Surah At Takasur Rumi, PDF, Maksud dan Kelebihan

Surah At Takasur Rumi, Maksud dan Kelebihan
Baca: 20 Ucapan Salam Jumaat Yang Indah

Surah At Takasur / At Takathur ini mempunyai 8 ayat dan diturunkan di Makkah (Ayat Makkiyyah). Namanya diambil bersempena dengan perkataan At-Takasur dalam ayat pertama yang bermakna bermegah-megahan.

Muat Turun : Surah At Takasur

Surah ini menggambarkan keinginan manusia yang suka bermegah-megahan dalam soal keduniaan sehingga membuatkan mereka lali kepada tujuan asal hidup. Oleh kerana itulah, manusia akan ditanya di akhirat kelak tentang nikmat-nikmat yang dibanggakan.

Kelebihan Surah At-Takasur
Surah At Takasur Rumi
  1. ALHAKUMUT TAKAATSUR
  2. HATTAA ZURTUMUL-MAQAABIR
  3. KALLAA SAWFA TA’LAMUUN
  4. TSUMMA KALLAA SAWFA TA’LAMUUN
  5. KALLAA LAW TA LAMUUNNA LLMAL-YAQIIN
  6. LATARA-UNNAL-JAHIIM
  7. TSUMMA LATARA-UNNAHA AYNAL-YAQIIN
  8. TSUMMA LATUS-ALUNNA YAWMA-IDZIN ANIN-NAIIM
Baca : Maksud Surah An Nasr Rumi dan Kelebihannya
Maksud Surah At Takasur
  1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
  2. Sehingga kamu masuk kubur.
  3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
  4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
  5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
  6. (Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
  7. Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
  8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Surah At Takasur Rumi, Maksud dan Kelebihan