Puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja. Akan tetapi, ia juga termasuk menahan diri dalam melakukan perbuatan yang boleh membatalkannya iaitu bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.
Puasa pada bulan Ramadhan hukumnya wajib dan menjadi salah satu rukun Islam.
Dalil Puasa
Dari Abdullah bin Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Islam dibangun di atas lima pokok: bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan salat, memberikan zakat, berhaji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Baca: 22 Hadis Sahih Tentang Puasa Sunat (Bergambar)
Pahala berganda di bulan Ramadhan
Antara keistimewaan berpuasa (khususnya puasa bulan Ramadhan) ialah, Allah SWT akan menggandakan pahala orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan yang lain dimana kadarnya hanya diketahui oleh Allah swt
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan iman dan berharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Hadis Riwayat Bukhari.
Amalan di bulan Ramadhan
Rebutlah peluang melakukan seberapa banyak amal ibadah khususnya pada bulan Ramadhan. Pahala amal ibadah yang dilakukan pada bulan ini dijanjikan berlipat kali ganda berbanding jika ianya dilakukan pada bulan yang lain.
Nabi Muhannad SAW bersabda: “Allah swt berfirman, “Setiap amal kebaikan memiliki balasan pahala sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali ganda kecuali ibadah puasa , kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukku dan aku yang akan membalaskan pahalanya’” – Hadis Riwayat Bukhari.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah swt berfirman, “Setiap amal kebaikan memiliki balasan pahala sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali ganda kecuali ibadah puasa , kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukku dan aku yang akan membalaskan pahalanya’”
Hadis Riwayat Bukhari.
Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: ” Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda serupa dengannya sehingga 700 kali ganda, Allah swt berfirman:,”Melainkan puasa. Kerana amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan 2 kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki
Selain daripada Berpuasa, antara amalan lain pada bulan Ramadan yang sangat dianjurkan dan diberikan keutamaan oleh Islam antara lain:
- Solat Terawih dan Qiamulail
- Membayar zakat fitrah
- Melipat gandakan sedekah
- Membaca al-Quran
- Perbanyakkan zikir
- Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Bercakap dan melakukan kebaikan
Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam digalakkan untuk memanfaatkan setiap detik yang berjalan dengan melakukan 1001 amalan ibadah dan kebaikan. Insya-Allah, semoga semua amalan tersebut dapat menjadi asbab untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seterusnya mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Yang Maha Esa.
1 Hari 1 Hadis Ramadhan
Pertama: Kewajipan Berpuasa Pada Bulan Ramadan
Daripada Talhah bin ‘Ubaidullah ra Ada seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan rambut yang tidak terurus, lalu berkata: “Wahai Rasulullah saw, khabarkan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang solat? “. Maka Baginda Nabi saw menjawab: “Solat lima kali kecuali bila kamu mahu menambah dengan yang tatowwu’ (sunat)”.
Arab badwi itu bertanya lagi: “Lalu khabarkan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang puasa?.” Maka Baginda Nabi saw menjawab: “Puasa di bulan Ramadhan kecuali bila kamu mahu menambah dengan yang tatowwu’ (sunat)”.
Arab badwi itu bertanya lagi: “Lalu khabarkan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang zakat?” Maka Rasulullah saw menjelaskan kepada orang itu tentang syariat – syariat Islam.
Kemudian Arab badwi itu berkata : “ Demi Zat yang telah memuliakan kamu, Aku tidak akan mengerjakan yang sunat sekalipun, namun aku pun tidak akan mengurangi satupun daripada apa yang telah Allah wajibkan buatku”.
Maka Rasulullah saw berkata : “Dia akan berjaya jika dia benar menepatinya atau dia akan masuk syurga jika dia benar menepatinya”.
(Hadis Riwayat Bukhari 1891)
Kedua: Ramadan Sebagai Bulan Mendapatkan Keampuan
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ketiga: Syafaat Daripada Ibadah Puasa dan al-Quran
Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Puasa dan al-Quran akan memberikan syafaat kepada hamba (orang yang berpuasa dan yang sentiasa membaca al-Quran) di hari kiamat nanti. Puasa akan berkata: “Wahai Tuhan! aku telah menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan perkara syahwat pada waktu siang, maka terimalah syafaatku kepadanya.” Manakala al-Quran pula akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah syafaatku kepadanya.” Baginda bersabda: “Maka Allah pun menerima kedua-dua syafaat tersebut.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Keempat: Hitungan Hari Bulan Ramadan
Daripada Ibnu Umar ra – berkata, Rasulullah bersabda: ” Sesungguhnya hitungan bulan itu adalah dua puluh sembilan hari, maka janganlah kalian berpuasa hingga kalian melihat Hilal (bulan sabit) , dan jangan pula berbuka hingga kalian melihatnya terbit kembali. Dan bila Hilal (bulan sabit) itu tertutup daripada pandangan kalian, maka hitung (jumlah harinya).
(Hadis Riwayat Muslim 1080)
Kelima: Pintu Syurga Dibuka
Daripada Abu Hurairah ra , bahawa Rasulullah bersabda: “Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu syurga dibuka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, 1898)
Keenam: Bulan Dimana Syaitan Dibelenggu
Daripada Abu Hurairah ra – berkata, Rasulullah bersabda : “Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu langit dibuka sedangkan pintu-pintu jahanam ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu”
(Hadis Riwayat Bukhari, 1899)
Ketujuh: Keberkatan Bersahur
Daripada Anas bin Malik – berkata; Nabi saw bersabda, “Bersahurlah kalian, kerana di dalam sahur ada keberkatan.”
(Hadis Riwayat Bukhari, 1923)
Kelapan: Puasa Ramadan Menghapuskan Dosa
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah bersabda: “Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut sekiranya (seseorang itu) menjauhi dosa-dosa besar.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kesembilan: Ganjaran Bagi Orang yang Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Allah SWT berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-Ku (Allah) dan Akulah yang akan membalasnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesepuluh: Dua Kegembiraan Bagi Orang yang Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduaduanya; (pertama) apabila berbuka dia bergembira dan (kedua) apabila berjumpa dengan Tuhannya, dia bergembira disebabkan (ganjaran) ibadah puasanya itu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebelas: Pintu Syurga untuk Mereka yang Berpuasa
Daripada Sahl bin Sa’ad ra – daripada Nabi saw bersabda: ” Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Al-Rayyan, kelak orang yang sentiasa berpuasa akan dipanggil untuk memasukinya dan barangsiapa yang memasukinya, maka dia tidak akan merasa haus selama-lamanya.”
(Hadis Riwayat Tarmidzi, 765)
Dua Belas: Kebahagiaan Orang yang Berpuasa
Daripada Abu Hurairah ra -Rasulullah bersabda: “Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan iaitu, kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak.”
(Hadis Riwayat Tarmidzi, 766)
Tiga Belas: Puasa Dapat Memberi Syafaat di Hari Akhirat
Daripada Abdullah bin ‘Amru ra – bahawa Rasulullah bersabda, “Puasa dan Al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seseorang hamba. Puasa berkata : “Wahai tuhanku, aku telah menahannya dari makanan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkahlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan Al-Quran berkata, aku telah menahannya dari tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya”. Baginda melanjutkan sabdanya: ” maka mereka berdua (puasa dan Al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, 6626)
Empat Belas: Tidak Ditolak Doa Orang Berpuasa
Daripada Abu Hurairah ra – dia berkata, Rasulullah bersabda, : “Ada tiga orang yang tidak akan ditolak doanya; imam yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang teraniaya. Allah akan mengangkatnya di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya seraya berfirman, “Demi keagungan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu meski setelah beberapa detik.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, 1752)
Lima Belas: Puasa Dapat Menyelamatkan daripada Api Neraka
Daripada Abu Sa’id Al Khudri ra – berkata; Aku mendengar Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh musim”.
(Hadis Riwayat Bukhari, 2840)
Enam Belas: Ramadan Bulan Pemurah
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: “Rasulullah merupakan seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah
khususnya dalam bulan Ramadan terutama ketika Malaikat Jibril AS datang menemui Baginda . Malaikat Jibril AS akan menemui Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan, kemudian beliau bertadarus al-Quran dengan Baginda . Sesungguhnya Baginda bersifat sangat pemurah pada ketika itu umpama angin yang bertiup kencang.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Tujuh Belas: Tiga Golongan yang Dicela
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku. Celakalah seseorang, apabila bulan Ramadan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak menjadi sebab yang memasukkannya ke dalam Syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya).”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Lapan Belas: Pembebasan Pada Setiap Malam Ramadan
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah bersabda: “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru: “Wahai yang
mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah SWT akan membebaskan hambahamba-Nya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam (di bulan Ramadan).”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Sembilan Belas: Pembebasan Pada Setiap Hari dan Malam Ramadan
Daripada Abu Hurairah RA – beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka pada setiap siang dan malam (Ramadan), setiap daripada mereka (yang berpuasa) memiliki doa yang mustajab.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dua Puluh: Pahala Berganda
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Setiap amalan anak Adam digandakan pahalanya daripada 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia milik-Ku (Allah) dan Aku-lah yang akan membalasnya. Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya dan makanannya kerana-Ku.”
(Hadis Riwayat Muslim, 1151)
Dua Puluh Satu: Puasa Adalah Perisai
Daripada ‘Iyadh bin Ghutaif RA, beliau berkata, aku telah datang menemui Abu ‘Ubaidah RA untuk melawatnya. Kemudian beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang menginfakkan harta kesayangannya
pada jalan Allah, maka dia akan mendapat (ganjaran) tujuh ratus kali ganda. Sesiapa yang berinfak untuk dirinya atau untuk keluarganya, atau menjenguk orang sakit, atau menyingkirkan duri di jalanan, maka setiap kebaikan itu akan dibalas dengan (ganjaran) sepuluh kali ganda. Puasa adalah perisai selagi dia tidak memusnahkannya. Sesiapa yang diuji oleh Allah dengan suatu ujian pada tubuhnya maka itu menjadi penghapus (dosa) baginya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dua Puluh Dua: Melewatkan Sahur
Daripada Sahal bin Sa’ad ra – berkata : “Aku makan sahur bersama keluargaku kemudian aku bersegera agar mendapatkan sujud (solat) bersama Rasulullah.”
(Hadis Riwayat Bukhari, 1920)
Dua Puluh Tiga: Menyegerakan Berbuka Puasa
Daripada Sahal bin Sa’ad ra – bahawa Rasulullah bersabda, “Manusia sentiasa berada dalam kebaikan
selama mereka menyegerakan berbuka”.
(Hadis Riwayat Bukhari, 1957)
Dua Puluh Empat: Makanan Sunnah Ketika Berbuka Puasa
Daripada Anas bin Malik ra -, Nabi selalu berbuka dengan kurma basah sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya,
maka (baginda berbuka) dengan kurma kering dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 696)
Dua Puluh Lima: Ganjaran Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
Daripada Zaid bin Khalid Al Juhani ra -, berkata; Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka, dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 807)
Dua Puluh Enam: Tempoh Masa Sahur dengan Solat Subuh
Daripada Zaid bin Thabit ra – berkata, “Kami pernah makan sahur bersama Nabi kemudian baginda pergi untuk melaksanakan solat. Aku bertanya, “Berapa antara azan (Subuh) dan sahur?”. Dia menjawab, “Sebanyak ukuran bacaan lima puluh ayat”.
(Hadis Riwayat Bukhari, 1921)
Dua Puluh Tujuh: Beramal Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
Daripada ‘Aisyah ra – berkata, “Nabi apabila memasuki sepuluh akhir (dari bulan Ramadan), Baginda mengetatkan kain baginda (bersungguh-sungguh), menghidupkan malamnya dengan beribadah dan membangunkan keluarga Baginda “.
(Hadis Riwayat Bukhari, 2024)
Dua Puluh Tujuh: Beriktikaf Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ra – berkata: ” Rasulullah beriktikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan”.
(Hadis Riwayat Bukhari, 2025)
Dua Puluh Lapan: Larangan Berbohong Bagi Orang Berpuasa
Daripada Abu Hurairah ra, berkata; Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang dusta dan beramal dengan pembohongan maka Allah tidak berhajat ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum (puasa).”
(Hadis Riwayat Bukhari, 1903)
Dua Puluh Sembilan: Orang yang Berpuasa Tapi Termakan / Terminum Kerana Lupa
Daripada Abu Hurairah ra – daripada Nabi bersabda: “Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum”.
(Hadis Riwayat Bukhari, 1933)
Tiga Puluh: Larangan Berpuasa Berterusan Tanpa Berbuka
Daripada Ibnu Umar ra – bahawa Nabi melarang puasa Wisal (puasa yang bersambung tanpa berbuka) , maka
para sahabat pun berkata, “Bukankah anda sendiri melakukan puasa Wisal?” Baginda bersabda: “Sesungguhnya saya tidaklah sebagaimana kalian, kerana saya diberi makan dan minum (oleh Rabb-ku).”
(Hadis Riwayat Muslim, 1102)
Carian Berkaitan: 30 Hadis Ramadan : 1 Hari 1 Hadis Kelebihan Berpuasa