Rukun Islam: Penerangan Tentang Asas Agama

Islam memiliki lima pilar utama yang dikenali sebagai Rukun Islam. Seseorang Muslim wajib menghayati dan berpegang teguh kepada rukun Islam yang lima ini.

Dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al-Khattab r.a , dia mendengar Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah; menunaikan shalat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa Ramadhan.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

5 Rukun Islam

  1. Mengucap 2 kalimah syahadah.
  2. Solat 5 waktu.
  3. Puasa di bulan Ramadan.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan)
Rukun Islam: Penerangan Tentang Asas Agama

Rukun Islam Pertama: Mengucap 2 Kalimah Syahadah.

Syahadah adalah lafaz pertama dan ikrar penyaksian tauhid bagi seorang Muslim dalam memberi keyakinan kepada Tuhan yang Esa dan bahawa Muhammad adalah rasul utusan-Nya.

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Maksud terjemahan: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah.

Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

  • Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  • Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  • Mamahami makna kedua-duanya.
  • Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
  • Menggunakan perkataan “asyhadu” (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  • Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
Rukun Islam: Penerangan Tentang Asas Agama

Rukun Islam Kedua: Mendirikan Solat

Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan mengqasarkan dan menjamakkannya.

Melalui ibadah solat, seorang Muslim berkomunikasi langsung dengan Allah, menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada-Nya. Antara fadilat dan kebaikan ibadah solat ialah: –

  • Mendekatkan diri kepada Tuhan supaya sentiasa mengingati Allah SWT dan mematuhi perintah-Nya.
  • Mengajarkan kedisiplinan dan kerendahan hati.
  • Merenungkan makna hidup dan belajar untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan-Nya.

Syarat wajib solat:

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat:

  • Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
  • Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
  • Menutup aurat.
  • Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
  • Yakin masuk waktu solat.

Rukun solat ada 13:

  • Niat.
  • Takbiratul Ihram.
  • Berdiri bagi yang mampu.
  • Membaca surah Al-fatihah.
  • Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
  • Iktidal dengan tama’ninah.
  • Sujud dua kali, dengan tama’ninah.
  • Duduk di antara dua sujud,dengan tama’ninah.
  • Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  • Duduk dalam Tasyahhud akhir.
  • Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
  • Membaca salam.
  • Tertib.

Rukun Islam Ketiga: Puasa pada bulan Ramadan

Puasa Ramadan adalah amalan menahan diri dari makan, minum, dan aktiviti fizikal lainnya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari selama bulan Ramadan. Antara fadilat dan kelebihan ibadah puasa ialah:-

  • mengajarkan kesabaran, kendali diri, dan rasa disiplin.
  • kesempatan untuk meningkatkan hubungan dengan Tuhan
  • mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya

Rukun Islam Keempat: Mengeluarkan Zakat

Zakat adalah kewajiban bagi setiap Muslim yang mampu dengan memberikan sebahagian dari harta kekayaannya kepada yang berhak menerima. Ini adalah bentuk perhatian dan kepedulian sosial terhadap kaum miskin dan orang yang memerlukan. Antara fadilat dan kelebihan zakat ini ialah:-

  • memupuk sikap empati dan kepedulian terhadap sesama muslim
  • mengurangi jurang sosial
  • menciptakan masyarakat yang adil dan saling berkongsi rezeki
  • Menjauhkan sifat-sifat bakhil orang Islam
  • Sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat pemberian Allah SWT

Rukun Islam Kelima: Mengerjakan Haji (bagi yang berkemampuan)

Haji adalah kewajiban bagi setiap Muslim yang mampu secara fizikal dan finansial untuk mengunjungi kota Mekkah sekali seumur hidup. Antara fadilat dan kelebihan ibadah haji ini ialah: –

  • mengajarkan kesederhanaan, kesatuan, dan persamaan di hadapan Tuhan.
  • para jamaah haji berharap untuk memperoleh pengampunan Tuhan dan meningkatkan kesalehan dalam kehidupan mereka.

Rukun Islam adalah landasan moral dan etika yang membentuk karakter seorang Muslim. Setiap ibadah dalam Rukun Islam ini mengandungi syarat, rukun, sunat dan perkara-perkara yang membatalkan ibadah itu.