Koleksi Ayat Quran Tentang Sedekah

Apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, seungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya – Surah al-Baqarah ayat 215

Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebajikan dan bertaqwa. – Surah al-Maidah ayat 2

Koleksi Ayat Quran Tentang Sedekah

Sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, mereka orang yang berjaya. – Surah at-Taghabun ayat 16

Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki kepada sesiapa yang DIa kehendaki antara hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Serta apa sahaja yang kamu dermakan, Allah menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” – Surah Sabak ayat 39

Baca: Himpunan Ayat Deep Untuk Ex Cinta – Sedih Putus Cinta

Sesiapa yang memberikan bantuan yang baik, nescaya dia memperoleh bahagian pahala daripada-Nya – Surah an-Nisaak ayat 85

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, ataupun berbuat kebaikan, ataupun mendamaikan antara manusia – Surah an-Nisaak ayat 114

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.” – Surah ali Imran ayat 92

Baca: 11 Koleksi Hadis Nabi Tentang Sabar

Dan apa jua harta yang halal yang dibelanjakan (pahalany) adalah untukmu sendiri. Dan tidaklah kamu dermakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa yang kamu dermakan daripada harta yang halal, disempurnakan pahalnya kepada kamu, dan kamu tidak dianiaya.” – Surah al-Baqarah ayat 272

Dan apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.” – Surah al-Baqarah ayat 273

Carian Berkaitan: Ayat Quran Tentang SedekahÂ