9 Ayat Quran Tentang Sabar

Tentang sabar – terdapat banyak ayat-ayat al-quran yang menyentuh tentang sabar. Antaranya ialah:-

Wahai orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran kamu -Surah al-Imran ayat 200

Ayat Quran Tentang Sabar

Sungguh, kami akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada mereka yang sabar – Surah al-Baqarah ayat 155

Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – Surah az-Zumar ayat 10

Mereka diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlasskan diri beribadat kepada-Nya, tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka melakukan sembahyang serta memberi zakat. Inilah agama yang besar. – Surah al-Bayyinah ayat 5

Kepada Allah jualah hendaklah orang yang beriman berserah diri – Surah Ibrahim ayat 11

Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplan untuknya – Surah at-Talaq ayat 3

Baca: 11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar

Orang yang sabar dan memaafkan, sungguh perbuatan yang demikian itu adalah antara perkara yang perlu diambil berat. – Surah asy-Syura ayat 43

Wahai sekalian orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahyang. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. -Surah al-Baqarah ayat 153.

Baca: 21 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah

Sesungguhnya Kami tetap menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang berjihad dan bersabar antara kamu. Kami akan menguji hal kamu. – Surah Muhammad ayat 31

Carian Berkaitan: Ayat Quran Tentang Sabar