Hikmah dan Hukum – Hadis Kelebihan Azan

AZAN merupakan pemberitahuan atau pengumuman. Ia merupakan suatu gabungan perkataan-perkataan / lafaz-lafaz tertentu sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu. Antara hadis kelebihan azan ialah:-

Seruan azan menggambarkan kekuatan, kesepaduan dan kesucian agama Islam. Pensyariatan azan ini hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah terhadap kita semua.

Daripada Malik bin al Muwairith, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang daripada kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam

Hadis Riwayat Bukhari

Bagi mereka yang memusihi Islam, azan ialah ‘senjata’ yang menggerunkan dan amat ditakuti oleh mereka. Oleh itu, tidak hairan jika azan diharamkan di negara-negara yang fobia terhadap Islam dan tidak membenarkannya untuk dilaungkan dengan menggunakan pembesar suara yang kononnya didakwa mengganggu ketenteraman awam serta menyumbang ke arah pencemaran bunyi.

Hikmah dan Hukum - Hadis Kelebihan Azan

Tambahan – Dalil dalam al Quran dan Hadis Mengenai Pensyariatan Azan

Firman Allah SWT, maksudnya: Dan apabila kamu azan untuk mngerjakan solat, mereka menjadikan solat itu ejek-ejekan dan permainan. Ini adalah keran mereka kaum yang tidak berakal

Surah al Ma’idah ayat 58.

Daripada Abusy Sya’tsa, Rasulullah bersanda, maksudnya: Apabila kalian berada dalam masjid lalu dikumandangkan seruan azan, maka janganlah salah seorang daripada kalian keluar hingga dia mengerjakan solat.

Hadis Riwayat Ahmad

Baca: Panduan Bacaan: 13 Rukun Solat – Qalbi, Qauli dan Fi’li

Hukum Azan

  • FARDU KIFAYAH – Kepada jemaah lelaki yang hendak melakukan solat fardu dan solat jumaat. Ia tidak dituntut untuk melakukan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat gerhana, tahajjud, hajat, jenazah dll
  • SUNAT – Bagi lelaki yang ingin melakukan solat fardu secara sendirian sama ada secara tunai ataupun qada
  • MAKRUH – Bagi perempuan melaungkan azan sama dan ketika solat bersendirian atau secara berjemaah. Ia dibimbangi boleh menimbukan fitnah. Imam Syafie memberikan hukumnya sunat bagi perempuan yang hendak menunaikan solat agar iqamah sahaja.
  • HARAM – Bagi perempuan yang melaungkan azan sekiranya diyakini perbuatannya itu boleh menimbukan fitnah

Keutamaan dan Kelebihan Azan serta Muazin (Tukang Azan)

Pemimpin Di hari Kiamat

Muawiyah bin Abu Sufyan berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Muazin adalah orang yang paling panjang leher pada hari kiamat – Hadis Riwayat Muslim

Nota: Bagi penduduk arab, ‘panjang leher’ merujuk kepada ketua atau pemimpin.

  • Mengusir Syaitan

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil kentut. Apabila sudah selesai iqamat, dia datang semula mengganggu (membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga dia tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sehingga yang terjadi demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) Hadis Riwahay Nasa’i

Keampunan Sejauh Suara

al-Bara’ bin ‘Azib berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkan sama ada yang hidup ataupun yang mati. Di samping itu, disediakan baginya pahala orang yang bersolat bersama dengannya. Hadis Riwayat al Nasa’i dan Ahmad

Kelebihan yang Sangat Besar

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung pada seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak emmperolehnya melainkan melalui undian, pasti merek akan turut serta mencabut undi… – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Dimasukkan ke Dalam Syurga

‘Uqbah bin Amir mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: Allah reda dengan penggembala kambing di puncak bukit yang melaungkan azan untuk bersolat dan kemudian menunaikan solat. Allah berfirman: Lihatlah kepada hamba-Ku ini yang melaungkan azan dan menunaikan solat dalam keadaan takut kepada-Ku. Aku telah mengampunkan dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga. – Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i

Baca: Funny Birthday Wishes Wife – With Images

Syarat Azan

  • MASUK WAKTU – Tidak sah azan yang dilaungkan sebelum masuk waktu solat. Ini kerana,m tujuan seruan azan adalah untuk memaklumkan masuknya waktu solat fardu. Laungan azan sebelum waktunya akan mengelirukan dan menipu orang ramai.
  • DISEMPURNAKAN OLEH SEORANG – Tidak sah azan jika ia dilakukan separuh separuh oleh dua individu berbeza.
  • DILAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB – Tidak sah jika ia dilaungkan dalam bahasa selain dari bahasa arab.
  • DIDENGARI – Azan yang dilaungkan hendaklah didengari oleh para jemaah / sebahagian jemaah. Namun, sekiranya lauangan azan untuk sendirian, orang yang melaungkan azan hendaklah mendengarnya.
  • TERTIB – Dilakukan secara tersusun. Tidak sah sekiranya ia dilakukan secara tidak teratur (sengaja / tidak sengaja)
  • BERTURUT-TURUT – Dilaungkan secara berturut-turut. Tidak sah jika ia dilakukan separuh-separuh atau pada selang masa yang lama.
  • MUSLIM – Tidak sah jika ia dilaungkan oleh orang kafir
  • BERAKAL & MUAMAIYIZ
  • LELAKI – Azan disyariatkan kepada lelaki sahaja. Malahan, ia haram kepada orang perempuan untuk melaungkannya kerana dibimbangi menimbulkan fitnah.

Azan Untuk Tujuan Selain Solat

Selain solat fardu dan solat jumaat, azan juga sunat untuk dilakukan bagi tujuan lain. Antaranya:-

  • Dibisikkan ke telinga kanan bayi yang baru lahir. Sunat juga untuk diiqamatkan pada telinga kiri. Untuk bayi perempuan pula, disunatkan untuk membisikkan iqamat pada telinga kirinya.
  • Sebagai isyarat darurat / kebakaran atau peperangan
  • Menghalang gangguan jin dan syaitan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil kentut. Apabila sudah selesai iqamat, dia datang semula mengganggu (membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga dia tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sehingga yang terjadi demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) Hadis Riwahay Nasa’i

Carian Berkaitan: Hikmah dan Hukum – Hadis Kelebihan Azan