud Sahwi ini dilakukan untuk menampung kekurangan dan ia dilakukan pada akhir solat iaitu selepas selesai tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.
Sujud Sahwi hukumnya adalah sunat dan tidak batal solat jika terlupa atau sengaja tidak melakukannya.
Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sekiranya sesiapa berasa syak dalam solatnya hingga dia tidak mengetahui sama ada dia telah bersolat tiga rakaat atau empat rakaat, hendaklah dia berdiri dan melakukan satu lagi rakaat.” Yazid telah berkata “Sehingga syak itu hilang, dengan rakaat yang ditambah. Kemudian hendaklah bersujud dua kali sujud sahwi. Sekiranya dia sebenarnya telah bersolat lima rakaat, kedua-dua sujud ini membaiki solatnya. Dan jika dia bersolat empat rakaat, dua sujud ini mengusir syaitan.” – Hadis Riwayat Ahmad
2.Terlupa Bilangan Rakaat
Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang berasa waswas dalam solatnya sehingga dia tidak mengetahui berapa rakaat yang telah dilakukannya hendaklah dia berpegang kepada yang diyakini. Apabila telah yakin ia telah disempurnakan hendaklah bersujud dua kali sebelum memberi salam. Jika solatnya tidak cukup, ia dicukupkan. Jika rakaatnya telah cukup, ia menjadi celaan kepada syaitan.” – Hadis Riwayat Ahmad
Daripada Abdulah, dripada Ibrahim, katanya Nabi Muhammad SAW pernah terlebih rakaat dalam solat. Kemudian, Baginda bersujud sahwi. Abdullah berkata, daripada Ibrahim, katanya, maksudnya: Rasulullah SAW telah bersolat dan menambah rakaat atau kurang. Selepas Baginda memberi salam, kami bertanya,
‘Wahai Rasulullah, adakah berlaku perubahan dalam solat?’ Baginda menjawab, ‘Jika berlaku perubahan, pasti saya memaklumkan kepada kamu. Tetapi saya juga hanya manusia yang lupa sebagaimana kamu lupa. Sesiapa dikalangan kamu yang merasa syak dalam solatnya, hendaklah dia mengambil yang lebih tepat dan kemudian sempurnakannya. Setelah itu hendaklah dia memberi salam lalu bersujud dengan dua kali sujud.– Hadis Riwayat al-Nasa’
Daripada Abu Hurairah, katanya:
“Nabi Muhammad bersolat Zuhur dan Asar bersama dengan kami, kemudian Baginda memberi salam (selepas dua rakaat). Lalu Zul-Yadain bertanya: ‘Wahai Rasulullah, adakah solat telah dikurangkan?’ Baginda berkata kepada sahabat-sahabatnya: ‘Benarkah apa yang dikatakannya?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Lalu Baginda bersolat dua rakaat dan setelah itu bersujud sebanyak dua kali. Saad (bin Ibrahim) berkata: ‘Saya melihat ‘Urwah bin al-Zubair bersolat Maghrib dua rakaat dan memberi salam. Dia bercakap-cakap, kemudian bersolay rakaat yang tertinggal serta dua kali sujud.’ Katanya: ‘Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.'” – Hadis Riwayat Bukhari.
Lima Sebab Sujud Sahwi
Tertinggal mana-mana rukun solat, kecuali niat dan takbiratulihram. Sekiranya seseorang itu terlupa berniat atau takbiratulihram, solatnya tidak sah dan perlu mengulanginya semula.
Ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.
Tertinggal sunat-sunat Ab’ad. Imam Bukhari meriwayatkan, daripada Abdullah bin al Buhainah, katanya: “Kami solat bersama Rasulullah dua rakaat pada sebahagiaan solat. Kemudian baginda berdiri dan tidak duduk, lalu orang ramai pun berdiri bersama dengannya. Apabila telah selesai solat, ketika kami menunggu salamnya, tiba-tiba Baginda bertakbir sebelum salam dan melakukan dua kali sujud. Setelah itu Baginda duduk dan memberi salam.”
Melakukan perbuatan yang dilarang secara tidak sengaja. Perbuatan tersebut tidak membatalkan solat. Contohnya bercakap / menambah rakaat
Melakukan satu rukun atau sebahagian rukun atau membaca surah bukan pada tempatnya. Contohnya membaca al Fatihah tatkala sujud.
BERNIAT – hendaklah berniat untuk melakukannya dan ia hendaklah dilakukan di hujung solat sebelum salam atau selepas salam (jika terlupa). Tiada lafaz niat sujud sahwi tertentu. Namun, boleh berniat dengan “sahaja aku melakukan sujud sahwi” di dalam hati.
TEMPOH SELEPAS SALAM – Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.
Akan tetapi, jika dia baru teringat untuk melakukan sujud sahwi selepas memberikan salam dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya. Dia hendaklah kembali sujud, duduk, sujud semula dan duduk serta memberi salam sekali lagi.
DUA KALI SUJUD – Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud. Pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih berikut:-
SubhaaNa Man Laa YaNaaMu Walaa Yas-Huu (3 kali)
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa.
Bacaan, Cara dan Niat Sujud Sahwi Bacaan, Cara dan Niat Sujud Sahwi
Solat merupakan tiang agama dan ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang Islam yang baligh, berakal dan suci. Para ulama sepakat mengatakan bahawa meninggalkan solat hukumnya adalah doa yang amat berat.
Hukum solat adalah wajib walaupun hanya mampu solat dengan menggerakkan kelopak mata sahaja.
Pendapat Pertama – Orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan terkeluar daripada Islam. Ia boleh dihukum bunuh sekiranya tidak bertaubat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Ahmad bin Hanbal
Pendapat Kedua – Menurut Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafie, orang yang meninggalkan solat adalah fasiq, tetapi tidak kufur. Pada masa yang sama, mereka berbeza pendapat tentang hukum – Imam malik dan Syafie mengatakan ia dihukum hudud bunuh jika tidak bertaubat. Manakala, Imam Abu Hanifah mengatakan ia hendaklah ditakzirkan dan tidak dibunuh.
Dalil Orang Meninggalkan Solat(Hadis dan al Quran)
Meninggalkan solat adalah dosa yang sangat besar sehingga boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka. Firman Allah SWT, maksudnya: (Setelah melihat orang yang bersalah itu, mereka berkata): “(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat),” mereka bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat.” – Surah al Muddaththir: 40-43
Oleh itu, jika mereka bertaubat (daripada kekufuran), dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. – Surah Taubah: 11
Orang yang tidak melakukan sujud (solat) di dunia tidak akan dapat melakukannya pada hari kiamat kerana waktu yang diwajibkan solat telah berlalu. Firman Allah SWT, maksudnya: (Ingatkanlah orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedasyatan huru-hara (hari kiamat) dan merea diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya. – Surah al Qalam: 42
Daripada Abu Said, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Allah mendedahkan kedahsyatan hari kiamat, lalu bersujudlah semua orang lelaki dan perempuan yang beriman. Yang tinggal (tidak sujud) ialah mereka yang bersujud (bersolat) di dunia dalam keadaan riyak dan untuk mendapatkan nama. Mereka cuba untuk sujud tetapi tidak dapat melakukannya.” – Hadis Riwayat Bukhari.
Daripada Jabir, dia mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: “Di antara seorang itu dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan solat” – Hadis Riwayat Muslim
Ali ra berkata, maksudnya: “Sesiapa dengan sengaja meninggalkan satu solat, dia telah menyisihkan daripada Allah dan Allah juga menyisihkan daripadanya.”
Abu al Darda berkata: “Sesiapa yang tidak bersolar, dia tidak beriman.”.
Ibn Abbas ra berkata: “Sesiapa meninggalkan solat, dia telah kufur.”
Azab Meninggalkan Solat
Orang yang tidak solat akan diseksa dengan 15 seksaan: 6 akan diterima di dunia, 3 diterima tatkala hendak mati dan 3 ketika di dalam kubur serta 3 lagi di hari kiamat.
6 Seksaan Semasa Hidup Di Dunia
Umur tidak berkat
Terhapus tanda-tanda orang soleh pada mukanya
Amalan yang dikerjakan tidak akan diberikan pahala kepadanya.
Doanya tidak akan diperkenankan oleh Allah
Dibenci oleh segala makhluk du dunia
Tiada bahagian untuknya daripada dia untuk orang-orang soleh
3 Seksaan Ketika Sakaratulmaut
Mati dalam kehinaan
Mati dalam keadaan kelaparan
Mati dalam keadaan dahaga
3 Seksaan Di Alam Kubur
Disempitkan kuburnya
Dinyalakan api dimana, dia akan membalik-balikkan dirinya dalam bara api tersebut.
Allah mengarahkan Shajkul Akrak (ular yang besar) untuk menyeksa si mayat. Ular itu akan berkata: “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur, dipukul pula sehingga Asar, sebab engkau sia-siakan waktu Asar….” Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam sehingga hari kiamat.
3 Seksaan Pada Hari Kiamat
Allah memerintahkan malaikat menghela orang yang tidak solat ke dalam neraka
Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka
Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbat ke dalam neraka. Firman Allah SWT, maksudnya: “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami tidak solat.”
Malas Solat: Hadis Meninggalkan Solat Malas Solat: Hadis Meninggalkan Solat