Surah Al Kausar Rumi, Maksud dan Kelebihnya

Surah Al Kausar / Surah Al Kauthar ini pendek iaitu hanya mempunyai 3 ayat sahaja.

Manfaatnya sangat banyak untuk kita telusuri pengajaran tentang nikmat yang Allah SWT terhadap hambanya yang tak terkira banyak. Di antara nikmat terbesar itu, syurga merupakan nikmat yang terbesar.

Istilah “Al-Kawthar” diterjemahkan sebagai “kebanyakan”, merujuk secara khusus kepada kelimpahan kebaikan yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad saw.

Kausar / Khauthar diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyah) . Surah yang ke 108 ini menceritakan nikmat Allah yang sangat banyak dan tentang sebuah sungai yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Ia menganjurkan kita untuk selalu beribadah kepada Allah dan berkorban dengan menyembelih haiwan sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang diberikan .

Surah ini menceritakan tentang jaminan kepada Nabi Muhammad saw semasa menghadapi masa kesukaran dan cabaran sewaktu melakukan usaha dakwah. Ia juga menyampaikan mesej dorongan kepada masyarakat Muslim, menekankan idea bahawa ukuran kejayaan sebenar terletak pada rahmat dan keberkatan Allah berbanding harta benda keduniaan.

Surah Al Kausar Rumi

1) INNAA A’TAYNAAKAL-KAUTSAR

2) FASHALLI LIRABBIKA WANHAR

3) INNA SYAANI-AKA HUWAL ABTAR

Surah Al Kausar Rumi, Maksud dan Kelebihnya

Surah Al Kausar – Maksud Terjemahan dalam Bahasa Melayu

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Baca: Surah Al Fatihah Rumi Bahasa Melayu

Ayat-ayat ini telah ditafsirkan dalam pelbagai bentuk oleh para ilmuan Islam, dengan pemahaman umum bahawa surah ini berfungsi sebagai peringatan akan limpahan rahmat yang datang apabila mengikuti jalan kebenaran, iman, dan pengabdian kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Ia juga menekankan kepentingan sifat sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran serta kepentingan menunjukkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah.

Surah Al-Kausar sering dibaca seperti semasa dalam solat dan pada acara tertentu, untuk mencari rahmat dan petunjuk dari Allah. Ia mempunyai tempat istimewa di hati umat Islam di seluruh dunia dan berfungsi sebagai sumber kekuatan kerohanian dan ketenangan (dengan izin-Nya)

Kelebihan Surah Al Kausar

Sebagai Ikhtiar Untuk Bermimpi Melihat Nabi Muhammad SAW

Sesiapa yang berikhtiar dengan membaca surah Al Kausar pada malam Jumaat sebanyak 1000 kali dan membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 1000 kali lalu tidur, nescaya ia akan bermimpi melihat Rasulullah. Insyaallah

Rezeki

Jika kita kehausan dan tiada punca air pada ketika itu, bacalah surah ini dan gosok tangan pada leher. Insyaallah akan hilang dahaga tersebut.

Jika rajin membacanya, insyaallah hati akan lembut dan lebih kusyuk dalam menunaikan ibadah kepadanya.

Baca: Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Menghindar Dari Musuh

Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini sebanyak 10 kali. Insyaallah Tuhan akan bagi ilham buat kita untuk mencari punca sihir.

Ikhtiar Perubatan Sihir Melalui Surah Al Kausar

Surah Al-Kautsar ini dapat menjadi ubat penyakit mata seperti bengkak, berair, dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan mengambil segelas air tawar kemudian bacakan surat Al-Kausar sebanyak 10 kali pada segelas air tawar tadi kemudian sapukan air itu kebahagian mata yang sakit maka Insyaallah penyakit mata tersebut akan sembuh.

Dapat menemukan tempat letak sihir yang diletakkan dalam rumah, caranya yaitu dengan membacakan Surat Al-Kausar ini sebanyak 10 kali didalam rumah maka nescaya anda dapat melihat di mana letak sihir yang ada dalam rumah anda.

Carian Berkaitan: Surah Al Kausar Rumi, Maksud dan Kelebihnya