6 Doa Murah Rezeki Rumi – Copy Paste

Numan bin Bashir berkata, “Nabi Muhammad menjelaskan ‘Doa adalah ibadah.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi.

Saidatina Aishah berkata, “Nabi Muhammad saw suka doa-doa yang singkat tetapi meliputi semua maksud. Kecuali itu, yang lain baginda tinggalkan.” – Hadis Riwayat oleh Abu Daud.

Firman Allah swt, maksudnya: “Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesusahan apabila dia berdoa kepada-Nya dan menghilangkan kesusahan, dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di sisi Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.” – Surah an-Namlayat 62

6 Doa Murah Rezeki Rumi - Copy Paste

Koleksi Doa Murah Rezeki Sesuai Sunnah

Abdullah bin Masud berkata, Nabi Muhammad saw berdoa Allahumma inni asalukal-huda wat-tuga wal-‘afafa wal-ghina, (Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu petunjuk, takwa, budi yang luhur, dan kekayaan).” – Hadis Riwayat Muslim.

Anas ra berkata, “Nabi Muhammad sering membaca doa Allahumma inni auzubika minal-‘ajzi wal-kasali wal-jubni wal-harami wal-bukhli, wa auzubika min ‘azabil-gabri, wa duzubika min fitnatil-mahya wal-mamati,

(Ya Allah, aku mohon perlindunganmu daripada perasaan lemah dan malas, daripada perasaan takut dan usia yang terlalu tua, dan daripada sifat bakhil. Aku bermohon, lindungilah daku daripada seksa kubur, dan daripada fitnah kehidupan dan ujian mati).”

Dalam rekod lain ditambah: Wadolaid-dayn wa ghalabativ-rijal, Juga daripada beban hutang dan dikalahkan orang).

– Hadis Riwayat Muslim.

6 Doa Murah Rezeki Rumi - Copy Paste

Abu Umamah berkata, “Nabi Muhammad berdoa dengan doa yang panjang, sehingga kami tidak dapat menghafalnya. Kami berkata, ‘Wahai utusan Allah, tuan berdoa panjang, sehingga kami tidak dapat menghafal sedikit pun daripada doa itu?’ Lalu Nabi Muhammad saw menerangkan, ‘Sukakah saudara sekiranya saya berikan doa yang menghimpunkan semua doa itu?

Bacalah Allahumma inni as aluka min khayri ma saalaka minhu nabiyyuka Muhammad. Wa auzubika min syarri mas-taaza minhu nabiyyuka Muhammad. Wa antal-mustaanu wa’alaikal-balaghu, wa la haula wa la quwwata illa billah

(Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik perkara yang diminta oleh Nabi Muhammad. Dan lindungilah aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripada-Mu. Engkau-lah tempat meminta bantuan, dan Engkau-lah yang memberikan kecukupan. Dan tiada daya, tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.)”

– Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Abu Darda berkata, “Nabi Muhammad menjelaskan, ‘Antara doa yang sering diucapkan oleh Nabi Daud adalah Allabumma inni asaluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wal-amalallazi uballighuni bubbaka. Allahummaj-al hubbaka ahabbu ilaiya min nafi, a ahli, wa minal-mail-baridi

(Ya Allah ya Tuhanku. Aku memohon kepada-Mu cinta-Mu ya Allah. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan aku ini hamba-Mu yang mencintai orang yang mencintai-Mu, ya Allah. Aku memohon kepada-Mu agar aku diberi kekuatan melakukan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu, ya Allah. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai berbanding cintaku kepada diriku sendiri, ahli keluargaku atau perkara-perkara yang menyeronokkan nafsuku.)'” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Anas melaporkan, “Nabi Muhammad menerangkan, ‘Perbanyakkan menyebut nama Allah Ya zal jalali wal ikram (Ya Allah, Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.)” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

6 Doa Murah Rezeki Rumi - Copy Paste

Ali bin Abu Talib berkata, “Ada seorang hamba yang dibenarkan membayar wang tebusannya sendiri datang menemui saya dan berkata, ‘Saya tidak berdaya hendak membayar wang tebusan saya. Jadi, berilah saya bantuan.’

Ali menjawab, ‘Sukakah saudara sekiranya saya ajarkan kepada saudara doa yang Rasulullah pernah ajarkan kepada saya? Sekiranya saudara menanggung hutang sebesar gunung sekalipun, tentu Allah melangsaikan hutang itu untuk saudara.

Bacalah Allahummak-fini bihalalika an baramika, wa aghnini bifadhlika amman siwaka, (Ya Allah, berikanlah secukupnya kepadaku rezeki yang halal supaya tidak sampai termakan yang haram, dan perkayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, sehingga aku tidak memerlukan selain daripada-Mu).” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi