19 Haji dan Umrah Hadis Sahih Nabi oleh Imam Bukhari

Dari Ibnu Abbas ra, katanya dia mendengar Rasulullah SAW berkhutbah, sabdanya: “Orang yang ihram boleh pakai celana apabila dia tidak punya izar (sarung); dan boleh pakai sepatu pendek apabila dia tidak punya terompah.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Pakaian Ihram

Dari Ibnu ‘Umar ra, katanya ada seorang laki-laki bertanya kepada rAsulullah perihal pakaian ihram. Maka bersabda baginda, ‘Tidak boleh pakai kemeja, serban, celana, peci dan sepatu. Kecuali bagi orang yang tidak punya terompah, dia boleh memakai sepatu pendek yang tidak menutupi kedua mata kaki. Dan tidak boleh memakai pakaian yang dicelup dengan za’faran dan wars.” – Hadis Riwayat Muslim

19 Hadis Sahih Nabi oleh Imam Bukhari Tentang Haji dan Umrah

Dari Aisyah ra, katanya: “Ketika pergi haji bersama-sama Rasulullah saw, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang ingin ihram untuk haji dan umrah sekaligus, silakan; dan siapa yang ingin ihram untuk haji saja silakan; dan siapa yang ingin ihram untuk umrah saja silakan juga.” Kata Aisyah ra, “Rasulullah sendiri beserta sekelompok sahabat ihram untuk haji, kelompok yang lain ihram untuk umrah dan haji, sekelompok lagi ihram untuk umrah saja. Sedangkan aku sendiri ihram untuk umrah saja.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Miqat

Dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Rasulullah saw menetapkan miqat (tempat memulai ihram) bagi penduduk Madinah di Zulhuzaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Nejed di Qarnalmanazil dan bagi penduduk Yaman, Yalamlam. Tempat-tempat ini berlaku pula bagi orang-orang yang bukan penduduk negeri-negeri tersebut, tetapi dia bermaksud menunaikan ibadah haji dan umrah melalui tempat-tempat itu. Dan bagi orang yang lebih dekat ke Makkah dari tempat-tempat tersebut atau bagi penduduk Makkah sendirim Miqatnya ialah di mana mereka berada.” – Hadis Riwayat Muslim

19 Hadis Sahih Nabi oleh Imam Bukhari Tentang Haji dan Umrah

Hadis Nabi Tentang Talbiyah

Dari Abdullah bin Umar ra, katanya: “Bahawasanya talbiyah Rasulullah saw ialah: “Labbaika Allahuma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innalhamda wan ni’mata laka, wal mulka la syarika laka.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Abdullah bin Umar ra, katanya: “Ketika Rasulullah saw hendak berangkat, dan telah siap di atas kenderaannya yang berdiri di samping masjid Zulhulaifah, beliau mengucapkan talbiyah seperti ini: “Labbaika Allahuma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innalhamda wan ni’mata laka, wal mulka la syarika laka.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: (Bergambar) Kisah dan Kelebihan Surah Taha, Rumi & Terjemahan

Dari Abdulullah bin Umar ra, katanya: ‘Sebelum berangkat dari Zulhulaifah, lebih dahulu Rasulullah saw solat dua rakaat. Ketika beliau telah siap di atas kenderaannya yang berdiri di samping masjid Zulhulaifah, baginda membaca talbiyah seperti ini: “Labbaika Allahuma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innalhamda wan ni’mata laka, wal mulka la syarika laka.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Bermalam di Zulhulaifah

Dari Abdulullah bin Umar ra katanya: “Rasululullah saw bermalam di Zulhulaifah, di mana baginda memulai ihram dan solat di masjidnya.” – Hadis Riwayat Muslim

19 Hadis Sahih Nabi oleh Imam Bukhari Tentang Haji dan Umrah

Hadis Nabi Tentang Memakai Harum-haruman Ketika Ihram

Dari Aisyah ra, katanya: “Aku pernah memakaikan harum-haruman ke baju ihram Rasulullah saw tatkala baginda hendak berihram dan sesudah tahallul; sebelum tawaf di Baitullah.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Aisyah ra, katanya: “Aku pernah memakaikan harum-haruman Zarirah (sejenis haruman dari India) dengan tanganku kepada Rasulullah saw untuk tahallul dan ihram ketika haji wada.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Aisyah ra katanya: “Kupakaikan harum-haruman kepada Rasulullah saw; sesudah itu baginda berkeliling kepada para isterinya, kemudian baginda ihram dengan menyebarkan bau harum.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Binatang Yang Boleh Dibunuh

