Ucapan & Pantun Hari Raya Aidiladha 2024

Dua tiga pohon kelapa,
Buahnya jatuh kedalam paya,
Muslimin muslimat jangan lupa,
Tak lama lagi kita nak raya.

Semoga contoh-contoh di atas dapat memberikan inspirasi untuk menyampaikan ucapan Hari Raya Aidiladha yang penuh makna dan menyentuh hati pada tahun 2024. Selamat merayakan!

Di pagi raya yang indah ini, mari kita buka hati untuk memaafkan dan memaafkan. Selamat Hari Raya Korban, Semoga kedamaian dan kebahagiaan selalu menyertai kita.

SELAMAT HARI RAYA SAHABAT-SAHABAT YANG MENYAMBUT HARI RAYA HAJI

Pakaian koyak bertampung tampung,
Pakai baju warnanya merah,
Sanak saudara balik kampung,
Hari raya bertambah meriah.

Rasa seronok tidak terkira,
Lantaran hidup telah berjaya,
Nenek dan Tok Wan rasa gembira,
Kerana anak cucu pulang ke kampung.

Raya korban menjelang tiba,
Tetap di sambut Tanda gembira,
Juadah disediakan berserderhana,
Syukuri setiap nikmat yang ada.

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat

Lembu di sana Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Maaf Zahir dan Batin

Lembu di sana Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga.

Kamal beraya dirumah salman,
Sempat menjamu semua masakan,
Kami di Jahhet nak beri ucapan,
Salam adiladha kami ucapkan.

Time Raya kita Raya,
Time Kerja kita Kerja,
Kalau nak Berjaya kena Usaha,
Kalau tidak kita Tak ke Mana.

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Aidiladha pun telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Hari raya hari mulia ,
Aidiladha raya korban ,
Diucapankan Selamat hari raya,
XXXXX ucapkan salam lebaran.

Selamat hari raya Aidiladha maaf zahir & batin pada semua sahabat-sahabat dari kami sekeluarga.

Buluh lemang elok isinya,
Jikalau pandai menjaga api,
Di hari mulia insan nirmala,
Terbebas belenggu dosa diri.

Aneka juadah dibikin bersama,
Pelengkap pagi sayawal riang,
Keluarga berkumpul paling utama,
Bertaut semula kasih dan sayang.

lmbau kembali bersama bonda,
Saat menolong kerja didapur,
Pada yang tiada jangan dilupa,
Ingat selalu jangan terkubur.

Dipakai kemas baju kebaya,
Menutup hiasan dilupa jangan,
Amal ibadah sebelum raya,
Moga kekal ke tahun hadapan.

Enak sungguh daging sapi,
Lagi-lagi dibuat rendang,
Hubungan kasih dijaga rapi,
Lagi-lagi keluarga tersayang.

Ucapan selamat buat semua,
Di Raya Korban kita raikan,
Ucapan maaf kepada semua,
Zahir dan batin kita sucikan.

Ampun dipinta maaf diberi,
Segala salah harap dimaafi,
Perkara lama jangan diingati,
Supaya hidup dapat dinikmati.

Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Ada tingkah menoreh luka,
Maka maafkanlah kesilapan saya.

Sempadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin.

Makan ketupat rumah saudara.
Berpipit tangan untuk bersama.
Salam Aidiladha untuk beraya.
Ampun maaf dipinta dari kami.

Ketipang ketipung kanan dan kiri
Tudung raya terbelit di lilit
Selamat Hari Raya Idul Adha
Kesalahan kami mohon di ‘delete’

Salam kosong-kosong dari kami sekeluarga

Ucapan Pantun Raya Haji

Di rumah berbunga di musim raya,
Keluarga berkumpul dalam suasana gembira;
Kita bersama-sama merayakan hari raya,
Maaf dipinta, rasa kasih di jiwa.

Suara takbir bergema indah,
Senyuman keluarga memeriahkan suasana;
Whatsapp berdering, membawa berita gembira,
Aidiladha tiba, kebahagiaan tidak terkata.

Walau jauh bukan halangan,
WhatsApp dihantar tanda persahabatan,
Maaf ku pohon selama berkawan,
Salam Raya Korban tanda ingatan.

Pantun Raya Aidiladha

Betis diberi hendakkan paha,
Kata orang tua amat mendalam,
Selamat hari raya aidil adha,
Buat semua umat islam.

Dalam meniti satu perjalanan,
Peristiwa mustahil diwaktu kelmarin,
Hayatilah erti sebuah pengorbanan,
Nabi ismail kepada nabi ibrahim.

Jalan terpimpin nampak rapi,
Bersama rakan pergi mengail,
Nabi ibrahim mendapat mimpi,
Untuk mengorbankan puteranya nabi ismail.

Dari dekat wajahnya terpancul,
Dia terlepas dari memerhati,
Kemudian malaikat jibril muncul,
Membawa kibas sebagai penganti.

Naik kereta ketasik raban,
Melalui jalan permatang pak mahat,
Kalau kita nak buat korban,
Pilihlah binatang yang sihat.

Jalan melewah terhoyong hoyong,
Badan dipapah takut terhumban,
Semangat ukhwah bergotong royong,
Untuk melapah lembu korban.

Tanah rata dihujung kolah,
Pokok rendah nampak merimbun,
Andai kata silap dan salah,
Tangan ditadah memohon ampun.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
EID MUBARAK dari kami XXXXXX