
Hadis Pertama
Aisyah berkata, maksudnya: Keluarga Nabi Muhammad SAW tidak kenyang dengan roti yang dibuat daripada gandum selama 2 hari berturut-turut, sehinggalah Baginda meninggal dunia. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis Kedua
Abu Sa’id al-Maqburi berkata: Abu Hurairah lalu di hadapan orang yang ada kambing panggang. Mereka mengajak Abu Hurairah tetapi dia enggan makan. Kata Abu Hurairah, ‘Rasulullah meninggal dunia dalam keadaan beliau tidak pernah kenyang dengan roti yang dibuat daripada gandum’. – Hadis Riwayat Bukhari
Koleksi Hadis Sahih Sebagai Panduan Bersama
- 4 Hadis Nabi Tentang Hari Raya Korban – Aidiladha
- 22 Hadis Sahih Tentang Puasa Sunat (Bergambar)
- Hadis Nabi Tentang Haji Mabrur dan Umrah Mabrurah
- 21 Hadis Nabi Tentang Puasa – Riwayat Imam Muslim
- (Bergambar) 16 Hadis Sahih Imam Muslim Tentang Puasa

Hadis Ketiga
Anas ra berkata: Nabi Muhammad SAW tidak pernah makan di atas meja hidangan dan tidak pernah makan roti lembut sehinggalah beliau meninggal dunia. – Hadis Riwayat Bukhari
Hadis Keempat
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad SAW berdoa, ‘Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad sekadar buat meneruskan hidup.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Baca: Hadis Tentang Kelebihan Surah Al Waqiah
Hadis Kelima
Aisyah melaporkan, ‘Tilam Rasulullah dibuat daripada kulit binatang yang sudah disamak, yang disumbat dengan sabut.’ – Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Keenam
Abu Umamah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Wahai anak Adam, sekiranya saudara dermakan lebihan harta yang ada pada saudara, itu lebih baik bagi saudara. Tetapi, sekiranya saudara simpan sahaja, itu tidak elok bagi saudara. Saudara tidak dikutuk hanya kerana saudara simpan sekadar keperluan saudara. Dahulukan memberi belanja kepada orang yang wajib saudara tanggung. – Hadis Riwayat at Tirmidzi
Hadis Ketujuh
Ubaidullah bin Mihsan al-Ansari al-Khatmi berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memulakan harinya dalam keadaan tenang jiwanya, sihat tubuh badannya dan cukup makanan asasnya pada hari itu, seolah-olah seluruh dunia menjadi miliknya. – Hadis Riwayat at Tirmidzi
Hadis Kelapan
Abu Muhammad berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Beruntunglah sesiapa yang diberi petunjuk supaya menerima Islam. Hidupnya cukup sekadar perlu dan dia berasa cukup dengan apa yang ada. – Hadis Riwayat at Tirmidzi
Baca: 101 Koleksi Bergambar – Ayat Cinta Terbaik Terkini

Hadis Kesembilan
Abu Umamah berkata, ‘Pada suatu hari, sahabat-sahabat Rasulullah menyebut perkara-perkara dunia di hadapan baginda. Kemudian Rasulullah bersabda, ‘Saudara-saudara mahu dengar? Sederhana itu tanda iman yang sempurna. Sederhana itu tanda iman yang sempurna. – Hadis Riwayat Abu Daud.