10 Kelebihan Ayat Kursi Menurut Hadis & Kitab

Ayat Kursi terdapat di dalam al-Quran surah al-Baqarah, ayat 255. Dalam ayat ini, terdapat banyak nama-nama Allah swt yang indah dan untuk direnungi akan kebesaran-Nya.

Ayat Kursi mengandungi peringatan bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat memberikan syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Ini menunjukkan betapa besar dan agungnya Allah swt meliputi segala-galanya

Kelebihan Ayat Kursi Menurut Hadis dan Kitab

Terdapat banyak dalil hadis dan kitab yang menjelaskan tentang kelebihan serta fadhilat, keutamaan Ayat Kursi ini. Antaranya ialah:-

10 Kelebihan Ayat Kursi Menurut Hadis & Kitab

Ayat Teragung

Daripada Ubay bin Kaab, bahawa Nabi saw pernah bertanya kepadanya: “Apakah ayat yang paling agung di dalam kitab Allah?”

“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui,” sahut Ubay bin Ka’ab.

Maka Nabi saw mengulang-ulang pertanyaan tersebut, dan lalu Ubay bin Ka’ab menjawab: “Ayat Kursi.”

Kemudian Baginda saw mengatakan: “Engkau akan dilelahkan oleh ilmu, hai Abu Mundzir. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya Ayat Kursi itu mempunyai satu lidah dan dua bibir yang sentiasa menyucikan Al-Malik (Allah) di sisi tiang Arsy.”

Hadis Riwayat Imam Ahmad

Diberikan Pelbagai Nikmat Hidup

Diterangkan di dalam kitab ‘Assarul Mufidah’ barang siapa yang mengamalkan membaca Ayat Kursi sebanyak 18 kali, insya-Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipelihara dari segala bencana dengan izin Allah SWT.

Diberikan Akal yang Cerdas dan Mudah Menerima Ilmu

Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan, “Sesiapa membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air kemudian diminumnya, maka insyaAllah akan mencerdaskan akal dan mudah faham pada pelajaran yang dipelajari.”

Diberikan Pertolongan dalam Pelbagai Perkara oleh-Nya

Syeikh Al-Buni menerangkan, “Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak bitungan hurufnya (170 buruf), maka insya-Allah akan diberi pertolongan oleh Allah SWT dalam segala perkara dan menunaikan segala bajatnya, melapangkan fikirannya, dimurahkan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.”

Menjadi Penjaga dan Pelindung Daripada Gangguan Syaitan

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, apabila masuk ke rumah dibacanya Ayat Kursi pada empat penjuru rumah serta menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Perlindungan Daripada Musuh

Syeikh Al-Bunni menerangkan, “Sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca Ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jemaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca Ayat Kursi sebayak 50 kali atau sebanyak 170 kali, insyaAllah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudaratkannya.”

Dibukakan Pendangan Rohani

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa, “Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam, maka Allah SWT akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksudkan dan diberi pengaruh kepada manusia.”

Dicintai dan Dipelihara oleh Allah swt

Orang yang selalu membaca Ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah SWT, sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah SWT daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Diberikan Keselamatan dan Terhindar daripada Bencana

Pengamal Ayat Kursi juga, dengan izin Allah SWT akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan Ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

Terhindar daripada Gangguan Nyata dan Ghaib

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu, seeloknya membaca Ayat Kursi. Insya-Allah, dengan Izin-Nya mudah-mudahan anda sekeluarga terhinda daripada gangguan zahir dan batin.