Surah Al Alaq Rumi, PDF, Maksud & Kelebihan

Nama Surah Al Alaq ini diambil daripada perkataan Al-Alaq yang terdapat pada ayat kedua padanya yang membawa maksud ‘segumpal darah’. Surah ini mempunyai 19 ayat dan diturunkan di Makkah (Ayat Makkiyyah).

Baca: 20 Contoh Bergambar Ucapan Waalaikumussalam

Surah ini merupakan surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW iaitu di Gua Hira’.

Surah ini mengandungi perintah membaca Al-Quran, kejaduan manusia daripada segumpal darah. Surah ini juga mencatatkan Allah menjadikan qalam sebagai alat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Selain itu, ia juga menyatakan ancaman Allah SWT terhadap orang kafir yang menghalang orang Islam dalam melaksanakan perintah dan suruhan-Nya.

Muat Turun : Surah Al Alaq PDF

Surah Al Alaq Rumi

  1. IQRA BISMI RABBIKAL-LADZII KHALAQ
  2. KHALAQAL INSAANA MIN ALAQ
  3. IQRA WA RABBUKAL-AKRAM
  4. ALLADZII ALLAMA BIL-QALAM
  5. ALLAMAL INSAANA MAALAM YA LAM
  6. KALLAA INNAL INSAANA LAYATHGHAA
  7. AN RA-AAHUS-TAGHNAA
  8. INNA LLAA RABBIKAR-RUJ AA
  9. ARA-AYTAL-LADZI YANHAA
  10. ABDAN IDZAA SHALLAA
  11. ARA-AYTA INKAANA ALAL-HUDAA
  12. AW AMARA BIT-TAQWAA
  13. ARA-AYTA IN KADZDZABA WATAWALLAA
  14. ALAM YA’LAM BI ANNAL-LAAHA YARAA
  15. KALLA LA-INLAM YANTAHI LANASFA’AN BIN-NAASHIYAH
  16. NASHIYATIN KAADZIBATIR KHAATI-AH
  17. FAL-YAD’U NAADIYAH
  18. SANAD’UZ-ZABAANIYAH
  19. KALLAA LAA TUTHI’HU WASJUD WAQTARIB

Baca: Surah Insyirah Rumi serta Maksud Terjemahan

Terjemahan Surah Al Alaq

  1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
  2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
  3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, –
  4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, –
  5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
  6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
  7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
  8. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
  9. Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) –
  10. Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
  11. Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
  12. Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
  13. Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
  14. Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
  15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), –
  16. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
  17. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
  18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
  19. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Carian Berkaitan: Surah Al Alaq Rumi, PDF, Maksud & Kelebihan