Maksud Surah An Nasr Rumi dan Kelebihannya

Maksud Surah An Nasr Rumi dan Kelebihannya

Surah An Nasr ini mengandungi 3 ayat. Ia diturunkan di Madinah (Ayat Madaniyyah). Namanya diambil daripada perkataan An-Nasr yang juga merupakan ayat pertama dalam surah ini yang membawa maksud ‘pertolongan’.

Kelebihan Surah An Nasr

Melalui surah ini, Allah berfirman bahawa Dia menjanjikan pertolongan dan Islam akan beroleh kemenangan. Allah memerintahkan untuk bertasbih kepada-Nya. Pada masa yang sama, meminta ampun apabila terjadi peristiwa yang menggembirakan.

Baca: Surah Al Maun Rumi – Terjemahan dan Kelebihan
Surah An Nasr Rumi

Idzaa jaa-a nashrullaahi wal fathu. Wa ra-aytan-naasa yad-khuluuna fii diinilaahi afwaajaa. Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhu innahu kaana tawwaabaa.

Maksud Surah An Nasr Rumi dan Kelebihannya
Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian
Maksud Surah An Nasr Dalam Bahasa Melayu

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai Negeri Makkah). Dan engkau lihat manusia masuk ugama Allah beramai-ramai. Maka, ucaplah tasbih dengan memuji Tuhanmu, dan mintalah ampun kepadanya, Sesungguhnya, Ia amat menerima taubat.

Maksud Surah An Nasr Rumi dan Kelebihannya