Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

#1. Lakukanlah Solat Sunat Witir

Rasulullah bersabda, ertinya: “Wahai orang yang beramal dengan al-Quran! Hendaklah kamu melakukan solat Witir, sesungguhnya Allah itu bersifat Witir dan Dia menyukainya” – Hadis Riwayat Ahmad

#2. Solat Witir di Akhir Malam

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa yang bimbang tidak dapat bangun di akhir malam, hendaklah dia bersolat Witir pada awalnya. Dan sesiapa yang hendak bangun pada akhir malam, bersolatlah pada akhir malam. Kerana solat di akhir malam disaksikan (oleh malaikat). Dan ia lebih baik.” – Hadis Riwayat Muslim

Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

Baca: Cara Solat Witir Yang Mudah – Waktu, Hukum & Kelebihan

#3. Meneguhkan Jiwa

Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya bangun malam (solat malam) sangat meneguhkan jiwa dan lebih menegaskan ucapan.” – Surah Al-Muzammil: 6

#4. Mendekatkan Diri Kepada Allah

Rasulullah bersabda, ertinya: “Hendaklah kalian kerjakan qiamullail (witir) sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu dan merupakan ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan juga menghapuskan perbuatan jelek dan mencegak perbuatan keji” – Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah.

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

#5. Witir itu Ganjil

Rasulullah bersabda, ertinya: ” Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), Dia mencintai witir maka laksanakanlah Solat Witir wahai ahli Quran.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

#6. Minta Ampun Sebelum Waktu Fajar

Dan mereka sering meminta keampunan pada waktu pagi sebelum fajar – Surah al-Dhariyat 51:18

Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

#7. Pensyariatan Solat Sunat Witir

Daripada Abu Ayyub al-Ansari, bahawa Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Witir ialah hak ke atas setiap Muslim. Sesiapa yang suka melakukan solat Witir lima rakaat, lakukanlah. Sesiapa yang mahu melakukan solat Witir tiga rakaat, lakukanlah. Sesiapa yang mahu melakukan solat Witir satu rakaat, lakukanlah.” – Hadis Riwayat Abu Daud

#8. Hukum Solat Sunat Witir

Majoriti ulamak berpendapat, solat sunat Witir adalah sunat muakkad. Walaubagaimanapun, mazhab Hanafi menghukumnya sebagai wajib.

Ali r.a berkata, ertinya: “Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah melakukannya. Dan dia menyatakan bahawa Allah itu tunggal (witir) dan dia sukakan solat Witir. Oleh itu, lakukanlah solat Witir wahai ahli al-Quran.” – Hadis Riwayat al-Tirmizi

#9. Antara Ibadah Sunat yang Digalakkan

Daripada Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Nabi SAW mewasiatkanku tiga perkara yang tidak aku tinggalkan sama sekali; Baginda berpesan kepadaku agar berpuasa pada setiap bulan, solat Witir sebelum tidur dan bersolat Duha dua rakaat ketika bermukim dan bermusafir.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir