Surah Al Falaq & Surah An Nas Rumi – PDF

Surah al Falaq memerintahkan untuk memohon perlindungan dari keburukan yang samar. Manakala Surat An Naas memerintahkan untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT dari segala kejahatan syaitan dari kaum jin dan manusia.

Baca: Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan – Jawi, Rumi

Nama Surah al-Falaq diambil dari perkataan al-Falaq yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ia membawa maksud waktu subuh atau fajar. Surah ini terdiri dari 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah iaitu surah yang diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya (sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah)

Surah Al-Falaq adalah surah ke-113 dalam al-Quran dan merupakan sebahagian daripada Juzuk 30. Surah ini adalah perintah agar manusia sentiasa memohon perlindungan kepada Allah SWT dalam menghadapi segala jenis keburukan yang tersembunyi.

Dari Uqbah bin Amir dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah engkau melihat ayat-ayat yang diturunkan pada malam ini? Tidak diketahui ada ayat-ayat yang semisal ini sama sekali. “Katakanlah, “Aku berlindung kepada Rabb Yang Menguasai Al-Falaq,” dan “Katakanlah, “Aku berlidung kepada Rabb (yang memelihara dan mengatur) manusia.” – Hadis Riwayat Imam Muslim

Surah ini selalunya dibaca dalam sembahyang fardhu dan sebagai doa perlindungan, kerana ia berfungsi sebagai penghuluan yang kuat menentang keburukan dan perkara negatif. Ia menekankan kepentingan mencari perlindungan Allah dari segala bentuk bahaya dan kejahatan yang mungkin wujud di alam nyata atau ghaib. Surah ini menyorot konsep bergantung sepenuhnya kepada Allah untuk perlindungan dan bimbingan, mengakui bahawa hanya Dia yang mempunyai kuasa untuk melindungi dan memelihara kesejahteraan seseorang.

Surah Al Falaq

Surah Al Falaq Rumi

1) QUL A’UUDZU BI RABBIL FALAQ
2) MIN SYARRI MAA KHALAQ
3) WA MIN SYARRI GHAASIQIN IDZAA WAQAB
4) WA MIN SYARRIN-NAFFAA-TSAATI FIL-UQAD
5) WA MIN SYARRI HAASIDIN IDZAA HASAD

Muat Turun: Surah Al Falaq PDF
Muat Turun: Surah An Nas PDF

Surah Al-Falaq selalunya dibaca bersama Surah An-Nas untuk tujuan berikut:

  1. Dibaca sebelum tidur untuk menghindari dari segala macam jenis sihir, godaan syaitan yang terkutuk, baik yang berasal dari golongan manusia mahupun jin.
  2. Bila dibaca 100 kali – sebagai melindungi diri dari akan godaan syaitan, manusia, kegelapan malam, mahupun kejahatan manusia.
  3. Bila dibaca 3 kali waktu pagi dan petang, Allah akan mencukupkan keperluannya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”

~ Hadis Riwayat Muslim~

Baca: 50 Ayat Deep Padu, Sentap, Untuk Haters

Surah An Nas Rumi

Surah An-Nas merupakan surah yang ke-114 dalam al-Quran dan merupakan sebahagian daripada Juzuk 30 yang terakhir. Ia adalah salah satu surah terpendek dalam al-Quran, dimana ia terdiri daripada enam ayat sahaja. An-Nas, yang bermaksud “Manusia” dalam Bahasa Melayu, juga merupakan satu doa untuk mencari perlindungan Allah swt daripada bisikan syaitan yang direjam dan kejahatan yang boleh timbul daripada jiwa-jiwa yang dengki di kalangan jin dan manusia.

Surah An-Nas sering dibaca untuk mencari perlindungan rohani dan jasmani daripada bahaya yang disebabkan oleh niat jahat, hasad dengki, dan bisikan-bisikan yang jahat. Ia menekankan konsep bermohon perlindungan kepada Allah dan pengiktirafan terhadap kekuasaan dan rahmat-Nya sebagai pelindung utama daripada segala bentuk bahaya dan kejahatan.

1) QUL A’UUDZU BI RABBIN-NAAS

2) MALIKIN-NAAS

3) ILAAHIN-NAAS

4) MIN SYARRIL WASWAASIL KHANNAS

5) ALLADZII YUWASWISU FII SHU-DUURIN-NAAS

6) MINAL JINNATI WAN-NAAS.

kelebihan surah an nas

Terjemahan Maksud Surah An-Nas dalam Bahasa Melayu

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

kelebihan surah al falaq an nas al ikhlas