
Surh Al Qadar / Al-Qadr diturunkan di Mekah dan mempunyai 5 ayat. Namanya diambil bersempena dengan ayat pertama pada surah ini yang membawa maksud KEMULIAAN. Al Quran diturunkan pada malam Al-Qadar yang mana ianya merupakan malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan. Para malaikat termasuk malaikat Jibrail akan turun pada malam Lailatul Qadar dengan membawa rahmat.
- Bergambar: 140 Contoh Kata Kata Hikmah Untuk Pelajar Cemerlang
- 108 Himpunan Kata Kata Hikmah Islam – Maksud & Tentang Kehidupan
- 100 Kata Kata Hikmah Motivasi Tentang Kejayaan Dalam Islam
- 150 Islamic Quotes About Life, Heart Touching, Love from Quran
- 140 Islamic Quotes – Short, Heart Touching, Quran, Life and Love
Surah Al Qadar Rumi.
Inna anzalnaahu fil laylatil qadr. Wamaa adraaka maa lay-latur qadr. Laylatur qadri khayrun min alfi syahr. Tanazzalul malaa-ikatu war-ruuhu fiihaa bi izni rabbihim min kulli amrin. Salaamun hiya hattaa mathla-il fajri.
Baca: 32 Pantun 4 Kerat – Cinta, Terima Kasih, Perpisahan
Maksud Surah Al Qadar – Terjemahan dalam Bahasa Melayu
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Baca: Surah Al Kausar Rumi, Maksud dan Kelebihnya
Manfaat dan Kelebihan Surah Al Qadar
Amalan membaca surah al-Qadr selepas mengambil wudhu’ menerusi kitab-kitab ulama’ syafieyah ada menyatakan ia termasuk sebagai perkara-perkara sunat. Membaca surah al-Qadr merupakan sebahagian daripada kandungan al-Quran. Fadhilat membaca al-Quran juga dapat difahami melalui umum Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A., bahawa Rasulullah bersaba, Maksudnya :” Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – Hadis riwayat al-Tirmizi
Menurut Imam Qurthubi, para malaikat turun ke bumi bagi mengaminkan doa orang-orang yang berdoa pada malam tersebut. Kehadiran mereka juga adalah sebagai pemandu kepada manusia untuk memperbanyakkan amal ibadah dan doa pada malam tersebut.
Lailatul Qadar merupakan malam yang penuh berkat dan kebaikan. Di dalamnya tidak terdapat keburukan bermula dari terbenam matahari sehingga terbitnya fajar. Turunnya para malaikat juga adalah untuk memberi rahmat kepada malam tersebut buat hamba-hambaNya yang taat sehingga terbitnya fajar.
Justeru, mulalah memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir ini untuk merasai nikmatnya Lailatul Qadar.