Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.” – Hadis Riwayat Muslim
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, di dalamnya terdapat malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam tersebut sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara tersebut kecuali orang-orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah Taala.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis Nabi Tentang Malam Lailatul Qadar
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27. – Hadis Riwayat Ahmad
Dari ‘Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda: “Carilah Lailatul-Qadar pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Bukhari
Dari ‘Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda: “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Bukhari
Baca: (Bergambar) 16 Hadis Sahih Imam Muslim Tentang Puasa
Dari Ubay bin Ka’ab ra, ia berkata: “Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” – Hadis Riwayat Muslim
Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Dari ‘Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda: “Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam ke-10 (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” – Hadis Riwayat Muslim
Dari hadis Abu Hurairah, beliau berkata: “Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Ayat Quran Tentang Malam Lailatul Qadar
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr, ayat 1 – 5
Baca: Koleksi Doa Ibu Bapa – Gambar Percuma
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qadar ayat 1 hingga 5:
- Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr.
- Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr (kemuliaan) itu?
- Malam al-Qadr (kemuliaan) itu lebih baik daripada seribu bulan.
- Turun malaikat-malaikat dan roh (malaikat Jibril) padanya (malam al-Qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
- Sejahteralah ia (malam itu) sehinggalah terbit fajar (subuh).
Daripada Ibn Mas’ud R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tuntutlah (Carilah) kamu pada malam ke-17, 21 dan 23 dalam bulan Ramadan.” – Hadi Riwayat Abu Daud
“Siapa yang ingin beri’tikaf bersamaku, maka beri’tikaflah pada sepuluh malam terakhir,” – Hadis Riwayat Ibnu Hibban
(14) Koleksi Ayat Quran dan Hadis Nabi Tentang Malam Lailatul Qadar (14) Koleksi Ayat Quran dan Hadis Nabi Tentang Malam Lailatul Qadar