Koleksi Hadis Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban

Hari Raya Korban atau Haji (Aidiladha) mereupakan hari raya yang paling besar dan punya banyak kelebihannya. “Haji itu berada di Arafah” – Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah SWT melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wuquf di arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf. Kesemua umat islam layak untuk mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari arafah.

Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban

Zaid bin Arqam berkata, Rasulullah ditanya “Apa itu Korban? Baginda bersabda, “Ia sunah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim.” Beliau bertanya lagi, “Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “Setiap helai rambut adalah pahala.” Katanya lagi, “Bagaimana pula dengan bulunya?” Baginda bersabda,”Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Baca: Quotes Tentang Rezeki Yang Berkat

Uqbah bin Amir berkata, bahawa Rasulullah bersabda, Ertinya: “Hari Arafah, Hari Raya Korban dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum” – Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tarmidzi.

Koleksi Hadis Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban

Hari Arafah merupakan sebaik-baik hari. Jabir berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Sebaik-baik hari ialah hari arafah” – Hadis Riwayat Ibnu Hibban.

Hari Arafah juga dikatakan sebagai hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kebanggaan bagi orang yang berwuquf di Arafah.

Saidatina Aisyah berkata, Rasulullah bersabda, ertinya: “Tiada hari yang Allah membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah, Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfirman, “Apa yang diinginkan oleh mereka?”. – Hadis Riwayat Muslim.

Koleksi Hadis Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban

Baca: Bergambar – Ucapan Takziah Kematian

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesungguhnya Allah membanggakan ahli-ahli Arafah, dengan berkata,”Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka telah berhimpun dan berkumpul di hadapan-Ku dalam keadaan berdebu dan kusut.” – Hadis Riwayat Ibnu Hibban.

Puasa Pada Hari Arafah

Koleksi Hadis Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban

Abu Qatadah berkata, Rasulullah bersabda, ertinya: “Puasa pada hari Arafah, Aku berharap agar Allah akan menghapuskan segala dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.” – Hadis Riwayat Muslim.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda, ertinya:”Pada hari Arafah, sesiapa yang menjaga pendengarannya, penglihatannya dan lidahnya akan diampunkan dosanya.” – Hadis Riwayat Ahmad.

Carian Berkaitan: Hadis Kelebihan Hari Arafah dan Ibadah Korban