Surah ini dinamakan sebagai al Kafirun (orang-orang kafir) kerana Allah swt menyebutkan perihal orang-orang kafir dan pelepasan daripada kesyirikan yang mereka lakukan.
Surah ini turun dinamakan sebagai Surah al-Muqasyqasyah yang jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebagai ‘yang diselamatkan dari syirik’. Pada masa sama, nama lainnya pula ialah surah al-Ibadah dan surah Ad-Din.
Jumhur ulama mengatakan surah yang mengandungi 6 ayat ini diturunkan di Mekah. Ia turun sesudah surah al-Ma’un dan sebelum surah al-Fil.
Nabi Muhammad saw banyak membaca surah ini dalam solat sunnat Fajar. Ini berdasarkan kepada dalil hadis berikut:
Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw membaca pada 2 rakaat solat sunat fajar Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun (surah al Kafirun) dan Qulhuwalahuahad (surah al-Ikhlas) - Hadis Riwayat Muslim
Surah al Kafirun Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu
Surah al-Kafirun Rumi
- Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun
- Laa A’budu Maa Ta’buduun
- Wa Laa Antum Aabiduuna Maa A’bud
- Wa Laa Ana Aabidun Maa Abadtum
- Wa Laa Antum Abiduuna Maa A’bud
- Lakum Diinukum Wa Liyadiin
Baca: Cara Mandi Setelah Haid atau Nifas untuk Perempuan
Terjemahan Bahasa Melayu Surah al-Kafirun
- Hai orang-orang kafir!
- Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
- Dan kamu bukan penyembah Ilah yang aku sembah.
- Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
- Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyambah Ilah yang aku sembah.
- Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.
Ringkasan Tafsir Surah al Kafirun – Kelebihan dan Pengajaran
Secara ringkasnya, surah ini menerangkan bahasa kekufuran keseluruhan ibadat satu agama, walaupun berbeza pada namanya. Semua insan yang berpegang kepada sembahan selain daripada Allah swt dalam apa jua bentuk sekalipun adalah termasuk dalam istilah ‘al-kafirun’.
Ayat 3 dan 5 jelas menerangkan bahasa orang-orang kafir ialah mereka yang tidak mahu menyembah Allah swt. Oleh kerana itulah ayat 2 dan 4 yang berulang pada surah ini. Sebagai tanda peringatan tegas kepada sesorang Muslim agar berpegang teguh dengan agamanya walau dalam apa jua situasi dan keadaan.
Ibnu Abbas meriwayatkan, surah ini diturunkan dek peristiwa adanya sekumpulan pembesar musyrikin bertemu Nabi Muhammad saw lalu berkata: “Marilah, kita sembah tuhan kamu dalam satu tempoh masa, kemudian kamu sembah Tuhan kami dalam satu tempoh masa, maka akan berlakulah perdamaian antara kita.”
Ada juga yang mengatakan bahawa kerana kebodohan mereka, maka mereka mengajak Rasulullah saw untuk menyembah berhala selama satu tahun, dan mereka akan menyembah Rabb Baginda selama satu tahun juga. Maka itulah Allah menurunkan surah ini, yang di dalamnya Allah memerintahkan Rasul-Nya untuk berlepas diri dari agama mereka secara keseluruhan.
Orang-orang kafir tidak akan mengikuti perintah-perintah Allah dan syariat-Nya dalam menyembah-Nya, tetapi orang-orang kafir ini telah memilih sesuatu dari diri mereka sendiri. Dengan demikian, Rasulullah saw terlepas dari mereka dalam segala aktiviti berkaitan, kerana setiap orang yang beribadah pasti memiliki ilah (sembahan). Baginda serta para pengikutnya beribadah kepada Allah atas apa yang disyariatkan.
Maka itu, kalimat Islam (syahadah) “Tidak ada ilah yang berhak dibadahi dengan benar selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah” yang bermaksud – tidak ada sembahan kecuali Allah semata, dan tidak ada jalan yang mampu mengantarkan kepada-Nya kecuali apa yang dibawa Rasul-Nya. Sedangkan orang-orang musyrik menyembah selain Allah dengan ibadah yang tidak dizinkan.
Kerana itu, Nabi Muhammad saw menyebut (Lakum Diinukum Wa Liyadiin), Untukmu agamamu, dan untukkulah agamku. Ia bersesuaian dengan Firman Allah swt dalam surah Yunus, ayat 41 yang bermaksud:
Jika mereka mendustakanmu, maka katakanlah: ‘Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan aku berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan.’ –
Surah Yunus, ayat 41