Ringkas – Hadis Tentang Hutang Piutang

Ringkas - Hadis Tentang Hutang Piutang

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya saya mempunyai emas sebesar bukit Uhud, saya tidak akan merasa senang kalau emas itu masih ada pada saya selama tiga hari, selain dari apa yang dipersiapkan untuk membayar hutang.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Dari Aisyah ra, ia menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW biasa berdoa dalam solat, dan dibacanya: “Hai Tuhan! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari berbuat salah dan berhutang.” Ada orang yang bertanya kepada beliau: Kenapakah engkau amat banyak minta perlindungan daripada berhutang? Beliau menjawab: “Orang yang berhutang bila berkata berdusta, bila berjanji tidak menepatinya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Abu Qatadah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang mahukan Allah melindunginya daripada seksa pada hari kiamat, hendaklah memberi masa kepada si penghutang yang dalam kesusahan membayar balik hutangnya atau melupuskan hutang itu sama sekali.” – Hadis Riwayat Muslim

Ringkas - Hadis Tentang Hutang Piutang
Baca: Contoh Bergambar – Waalaikumussalam Selamat Pagi

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dalam membayar kembali. Sesiapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud untuk menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Baca: Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

Dari Abu Hurairah ra katanya, Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menemui hartabendanya pada seseorang atau beberapa orang yang jatuh muflis, ia lebih berhak atas benda itu daripada orang lain.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Pada zaman sebelum kamu ini, ada seorang lelaki yang suka memberi pinjaman kepada orang lain. Dia berkata kepada pembantunya, ‘Apabila kamu berjumpa dengan penghutang yang dalam keadaan miskin, kamu hapuskan sahaja hutangnya. Saya berdoa Allah melepaskan semua dosa kita.’ Apabila orang itu meninggal dunia, Allah mengampunkan dosanya.” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menangguhkan masa untuk si penghutang membayar balik hutangnya kerana kesempitan wang ataupun melupuskan semua sekali hutang itu, Allah memberi perlindungan kepadanya pada hari kiamat apabila tidak ada perlindungan melainkan daripada Allah.” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Hadis Tentang Hutang Piutang Hadis Tentang Hutang Piutang