Niat Sujud Syukur – Doa, Dalil, Cara, Hukum & Sebab

Syukur atas semua pemberian-Nya. Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT merupakan antara kewajiban oleh orang mukmin. Riwayat Ahmad ada menyebut, Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Sesiapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.”

Hadis Riwayat Ahmad
Niat Sujud Syukur - Doa, Dalil, Cara, Hukum & Sebab

Sujud syukur merupakan sujud untuk menzahirkan terima kasih atas nikmat yng dikurniagakn oleh Allah SWT atau atas sebab terhindarnya seseorang itu dari malapetaka.

Antara keadaan yang mengharuskan untuk kita sujud syukur ialah:

  • Mendapat keputusan cemerlang dalam ujian / peperiksaan
  • Mendapat kemenangan dalam pertandingan
  • Terselamat dari bencara / malapetaka / kemalangan
  • Mendapat zuriat
  • Sihat selepas sakit yang panjang

Syarat Sah Sujud Syukur

  • Suci daripada hadas kecil dan bear dengan berwudhuk dan mandi junub atau alternatifnya.
  • Suci pada tubuh, pakaian dan tempat daripada sebarang najis
  • Menghadap kiblat
  • Menutup aurat

Syarat Harus Sujud Syukur

  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Suci daripada haid dan nifas

Secara umumnya, pemberian habuan merupakan antara cara untuk kita berterima kasih sesama manusa. Namun, berlainan pula halnyaa untuk kita berterima kasih kepada Allah. Orang yang bersyukur kepada Allah itu akan ditambah pemberian nikmat-Nya dengan kurnian lain yang berlipat kali ganda. Insya-Allah.

Firman Allah SWT, maksudnya:

Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.

Surah al-Naml: 27

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras

Surah Ibrahim: 7

Baca: Doa dan Cara Solat Dhuha Ringkas – Rumi

Hukum Sujud Syukur

Jumhur ulama sepakat bahawa sujud syukur itu digalakkan apabila mendapat suatu berita yang menggembirakan / terjadinya suatu peristiwa yang baik / terlepas daripada penyakit, bencana mahupun kesusahan.

Dalil Hadis Berkaitan Sujud Syukur

Daripada Abu Bakar bahwa: Nabi Muhammad SAW ketika berlaku perkara yang menyenangkannya, atau mendapat khabar berita gembira, Baginda akan segera sujud sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT – Hadis Riwayat Abu Daud

Abdul Rahman bin Auf berkata:

Nabi Muhammad SAW keluar menuju ke arah bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian, Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda, sehingga saya sangka Allah telah mengambil nyawanya. Lalu saya menghampiriny dan duduk.

Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya berkata: ‘Siapakah ini?’ Saya menjawab, ‘Abdul Rahman.’ Baginda bertanya, ‘Mengapa dengan kamu?’

Saya menjawab, ‘Wahai Rasulullah engkau sujud terlalu lama, saya bimbang Allah telah mengambil nyawamu.’

Sabda Baginda: ‘Jibrail telah mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibrail berkata, ‘Allah mengatakan kepada engkau: Sesiapa yang memberi selawat ke atas engkau, Aku akan memberi selawat kepadanya dan sesiapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya.’ Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.”’

Hadis Riwayat Ahmad

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat PDF

Kaedah dan Tata Cara Sujud Syukur

Dalam mazhab Syafie, sujud syukur tidak boleh dilakukan dalam solat. Ia hanya sunat dilakukan di luar solat ketika seseorang mendapat kuniaan rakmat daripada Allah atau terselamat dari sebarang perkara tidak baik.

  1. Berniat untuk melakukan sujud syukur
  2. Takbir
  3. Sujud dan membaca zikir/doa
  4. Duduk daripada sujud
  5. Memberi salam

Zikir / Doa / Bacaan dalam Sujud Syukur

Niat Sujud Syukur - Doa, Dalil, Cara, Hukum & Sebab

PERTAMA – Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, daripada Jabir bin Abdullah berkata, bahawa Rasulullah membaca dalam sujudnya seperti berikut:

Maksudnya; Sujud wajahmu kepada Dia (Allah) yang menjadikannya dan membentuknya, dan menjadikan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha suci Allah sebaik-baik pencipta

KEDUA – Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah bahasa dia bermimpi bersujud di sisi sebatang pokok dan pokok tersebut sujud bersamanya seraya membaca:

Maksudnya: Ya Allah, tuliskan bagiku dengan sujud ini, pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisi-Mu dan hindarlahlah daripadaku dosa, dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau terima sujud hamba-Mu Daud.

KETIGA- Imam Syafie berpendapat sunat membaca zikir berikut ketika sujud.

Maksudnya: Maha Suci Tuhan kami, apa yang dijanjikan Tuhjan kami pasti akan berlaku.

Carian Berkaitan: Niat Sujud Syukur