2 ayat terakhir Surah Al Baqarah ialah ayat 285 dan 286. Ia mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Bahkan terdapat hadis yang khusus menceritakan kelebihannya.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari
Nabi Muhammad saw bersabda, “Jika seseorang membaca dua ayat terakhir dari Surat al-Baqarah pada malam hari, itu sudah mencukupi baginya (untuk malam itu).”
Hadis Riwayat Abu Mas’ud al-Ansari
Umum mengetahui, al-Quran mengandungi 1001 khasiat dan rahsia bagi sesiapa yang mentadabburnya. Terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa membaca dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran
Ayat 285 Surah al Baqarah
اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ ۗ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ
Rumi: Aamanar-Rasoolu bimaaa unzila ilaihi mir-Rabbihee walmu’minoon; kullun aamana billaahi wa Malaaa’ikathihee wa Kutubhihee wa Rusulihee laa nufarriqu baina ahadim-mir-Rusulih wa qaaloo sami’naa wa ata’naa ghufraanaka Rabbanaa wa ilaikal-maseer
Terjemahan: Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), “Kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya.” Dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali.
Ayat 286 Surah al Baqarah
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ
Rumi: Laa yukalliful-laahu nafsan illaa wus’ahaa; lahaa maa kasabat wa ‘alaihaa maktasabat; Rabbanaa laa tu’aakhiznaaa in naseenaaa aw akhtaanaa; Rabbanaa wa laa tahmil-‘alainaaa isran kamaa hamaltahoo ‘alal-lazeena min qablinaa; Rabbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa taaqata lanaa bih; wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa; Anta mawlaanaa fansurnaa ‘alal qawmil kaafireen
Terjemahan: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.
Hadis Kelebihan 2 Ayat Terakhir Surah al Baqarah
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberi beberapa ayat penutup surah al-Baqarah daripada perbendaharaan di bawah Arasy yang belum pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.”
Hadis Riwayat Ahmad
Abdullah bin Mas‘ud menceritakan: “(Dalam peristiwa Israk dan Mikraj) Rasulullah dibawa hingga sampai di Sidrah al-Muntaha yang berada di langit ketujuh. Di situlah sebarang perkara yang dibawa naik dari bumi ditahan. Begitu juga sebarang perkara yang dibawa turun dari atasnya… dan Rasulullah diberikan tiga perkara; solat lima waktu, ayat-ayat penutup surah al-Baqarah dan keampunan bagi umatnya yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.”
Hadis Riwayat Muslim
Terdapat banyak kelebihan bagi orang yang membaca di waktu malam dua ayat yang terakhir dari surah al-Baqarah ini. Apatah lagi bagi mereka yang memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Hatta, hadis nabi saw yang menceritakan berkaitan kelebihan ini adalah bersumberkan daripada sahih iaitu daripada kitab Sahih al-Bukhari. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan ahli al-Quran dan orang-orang yang sentiasa mencintai serta mengamalkan apa yang terdapat di dalam al-Quran.