Surah Al Ikhlas Rumi – PDF, Kelebihan dan Manfaatnya

Surah Al-Ikhlas (Surah 112) adalah satu surah yang pendek dalam al Quran. Ia menekankan kesatuan dan kebesaran Allah, dan memegang kepentingan besar dalam amalan dan kepercayaan Islam. A

Surah Al-Ikhlas berfungsi sebagai pengisytiharan asas tentang kesatuan mutlak Allah (Tauhid), menyatakan bahawa hanya Dia yang layak disembah dan bahawa Dia adalah tunggal dan kekal. Ia berfungsi sebagai peringatan yang kuat serta menegaskan bahawa Allah tidak dapat dibandingkan, unik, dan di luar pemahaman manusia.

Surah ini sering dibaca dalam solat, dan mempunyai tempat istimewa dalam hati umat Islam kerana pesannya yang ringkas namun mendalam mengenai sifat Allah dalam agama Islam.

Surah Al Ikhlas Rumi - Kelebihan

Surah Al Ikhlas Rumi dan Terjemahan Bahasa Melayu

1) QUL HUWALLAAHU AHAD
2) ALLAAHUS-SAMAD
3) LAM YALID WA LAM YUULAD
4) WA LAM YAKUL LAHU KUFUAN AHAD

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Muat Turun: Surah Al Ikhlas PDF

Surah Al-Ikhlas merupakan surah yang ke-112 dalam kitab suci al-Quran. Ia memberikan penyataan ringkas tentang tauhid, keesaan mutlak Allah melalui 4 ayat yang terkandung di dalamnya.

Antara Kelebihan Surah Al Ikhlas adalah:-

Hindari Dari Kemiskinan

Membaca surah ini sewaktu ingin memasuki ke dalam rumah juga menghindari para penghuni rumah serta jiran-jirannya daripada kefakiran, papa kedana atau kemiskinan.

Mengusir Syaitan dan Iblis

Bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika sebelum masuk ke rumah sambil melangkah dengan kaki kanan diikuti dengan bacaan Bismillah serta berikan salam kepada penghuni rumah walau tiada sesiapa di dalamnya.

Baca: Gambar Ayat Deep Cinta dan Kehidupan – Instagram

Penawar Penyakit

“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala jenis penyakit (Rohani dan Jasmani).” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

Sekiranya diamalkan dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebayak 3 kali setelah selesai solat fardhu setiap hari, kita sebenarnya mengubati diri kita sendiri sepertimana yang dikatakan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:

Baca: Kelebihan Surah At Tin Rumi dan Terjemahannya

Pelbagai Guna

Jadikan amalan dengan membaca sebanyak 100 kali setiap selepas selesai solat Maghrib atau tanpa mengira waktu, insya Allah terlalu banyak khasiat dan kelebihan Surah Al-Ikhlas ini.

  • Pendinding atau pagar diri
  • Sihat tubuh badan, sebagai supplement, vitamin zahir dan batin
  • Dijauhi sihir dan santau
  • Dimurahkan rezeki
  • Penawar segala penyakit iaitu umpama ubat
  • Membuka hijab
  • Melindungi diri daripada penzinaan
  • Menyuci dan membersihkan hati dan jiwa kita

Carian Berkaitan: Surah Al Ikhlas Rumi