Dari Aisyah ra, dari Nabi saw, sabdanya: ‘Ada 5 macam binatang berbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram mahupun di dalam tanah haram, iaitu: ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang.” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Salim ra, dari bapanya, dari Nabi saw, sabdanya: “Ada 5 macam binatang berbahaya, tidak berdosa membunuhnya walau di tanah haram sekalipun ketika ihram, iaitu: tikus, kala jengking, gagak, helang dan anjing gila.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: 40 Pantun 2 Kerat Pelbagai Tema – Puji Cantik, Memuji

Hadis Nabi Tentang Meninggal Ketika Ihram

Dari Ibnu Abbas ra, katnya: “Seorang laki-laki jatuh dari unta ketika dia ihram lalu patah lehernya dan meninggal. Maka bersabda Rasulullah saw, “Mandikan dia dengan air yang dicampur daun Sidir (bidara), kemudian kafani dengan kedua kain ihramnya, dan jangan di tutup kepalanya; kerana sesungguhnya Allah akan membangkitkannya kelak di hari kiamat dalam keadaan membaca talbiyah (sedang mengerjakan haji).” – Hadis Riwayat Muslim

Dari Ibnu Abbas ra katanya: “Seorang laki-laki patah lehernya kerana jatuh dari unta ketika ihram bersama-sama dengan Rasulullah saw. Lalu baginda perintahkan supaya jenazahnya dimandikan dengan air campuran daun sidir (bidara), jangan pakai harum-haruman dan jangan di tutup kepalanya, kerana dia akan dibangkitkan kelak di hari kiamat dalam keadaan ihram.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Mencium Hajar Aswad

Dari Jabir bin Abdulullah ra, katanya: Tatkala Rasulullah saw tiba di Makkah, mula-mula baginda datangi hajar aswad lalu baginda cium. Kemudian baginda berjalan ke kanan lalu berlari-lari kecil 3 kali putaran dan berjalan kaki 4 kaki putaran.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Menukar Niat Haji Dengan Umrah

Dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Rasulullah saw ihram untuk haji dan tiba di Makkah pada tanggal 4 Zulhijjah. Setelah selesai solat subuh, baginda bersabda: “Sesiapa yang hendak menjadikan haji ini umrah, silakan.” – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi Tentang Keutamaan Umrah Bulan Zulkaedah

Dari Annas ra, katanya: “Rasulullah saw mengerjakan umrah 4 kali. Semuanya itu dikerjakan baginda di bulan Zulkaedah, selain yang dikerjakannya bersama-sama dengan haji . Iaitu umrah yang dilakukan baginda dari Hudaibiyah ketika berlakunya perdamaian Hudaibiyah dalam bulan Zulkaedah. Dan umrah tahun sesudah itu juga dalam bulan Zulkaedah. Dan umrah yang dilakukan baginda dari Ji’ranah ketika membahagi harta rampasan perang Hunain, juga di bulan Zulkaedah, dan sesudah itu umrah yang dilakukan baginda sama-sama dengan haji.” – Hadis Riwayat Muslim

Keutamaan Umrah Bulan Ramadan

Dari Ibnu Abbad ra, katanya ” Rasulullah saw pernah menanya seorang wanita Anshar bernama Ummu Sinan, katanya: “Apa keberatanmu untuk pergi haji bersama-sama kami?” Jawab wanita itu, “Kami hanya mempunyai 2 ekor unta. Yang satu dipakai suamiku pergi haji bersama anaknya, sedang yang satu lagi dipakai pembantu kami untuk menyiram kebun.” Sabda Nabi saw, “Kalau begitu, umrahlah nanti di bulan Ramadan, nilainya sama dengan haji bersamaku.” – Hadis Riwayat Muslim

Carian Berkaitan: Hadis Sahih Nabi oleh Imam Bukhari Tentang Haji dan Umrah