Waktu Solat Dhuha dan Kelebihannya Menurut Hadis Nabi saw

Solat Dhuha mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Ia dilakukan pada waktu matahari baru terbit.

Solat sunat ini dianggap sebagai ganti kepada sedekah yang perlu dilakukan oleh setiap sendi yang ada pada tubuh badan manusia. 

Kelebihan solat sunat Dhuha

Nasihat daripada Nabi Muhammad saw

Abu Hurairah ra berkata, maksudnya: “Rasulullah yang menjadi kekasih saya menasihati saya supaya berpuasa sunat tiga hari pada setiap bulan. Beliau juga menasihati saya melaksanakan sembahyang sunat duha sebanyak dua rakaat dan melakukan sembahyang sunat witir sebelum saya tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Mendapatkan Pahala Sedekah

Abu Zar berkata, Nabi Muhammad saw menerangkan, “Setiap sendi tulang saudara hendaklah bersedekah pada setiap pagi. Bertasbih dengan menyebut subhanallah adalah sedekah. Bertahmid dengan menyebut alhamdulillah juga adalah sedekah. Bertahlil dengan menyebut la ila ha illallah adalah sedekah. Setiap kali saudara bertakbir dengan mengucapkan Allahu akbar juga adalah sedekah. Saudara mengajak orang lain berbuat baik juga diberi pahala sedekah. Saudara melarang orang lain daripada melakukan perkara jahat juga sedekah. Namun, apabila saudara melakukan sembahyang sunat duha dua rakaat, saudara dapat semua pahala-pahala sedekah itu.” – Hadis Riwayat Muslim.

Baca: Panduan Solat Sunat Dhuha – Niat, Cara dan Doa (Rumi)

Amalan Sunnah Nabi Muhammad saw

Aisyah ra berkata: “Rasulullah saw melaksanakan sembahyang sunat dhuha empat rakaat. Adakalanya beliau menambah lagi beberapa rakaat mengikut apa yang dikehendaki Allah saw.” – Hadis Riwayat Muslim.

Nabi Muhammad saw Solat Sunat Dhuha Sebanyak 8 Rakaat

Fakhitah binti Abu Talib berkata: “Pada waktu pembukaan kota Makkah saya pergi menemui Rasulullah saw. Pada waktu itu, Baginda sedang mandi. Kemudian Baginda bersembahyang sunat dhuha sebanyak lapan rakaat.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Waktu Solat Dhuha Menurut Hadis

Solat sunat dhuha dilakukan bermula ketika matahari berada pada ketinggian 3 meter atau 22 setengah darjah atau sekitar pukul 8.15 pagi hingga masuk waktu zuhur. Manakala waktu yang paling afdal ialah pada ketika matahari berada pada ketinggian 45 darjah iaitu 1/4 daripada waktu siang (sekitar pukul 10.00 pagi)

Zaid bin Arqam berkata, dia melihat sekumpulan manusia sedang melakukan sembahyang sunat dhuha pada awal waktunya. Dia berkata, "Adakah mereka tidak tahu sembahyang dhuha selain daripada waktu ini adalah lebih baik?" Rasulullah saw menerangkan, "Sembahyang orang yang bertaubat itu adalah pada waktu panas terik matahari. laitu ketika anak-anak unta juga merasakan panasnya waktu itu." - Hadis Riwayat Muslim.

Doa Solat Dhuha(Terjemahan Bahasa Melayu)

Cara Solat Dhuha doa