13 Koleksi Hadis Hari Jumaat – Sedekah dan Doa

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa, Rasulullah pernah bersabda: “Pada hari Jumaat ada suatu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah SWT nescaya dikabulkan Allah SWT permohonan itu.” Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis Hari Jumaat – Sedekah dan Doa

Baca: 20 Ucapan Salam Jumaat Yang Indah

Aus bin Aus berkata, Rasulullah pernah bersabda: ” Hari yang paling utama dalam seminggu adalah hari jumaat. Oleh itu, perbanyakkanlah berselawat untuk saya pada hari itu. Sebenarnya, semua selawat yang saudara ucapkan itu dilaporkan oleh malaikat kepada saya.” – Hadis Riwayat Abu Daud

13 Koleksi Hadis Hari Jumaat - Sedekah dan Doa

Abu Hurairah ra memberitahu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu berkata kepada temanmu di hari Jumaat, “Diamlah!”, padahal imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau pun salah.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.

13 Koleksi Hadis Hari Jumaat - Sedekah dan Doa

Abu Burdah bin Abu Musa al- Asy’ari melaporkan, “Abdullah bin Umar bertanya,’Adakah saudara mendengar ayah saudara melaporkan daripada Rasulullah berkenaan waktu dimakbulkan doa pada hari jumaat?’ Abu Burdah menjawab ‘Ya, ayah saya memberitahu, beliau mendengar Rasulullah berkata, ‘Waktu tersebut adalah ketika imam berada di atas mimbar sehinggalah sembahyang Jumaat selesai dilaksanakan.” – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Solat Tahajud – Cara, Pukul Berapa dan Kelebihannya

Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah bersabda: “Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itu Nabi Adam diciptakan. Hari itu jugalah beliau dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan semula dari situ.” – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Tariq bin Syihab ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Solat Jumaat merupakan hak yang wajib ke atas setiap muslim secara berjamaah melainkan pada empat perkara: hamba yang dimiliki, wanita, kanak-kanak, atau orang sakit.” – Hadis Riwayat Abu Daud.

Abu Sa’id Al-Khudri r.a., berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dirinya akan diterangi cahaya hinggalah ke Hari Jumaat yang berikutnya.” – Hadis Riwayat Hakim dan Baihaqi.

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

13 Koleksi Hadis Hari Jumaat - Sedekah dan Doa

Jabir r.a., menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Hari Jumaat terdiri dari dua belas jam. Sesiapa pun di antara hamba muslim yang memohon sesuatu kepada Allah pada saat saat itu, maka Allah akan mengabulkannya. Kerana itu, carilah saat (dikabulkan doa tersebut) di hujung waktu solat Asar.” – Hadis Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Hakim.

Abdullah bin Umar ra berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu hendak solat Jumaat, mandilah lebih dahulu”. – Hadis Riwayat al-Bukhari.

Diceritakan oleh Anas bin Malik ra, bahawa Nabi Muhammad SAW melakukan solat Jumaat ketika matahari telah condong ke Barat. – Hadis Riwayat al-Bukhari.

‘Abayah bin Rifa’ah ra menceritakan bahawa ia bertemu dengan abu’Abbas ketika dia pergi ke Jumaat. Abu ‘Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah, nescaya diharamkan Allah baginya api neraka.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.

Diceritakan oleh Amr ra bahawa dia mendengar Jubir bercerita: “Seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat, dan Nabi SAW sedang berkhutbah. Nabi SAW bertanya kepadanya, “Sudahkah anda solat?”. Jawabnya, “Belum”. Kata Nabi SAW, “Solatlah dua rakaat.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.

Carian Berkaitan: Hadis Hari Jumaat