Kata Kata Hikmah Quotes Tentang Rezeki Yang Berkat

Rezeki yang berkat bukan sekadar harta benda semata-mata.

Ia juga boleh mencakupi hal-hal yang lain seperti kesihatan, ilmu pengetahuan, sahabat handai yang baik, keluarga yang penyayang, hati yang tenang, kebahagiaan hidup dan kemampuan untuk beribadah kepada Allah swt.

Daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Tips dan usaha yang boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan pada rezeki:-

Quotes Tentang Rezeki Yang Berkat
  1. Solat fardhu 5 yang wajib pada awal waktu disamping melakukan ibadah yang lain seperti zakat, bersedekah dll
  2. Sentiasa menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah yang Maha Pemurah untuk mengurniakan kepada kita rezeki yang berkat dan melimpah ruah.
  3. Lakukan apa jua perkara dengan niat yang ikhlas, jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.
  4. Sentiasa bersyukur atas segala apa juga rezeki yang diperolehi.
  5. Menjauhi perkara mungkar dan memudaratkan
  6. Jalani kehidupan seharian berlandarkan syariat Islam yang diredhai oleh Allah swt
  7. Jaga hubungan baik dengan orang sekeliling khususnya ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat handai dll

Quotes Tentang Rezeki Yang Berkat

Bersama ini disertakan beberapa petikan quotes tentang keberkatan rezeki untuk dikongsi bersama. Semoga kutipan-kutipan ini menginspirasi dan mengingatkan kita untuk bersyukur atas setiap rezeki yang kita terima dalam hidup. Sesungguhnya keberkatan itu mampu membawa kepada keredhaan hidup di dunia dan akhirat. Biar sedikit, asalkan berkat. Insya-Allah.

  • Gaji yang kecil tak bermakna tak boleh bahagia. Yang penting keberkatan.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan “Rezeki Yang Berkat”? Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat adalah, sedikitnya tak cukup, banyaknya tak puas.

Baca: Contoh Ucapan Hari Ibu Bapa Guru

Quotes Tentang Rezeki Yang Berkat
  • Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus.
  • Apakah Pilihanmu?: Hidup Bahagia atau Hidup Sukses.
  • 9 Kunci Hidup Bahagia. Tidak membenci, tidak mengeluh, berprasangka baik, rendah diri, mudah memaafkan, hindari permusuhan, bersedekah, selalu tersenyum serta tidak dengki dan iri hati.
  • Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur. Tetapi, dengan bersyukurlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia.
Quotes Tentang Rezeki Yang Berkat
  • Bersyukurlah…maka engkau akan bahagia.
  • Bahagia dari hati. Bukan dari orang lain.

Baca: Quotes Tentang Adab dan Ilmu – Bergambar

  • Bahagia itu adalah mereka yang bangga menjadi dirinya sendiri, tanpa risau memikirkan pandangan orang lain pada dirinya.
Quotes Tentang Rezeki Yang Berkat
  • Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, SENYUMLAH dan INGATLAH….MANUSIA merancang dengan CITA-CITA, tetapi ALLAH yang menentukan. Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI & BIJAKSANA.
  • Untuk hidup bahagia, nikmatilah hidup apa adanya. Jangan ditangisi sesuatu yang tiada.